Wednesday, April 23, 2014
USTAZ OHHHHH USTAZ !!!
Pada minggu lepas, Homestay kami telah di tempah oleh seorang Ustaz
(terkenal), yang menjalankan sessi perubatan islam di kawasan
berhampiran. Staf beliau buat tempahan untuk 2 malam, checkin pada hari
Jumaat (jam 12 tgh mlm) dan checkout hari Ahad. Kami telah maklum
checkout time, jam 12 tgh. Namun pada hari ahad, selepas waktu isyak,
masih belum keluar. Kami mempunyai tempahan untuk checkin pada malam
tersebut (tetamu dari Indonesia), dan maklum perkara kepada staf yang
membuat tempahan. Beliau bersetuju untuk
membayar sewaan tambahan kerana akan checkout jam 12 tgh malam. Hari
berikutnya, kami tuntut sewaan itu, tapi dibalas dengan kata2 kejian dan
keengganan untuk menjelaskan sewaan tersebut dengan alasan menyewa
untuk 2 malam sahaja. "Bos saya tak mahu bayar", itu ayat sms yang masih
saya simpan (dan beberapa ayat2 sindiran dan kejian). Saya cuba
mendapat penjelasan dari Ustaz tersebut, tapi gagal menghubunginya.
Kedengaran juga rungutan dari masyarakat setempat mengenai caj rawatan
yang dikenakan agak MAHAL. Apakah wajar kiranya cara perubatan islam
mengenakan caj yang mahal, sedangkan pesakit memerlukan bantuan rawatan
mungkin berpendapatan rendah dan memerlukan rawatan? dan apakah wajar
sebagai seorang ustaz tersohor dan ternama, melakukan perkara sebegini
kerana keduniaan. Kami berharap jika memang ianya keputusan yang dibuat
oleh ustaz tersebut, berubahlah, sebelum ALLAH menarik balik semula
semua nikmat yang di anugerahkan. Jika ianya ego staf beliau,
perbetulkan lah. USTAZ ohhhhhh USTAZ !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment