Sunday, October 30, 2011

HF 7.060 - 7.063

QST, to all Radio Amateurs
15 October 2011

World-wide HF operators are kindly requested to QSY away from
7.060-7.063 at all times due to use by Thailand hams during the massive
flood emergency affecting millions of people in North and Central
Thailand.

Today, the emergency is on-going with huge areas flooded of from a half
to two meters of water, some areas are deeper and a few spotty areas are
mostly dry in the region. News estimates say that the flooding will
continue for four to six more days, at its height, and subsidence will
be over a month. Clean-up and rebuilding may extend more than a year.

The majority of flood radio traffic is being carried on the two meter
band by scores of ham volunteers, some of which have had their own homes
inundated. It is impossible to estimate how many ham radio operators'
shacks are now affected, but the significant flooding covers huge swaths
of the region as seen on
http://www.neighborhoodlink.com/Rural_Training_Center-Thailand/pages.

The Thai National Club Station, HS0AC, home of the Radio Amateur Society
of Thailand, is threatened tomorrow and is under watch. Timely updates
can be seen at http://www.qsl.net/rast in English.

Reported by HS0ZCW, Charly

Saturday, October 29, 2011

JEMPUTAN WALIMATUL URUS YF5NZ

YF5NZ, Pak Boy, menjemput semua rakan2 HAM yg berkelapangan dan berkesudian, untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Putrinya, Pada Hari Sabtu, 12 November 2011, Jam 12.00 WIB sehingga Selesai, di Gedung Rumpun Melayu Bersatu, Bukit Senang,Tg Balai Karimun, Republik Indonesia. Kehadiran di hargai.

2M NET KHAS SEMPENA KONVO UTHM 2011

Jika berkelapangan, kunjungi lah gerai pameran JASRA, DI PADANG KAWAD UTHM, BATU PAHAT, hari ini & esok (29 - 30 /10/2011). Net khas sempena konvokesyen UTHM akan dilaksanakan pada 29/10/2011 - jam 10 pg - 12 tgh, dan 30/10/2011 - jam 2 ptg - 4 ptg. Sokongan anda amatlah di hargai !

Thursday, October 27, 2011

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DATO' PRESIDEN PKMM

PKMMNJ akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Bersama Yang Berbahagia Dato' Haji Mokhtar Samad, Presiden PKMM pada 30 Oktober 2011 jam 10.30 pagi bertempat di Balairaya Kampung Melayu, Jalan Penghulu Kassim, 86000 Kluang, Johor (Berhampiran Perhentian Bas/Teksi Bandar Kluang). Selain dari majlis ramah mesra, sesi dialog diantara ahli-ahli PKMMNJ dan Dato' Presiden PKMM juga turut diadakan. Kesemua ahli-ahli PKMMNJ dengan segala hormat ta'zimnya dipersilakan hadir.

LAPORAN UTUSAN MALAYSIA - 200 AHLI KELUARGA KETURUNAN DI-RAJA RIAU BERTEMU.



200 ahli keluarga keturunan diraja Riau bertemu


PERHIMPUNAN keluarga Parimbunis di Merlimau Jasin Melaka, baru-baru ini.

JASIN 24 Okt. - Kira-kira 200 ahli keluarga daripada keturunan diraja Riau, Raja Ali dan Raja Chik berkumpul sempena perhimpunan dwitahunan keempat generasi itu baru-baru ini.

Penasihat Persatuan Keturunan Raja Ali dan Raja Chik (Parimbunis), Kassim Ahmad, 80, berkata, semua ahli keluarga yang berkumpul pada hari ini terdiri daripada kalangan generasi keempat sehingga ketujuh yang merupakan cicit dan oneng kepada Raja Ali dan Raja Chik.

Menurutnya, perhimpunan dinamakan Parimbus Rimbunan Kasih 4 itu merupakan kali keempat diadakan setiap dua tahun bermula Disember 2002.

"Matlamat utama perhimpunan diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga Parambunis daripada anak, menantu, cucu, cicit, piut, buyut, dan oneng.

"Keseluruhan ahli keluarga Parambunis dianggarkan seramai 2,270 orang yang berada di seluruh negara termasuk di Riau Indonesia," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, selain menjamu selera dengan pelbagai hidangan, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan menunjukkan bakat menyanyi selain perbincangan mengadakan program lain seperti ibadah korban.

Anak saudara Kasim, Amir Abdul Majid yang mencetuskan idea perhimpunan Parimbus Rimbunan Kasih itu sembilan tahun lalu berkata, perhimpunan itu memberi banyak manfaat kepada keluarga dan warisan pada masa hadapan

"Namun, usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kita akan berusaha mengumpul lebih ramai keturunan Raja Ali dan Raja Chik pada tahun hadapan setelah genap 10 tahun perhimpunan ini," katanya

Tuesday, October 18, 2011

PAMERAN RADIO AMATUR SEMPENA KONVO KE 11, UTHM, PARIT RAJA, JOHOR

JASRA akan mengadakan Pameran Radio Amatur sempena Hari Konvokesyen ke 11, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) yang akan berlangsung pada 29 -31hb Oktober 2011 di Kampus UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Rakan2 HAM yang berkelapangan adalah di jemput hadir.

Tuesday, October 11, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN JASRA

Mesyuarat Pengurusan JASRA akan diadakan pada Hari Khamis, 13hb Okt. 2011 jam 8 mlm di Chamek Kopitiam, Jalan Padi Emas, BBU. Kehadiran 9W2HOZ, 9W2LCM, 9W2SGT, 9W2EKP, 9W2RLW, 9W2RFS, 9W2JCV dan 9W2OXY adalah di hargai.

Monday, October 10, 2011

SCOUTS JOTA 2011

INFO FROM 9W2PD:

Kindly be inform that this years Scouts JOTA station in Geneva, Switzerland will be activated from 14 till 16 Oct 2011.
The station will be using callsign HB9S and operating from the Geneva Scout Centre Les Perouses, in the town of Satigny, Geneva - Switzerland..
QTH locator: JN36AE. Coordinates: 46° 12' 18" 38 N, 6° 2' 19" 17 E.
Station Master will be Mr Yves Margot (HB9AOF) and Station Manager will be Mr Richard Middelkoop (PA3BAR).

There will be 3 stations planned to be setup at HB9S covering from 80m, 40m, 20m, 15m, 10m & 2M.

QSOs from all around the world are welcome and priority will be given to Scout camps operating for the JOTA.

Should you be operating from a JOTA camp, do look for us for a QSO!

Sunday, October 9, 2011

KONVOI HATYAI - KRABI - PHUKET

JASRA merancang untuk mengadakan program KONVOI KE HATYAI - KRABI - PHUKET pada 23 -28 Disember 2011. Program adalah merupakan program bersama keluarga ( Family Outing ). Jika sesiapa berminat untuk turut serta, sila hubungi 9W2EKP ( 017 713 5768 ) @ 9W2HOZ ( 019 777 0435 ). Perbelanjaan adalah berdasarkan kepada perbelanjaan sebenar.

Saturday, October 8, 2011

MESYUARAT PROGRAM GAREC MALAYSIA 2012 ( 8.10.2011 )





NOTIS MESYUARAT AJK JASRA KALI KE 7

Notis Mesyuarat AJK kali ke 7.

Mesyuarat AJK Jasra akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh & Waktu : Hari Ahad.
16 Okt 2011.
Jam 1030 pagi
Tempat : Pejabat Majlis Belia Daerah Segamat,
Taman Utama, Segamat.

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi.

2. Mengesahkan Minit Mesyuarat AJK JASRA yang lepas.

3. Laporan Biro-biro.

4. Lain-Lain Hal.


Kehadiran di hargai.