Wednesday, July 14, 2010

HAMFEST MALAYSIA 2010



1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.

2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.

3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia.

Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan.

4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan dengan lokasi utama pameran.

5. Aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Skill-Stations – Pengenalan kepada Radio Komunikasi, Berkomunikasi di frekunsi VHF dan HF. Menaikan antenna diapole HF, Mempelajari teknik navigasi dan bacaan peta.

b. Fox Hunting – Mencari lokasi pemancar beacon dengan menggunakan teknik pencarian melalui Radio Dua-Hala.

c. Distance Contact Contest (DX COntest) – Mendapatkan contact rakan-rakan Amatur di seluruh dunia.

6. Hamfest Malaysia 2010 juga dibuka kepada orangramai dan murid-murid sekolah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran akan dilakukan untuk membolehkan ianya dihadiri oleh murid-murid semasa waktu persekolahan.

7. Maklumat lanjut:

Lokasi : Tapak Menara Kuala Lumpur

Tarikh : 30-31 Julai dan 1 August 2010

Laman web : www.hamfest.my

Penganjur : Azli Paat (0193398905 – azlipaat@gmail.com)

Urusetia : LT. (B) Khairul Annuar ( 014 2256729 )

Wednesday, July 7, 2010

PAMERAN RADIO AMATUR DI KOTA TINGGI, JOHOR

DI JEMPUT SEMUA WARGA AMATUR DAN OARANG RAMAI UNTUK BERKUNJUNG KE PAMERAN RADIO AMATUR SEMPENA PROGRAM KEMBARA JALUR LEBAR YANG AKAN DIADAKAN OLEH SKMM DAN KERAJAAN NEGERI JOHOR DI KIP MART, KOTA TINGGI PADA 17-18 JULAI 2010. KEHADIRAN ADALAH DI HARGAI.