Monday, January 30, 2012

SESSI PENERANGAN & SOAL JAWAB SKMM

JASRA menjemput rakan2 HAM / SWAL / Sesiapa yang berminat untuk menghadiri satu majlis penerangan dan soal jawab bersama2 SKMM yg akan diadakan pada jam 9.00 pg, 3 hb Mac 2012 di Dewan NPC, No 8, Jln Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, sempena Mesyuarat Agung Tahunan JASRA JOHOR kali ke 5. Kehadiran adalah percuma tanpa bayaran. Pameran SKMM dan Pameran Peralatan radio juga akan di laksanakan di tempat yang sama. Kehadiran di hargai.

MESYUARAT AGONG TAHUNAN JASRA JOHOR KALI KE 5

Mesyuarat Agong Tahunan JASRA JOHOR Kali ke 5, akan diadakan pada 3hb Mac 2012, jam 12.00 tgh. di Dewan NPC Johor, No 8, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru. Majlis akan bermula pd jam 9.30 pg Sessi Bersama SKMM, 11.00 pg Majlis Perasmian olih YB EXCO Kommunikasi Johor. 12.00 tgh - Mesyuarat Agong Tahunan Bermula. Notis Mesyuarat Agong akan dihantar kepada ahli2 JASRA. Sekiranya terdapat perubahan alamat, sila hubungi SU JASRA, 9W2EKP di 0177135768 atau emel di 9w2ekp@gmail.com

Monday, January 23, 2012

ECHOLINK & eQSO

Repeater JASRA JOHOR LINKING telah boleh di hubungi melalui internet di laluan ECHOLINK & eQSO - Room JASRA, Port 10024.

JASRA JOHOR LINKING Repeater is now accessable through internet at ECHOLINK and eQSO - Room JASRA, Port 10024.

Friday, January 20, 2012

HAPPY CHINESE NEW YEAR



Kepada semua rakan2 berbangsa Cina, Kami mengucapkan 'Selamat Menyambut Tahun Baru Cina ".
Wishing all my chinese friends " HAPPY NEW YEAR

Monday, January 16, 2012

NASA VOLUNTEERS

NASA is looking for volunteers:

http://www.bbc.co.uk/news/science-environment-16512017

Volunteers wanted for planet hunt
www.bbc.co.uk

Sunday, January 15, 2012

ARDF WORLD CHAMPIONSHIP 2012



The 16th World Amateur Radio Direction Finding Championships will be held at Kopaonik, Serbia, from 10th until 15th September 2012.

www.ardf2012.org

Friday, January 13, 2012

MESYUARAT AJK JASRA KALI 1/2012

MESYUARAT AJK JASRA 1/2012 akan diadakan pada 29hb Januari 2012, (Hari Ahad), jam 2.00 petang, di KRT Taman Kooperasi Bahagia, Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor ( Belakang Pantai Medical Hospital ). Kehadiran adalah di hargai.

Sunday, January 8, 2012

MALAYSIA 40 M NET

Malaysia 40M Net - Every Sunday @ 0930 hr.
http://7130khz.blogspot.com/p/2012-ncs-schedule.html

Monday, January 2, 2012

eQSO Room JASRA.

Dimaklumkan bahawa eQso Room JASRA telahpun mula beroperasi didalam mode percubaan. Server : server.eqso.net / Port: 10024 / Room: JASRA / Callsign: 9M4CJS-R.

Sunday, January 1, 2012

KONVOI JB-PHUKET-JB (23-30/12/2011)







Seramai 21 orang peserta dari keluarga 9W2HOZ, 9W2UDD dan 9W2GMI telah menyertai Konvoi JB-Krabi-Phuket-Hatyai-Songkla-JB dengan 4 buah kenderaan, bertolak dari JB pada 23/12/2011. Program selama 8 hari / 7 malam ini, juga telah di sertai olih keluarga 9W2YOP seramai 14 orang, sahabat handai 9w2ZNH dan 9W2IKU seramai 4 orang dan rakan2 dari Kuala Lumpur seramai 4 orang, berjumlah 43 orang keseluruhannya didalam 7 buah kenderaan.

Konvoi telah bermalam di Homestay Beseri, Kangar, Perlis, bagi menghadiri Majlis Eyeball Perdana ASTRA bersama YAB Menteri Besar Perlis sempena lawatan HAM Pantai Timur ke Negeri Perlis Indra Kayangan.

Pada 24/12/2011, konvoi yang di panduarah olih 9W2ZNH, telah berlepas ke Krabi, Thailand melalui "Checkpoint" Wang Kelian. Perjalanan mengambilmasa selama 6 jam, melalui Bandar Trang, Thailand. Peserta Konvoi sempat meruangkan masa menjelajah Bandar Krabi dan kawasan Pantai.

Ke esokannya, Konvoi telah bergerak ke Phuket,yang juga mengambil masa 5 jam perjalanan. Setelah sampai di Phuket, peserta konvoi sempat bersantai di Pantai Kamala, Phuket. Pada sebelah malam, peserta telah dibawa ke kawasan Pantai Patong, bagi melihat keadaan "night life" disamping ke kawasan membeli belah.

Pada 26/12/2011, konvoi telah di bawa ke James Bond Island, dengan menaiki bot. Kos sebenar ke Pulau ini adalah RM 180 per pax, tetapi telah dapat di jimatkan kepada RM 18.00, dengan bantuan daripada ahli keluarga 9w2ZNH di Phuket. Dalam perjalanan pulang, konvoi sempat singgah di Sarasin Bridge, bagi menikmati suasana "sun set". Peserta konvoi juga dibawa makan malam di Restoran Terapung, bagi menikmati makanan "seafood".

Peserta konvoi telah dibawa ke Pantai Patong, pantai Kata, karon view point dan Kem Gajah Phuket Safari, sebelum memulakan perjalanan ke Hatyai, yang telah mengambilmasa selama 7 jam. Konvoi telah bermalam selama 2 malam di Hatyai.

Tidak ketinggalan, peserta konvoi telah dibawa ke Bandar Songkla, menikmati makan tengahari di Pantai Samila. Di Hatyai, peserta telah diberi peluang untuk membeli belah. Dalam perjalanan pulang, konvoi sempat singgah di Komplek Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam.

Persinggahan terakhir Konvoi adalah di Ipoh, yangmana konvoi juga sempat singgah di Pusat Ternakan Ikan Arowana di Bukit Merah. Hos di Ipoh 9W2YOP, telah membawa peserta konvoi untuk menikamti buah2an tempatan terutamanya Durian di kawasan Bukit Gantang. Sebelum pulang ke JB, peserta konvoi juga telah dibawa makan tengahari nasi kandar yang dikenali sebagai "nasi ganja" di kawasan bandar lama Ipoh.

Keseluruhan perjalanan merangkumi 3500 km, amatlah menyeronokkan. Lihat lebih banyak gambar2 menarik di dalam FaceBook JASRA (HAM JOHOR) @ ABD LAH AWANG II.

MAJLIS EYEBALL PERDANA ASTRA BERSAMA YAB MENTERI BESAR PERLIS (23/12/2011)






Sempena lawatan rakan2 HAM Pantai Timur, Trengganu dan Kelantan, ASTRA telah mengadakan satu Majlis Eyeball Perdana bersama YAB Menetri Besar Perlis pada 23 hb Disember 2011, bertempat di Tepian Sg Perlis. Kehadiran seramai 158 orang daripada keluarga HAM Pantai Timur diraikan olih rakan2 HAM daripada PERLIS, KEDAH, PERAK dan PULAU PINANG. Rombongan JASRA seramai 21 orang, yg diketuai olih 9W2HOZ bersama2 9W2UDD, 9W2GMI, 9W2OXY, 9W2SYQ, 9W2NJQ bererta keluarga, juga sempat menghadiri majlis tersebut. YAB Menteri Besar Perlis telah diwakili olih Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Majlis bermula dengan makan malam, cabutan bertuah dan Penyerahan Anntenna Homebrew dari Astra kepada Universiti Malaysia Perlis.