Friday, March 31, 2017

Mesyuarat Khas Ajk

Mesyuarat Khas Jawatankuasa & Pengerusi Daerah PKMMNJ kali kedua bagi membincangkan persiapan utk mengadakan Mesyuarat Agung PKMMNJ kali ke 20, akan diadakan pada 5/4/2017 (Rabu) mulai jam 11.00 am.

Thursday, March 30, 2017

AGM Rentas 4x4

Mesyuarat Agung Tahunan RENTAS 4x4 JOHOR akan diadakan pada jam 8.30 mlm, 7hb Aprik 2017 di Bilek Mesyuarat Komplek Belia dan Sukan Johor Bahru. Kehadiran di hargai.

XPdc SOMTAM THAILAND 2017

Perjalanan sejauh 5700 km daripada JB - Hatyai - Chumpron - Phuchabun - Bangkok - Kanchanaburi - Petchuberk -  Khoa Yai - Pattani - Yala - JB, di sertai 7 kenderaan 4x4 dengan penyertaan 16 dewasa 4 kanak2. Bermula pada 18hb Mac sehingga 29hb Mac 2017.

Hari terbuka WARAS 2017

Sempena Hari Terbuka Wayarles dan Sains Radio (WARAS) 2017 Di UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, pada  9 hb April 2017, Jasra akan mengadakan Pameran Radio Amatur dan Aktiviti Fox Hunt. Rakan2 yg berkelapangan, di undang hadir.

Wednesday, March 22, 2017

Kursus CIDB

PKMM Daerah.Tangkak akan mengadakan kursus CIDB seperti berikut :-
Tajuk : Site Planning
Tarikh : 31/03/2017 (jumaat)..jika ada perubahan tarikh akan diberitahu
Masa : 9.00pg - 4.00ptg
Tempat : Pejabat KOPMEL, No.166, Tkt.Bawah, Jln Muar, Tangkak
Bayaran : RM 150.00 sorg
Mata : 10 MATA CCD
Berminat sila hubungi Pn.Sarina ditalian 019-6265828 @ 06-9783719...tempat terhad.

Tuesday, March 14, 2017

Jejak Sejarah dan Budaya

Satu lawatan jejak sejarah dan budaya ke Pulau Bintan dan Pulau Penyengat akan diadakan  pada 28hb April - 1 Mei 2017. Anggaran kos RM 850.00 utk tambang feri JB - Tg Pinang - JB, penginapan, pengangkutan, makan minum  dan caj pelabuhan. Aturcara: 28/4/17. Jam 9 pg - Bertolak ke Tg Pinang, 11pg WIB checkin  dan sembahyang jumaat, 1300 WIB Makan Tengahari,
1400 WIB Lawatan ke Pulau Penyengat, 2000WIB Makan Malam.

29/4/17
0800 WIB - lawatan ke Muzium tg pinang / kota piring
1300 WIB Makan Tengahari
1400 WIB Pantai Trikora
2000 WIB Makan Malam bersama Gabenur Riau

30/4/17
0800 WIB - Lawatan ke Pulau Bintan
1300 WIB - Makan Tgh
1400 WIB - Lawatan ke Kantor Bupati Bintan
2000 WIB - Makan Mlm

1/5/17
0800 WIB - Lawatan ke kantor Bupati Tg Pinang
1000 WIB - City Tour
1300 WIB - Mkn Tgh
1500 WIB - Berangkat ke JB.

Penyertaan akan di sertai oleh Pegawai Daerah Johor Bahru. Penyertaan adalah terhad. Sila buat pengesahan pada/sebelum 31 Mac. Kepada Pak Lah  0197770435.

Wednesday, March 8, 2017

Yuran Tahunan

Ahli2 PKMMNJ yang belum membayar yuran tahunan, sila bayar sebelum 15 Mac 2017. Mesyuarat Agung Tahunan di jangkakan akan di adakan pada 20 April 2017 di Dewan PKMMNJ, No 1A, Jalan Kebudayaan 21, Taman Universiti, 81300 Skudai. Harap maklum

Tuesday, March 7, 2017

Mesyuarat khas AJK

Mesyuarat Khas Jawatankuasa & Pengerusi Daerah PKMMNJ bagi membincangkan persiapan utk mengadakan Mesyuarat Agung & Majlis perasmian koperasi akan diadakan pada 9/3/2017 (Khamis) ini pada jam 9.30 am.

Sunday, March 5, 2017

Nilai Persahabatan

Nilai sebuah persahabatan dalam islam

Ramai orang bersahabat, tetapi tidak ramai yang ada sahabat yang sejati.

Ramai yang bersahabat, mana mungkin kita hidup di dunia ini bersendirian tanpa insan yang bergelar sahabat.

Tidak dinafikan jika dahulu sahabat kita adalah ibu bapa dan adik beradik kita.

Kemudian apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan, akan ada pula kenalan lain digelar rakan dan rakan baik sehingga ada yang seperti belangkas asyik berkepit 24 jam.

Namun, ada juga persahabatannya terhenti seiring tamatnya musim persekolahan.

Oleh itu, apa sebenarnya erti sebuah persahabatan yang dianjurkan oleh Islam?

Adakah sahabat seseorang yang mempunyai banyak persamaan dengan kita? Atau seseorang yang ada bersama kita ketika kita senang atau susah?

Atau seseorang yang mungkin seakan lupakan kita tetapi doanya tidak putus buat kita? Kita tinggalkan sebentar soalan ini.

Untuk apa kita bersahabat sebenarnya?

Satu persoalan yang jarang kita tanyakan pada diri kita. Mungkin kurang penting pada kita.

Tetapi sebenarnya matlamat persahabatan itu perlulah jelas agar nilai sebuah persahabatan itu dapat kita raih dan nikmatnya dapat kita rasai.

Mungkin ramai mudah mengatakan, “Aku bersahabat kerana Allah”, namun, sejauh mana kita mampu melaksanakannya.

Jangan kita ingat hanya Cinta memerlukan pengorbanan, persahabatan juga memerlukannya. Fitrah manusia yang dikurniakan emosi.

Di saat persahabatan kita diuji, di sini kita boleh nilai sejauh mana ikhlasnya kita bersahabat. Orang kata kawan ketawa ramai, kawan menangis jarang dijumpai.

Mampukah kita yakin ada di kalangan sahabat kita yang akan ada untuk mendukung kita di saat kita memerlukan mereka?

Jika itu yang kita inginkan, sudah semestinya sahabat kita juga berfikiran yang sama.

Sudah saya utarakan tadi, persahabatan yang tulus adalah benar-benar kerana Allah. Tidak mengharapkan sebarang balasan, hanya untuk memberi.

Tidak ada sebarang rungutan apabila melakukan dengan ikhlas. Sejauh mana kita ikhlas dalam bersahabat hanya Allah yang mampu menilainya. Saya teringat satu kata-kata tentang ikhlas:

“Masih belum ikhlas kalau kita masih boleh mengungkit”.

Indahnya bersahabat kerana Allah, kerana semua yang dilakukan untuk sahabat hanya untuk mengharapkan balasan dariNya. Lalu, untuk apa pujian manusia atau balasan darinya sedangkan ada Allah yang Maha Kaya.

Ketika saya mencoretkan artikel ini, saya teringatkan sahabat saya yang sentiasa mengingatkan kami tentang Allah. Tuturnya tidak lari dari mengharapkan redha Allah.

Pada mulanya,saya seolah-olah malu dengannya, seakan saya dipaksa berbuat baik di depannya.

Namun, ketika saya faham bahawa dia menasihati atas rasa kasih pada sahabat dan untuk kebaikan diri saya juga tanpa mengharapkan sebarang balasan, saya mula mengerti.

Saya pernah terbaca satu petikan bahawa Allah akan mengirimkan orang yang baik jika kita berniat untuk menjadi orang yang baik.

Sebab itu kita harus bijak memilih sahabat kerana sahabat merupakan cerminan diri kita. Oleh itu, bagaimana jika sahabat kita belum seperti yang kita harapkan?

Jawapannya, jangan tunggu sahabat yang baik tetapi jadilah sahabat yang baik itu. In Shaa Allah, kita akan menjadi magnet yang membawa perubahan itu.

Dalam hati setiap hamba Allah pasti ada satu rasa untuk berubah. Itulah fitrah mungkin cara untuk menzahirkannya sahaja perlukan mujahadah.

Jadi dahulu seperti yang diinginkan

Mari sahabatku, kita refleksi diri. Jadilah seperti yang kita impikan.

Dalam memilih pasangan hidup, kita amat behati-hati agar pasangan kita dapat bersama-sama kita menuju redhaNya.

Dalam persahabatan juga wujudkan ciri-ciri sahabat yang diidamkan agar kita dapat sama-sama menikmati indahnya bersahabat keranaNya.

Di sini saya gariskan beberapa ciri yang perlu ada dalam diri seorang sahabat (juga untuk kita yang bergelar sahabat)

Berpegang pada agama (Beragama sahaja tidak cukup kerana cinta pada Allah bukan hanya melalui kata-kata sahaja tetapi melalui perbuatan melaksanakan perintah dan menghindari laranganNya)
Berakhlak (Akhlak ini apa yang terzahir di hati, dan sesungguhnya akhlak yang terpuji ada pada Rasul yang kita cintai, Nabi Muhammad s.a.w)
Sanggup berkorban
Menjaga aib sahabatnya
Sentiasa menasihati dan bersedia menerima teguran

Akhir kalam: nilai sebuah persahabatan yang sebenarnya.

Saya ulang soalan tadi apa sebenarnya erti sebuah persahabatan yang dianjurkan oleh Islam?

Sahabat adalah insan yang selalu di samping kita walau tidak ada di depan mata tapi dalam doanya sentiasa ada untuk kita.

Islam menganjurkan persahabatan yang dilandasi kasih sayang kerana Allah.

Jika itu matlamatnya pasti akan saling ingat-mengingati ke arah kebaikan dan bersama-sama mencegah kemungkaran. Indahnya hidup bersahabat bukan?

Kesimpulannya, persahabatan itu cukup indah bagi mereka yang benar-benar megerti akan nilainya. Sedarlah wahai sahabat adalah antara hadiah terbaik dari Allah untuk kita.

Jangan sesekali bersahabat kerana keperluan semata-mata kerana apa sahaja yang kita lakukan tidak akan lari dari Yang Maha Melihat.

Manusia memang tidak lari dari kesilapan tetapi itu tidak menjadi alasan untuk kita tidak berusaha berubah ke arah kebaikan. Mari audit diri.

Cuba hayati bait-bait lirik lagu nyanyian kumpulan Brothers yang berjudul Teman Sejati ini;

Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjalanan ini,

Bersyukur kini padaMu Ilahi teman yg dicari selama ini telah kutemui,

Dengannya disisi perjuangan ini senang diharungi bertambah murni kasih Illahi,

KepadaMu Allah ku panjatkan doa agar berkekalan kasih sayang kita,

Kepadamu teman ku pohon sokongan, pengorbanan dan pengertian,

Telah kuungkapkan segala-galanya

AGM Sendeng Johor Bahru

NOTIS DAN JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SENI SILAT SENDENG DAERAH JOHOR BAHRU KE-5/2017

Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Johor Bahru menjemput tuan/puan hadir ke Mesyuarat Agung kali ke-5 / 2017 pada ketentuan berikut :

Tarikh            :
11hb Mac 2017 ( Sabtu )

Masa              :
9.00 malam

Tempat          :
Sekolah Agama Kangkar Pulai,Johor Bahru

Perasmi         :
Pegawai Daerah Johor Bahru

Pakaian         :
Pakaian Istiadat Sendeng
( Baju Melayu Hitam, Bersongkok, Kain Songket )

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN:-

9.00 malam:

- Pendaftaran Kehadiran

9.30 malam:

Ketibaan Pegawai Daerah Johor Bahru

Bacaan Doa

Kata Aluan oleh Pengerusi Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Johor Bahru :  Dato' Hj Abd Lah @ Abdullah bin  Hj Awang

Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Johor Bahru Kali ke-5/2017 oleh :-
TUAN HAJI MUHAMAD FUAD BIN HAJI RADZUAN (P.I.S.) Pegawai Daerah Johor Bahru

Penyampaian Cenderhati

Minum Malam

Mesyuarat Agung dimulakan

Majlis Bersurai

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-4 / 2016

3. Pembentangan Laporan oleh Setiausaha

4. Pembentangan Laporan  oleh Bendahari

5. Pembentangan Usul ( Jika  Ada )

6. Lain-Lain Hal

7. Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat AJK MKDJB

Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru bil 1/ 2017 akan di adakan pada ketentuan berikut :

Tarikh     : 13 Mac 2017 (Isnin)
Masa.     : 2.30 petang
Tempat. : Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Johor Bahru.
Pengerusi : Tuan Haji Muhamad Fuad bin Radzuan
Pegawai Daerah Johor Bahru / Pengerusi Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru.

Semua AJK MKD dijemput hadir.

Aturcara AGM Alumni 4B Johor

Aturcara Mesyuarat Agung Alumni 4B Johor.
11/3/2017
Hotel Zam Saham, Lapangan Terbang Senai.

10.00 pg. Seminar Usahawan
13.00 tgh Makan Tgh
15.00 ptg  Majlis Perasmian oleh YB TSAR Presiden Alumni 4B Malaysia.
16.30 ptg  Mesyuarat Agung Tahunan.

Maklumat lanjuy sila berhubung dengan Tn Hj Ramely Othman, Setiausaha Alumni 4B Johor