Friday, February 27, 2015

Mesyuarat Agung Khas (EGM) Alumni 4B Malaysia

Mesyuarat Agung Khas (EGM) Alumni 4B Malaysia akan diadakan pada jam 3.00 petang, 4/4/2015, Hari Sabtu di Hotel Kobemas, Ayer Keroh, Melaka. Kehadiran ahli ahli Alumni 4B Malaysia amatlah di hargai.

Mesyuarat MKT Alumni 4B Malaysia

Mesyuarat MKT Alumni 4B Malaysia akan diadakan pada jam 11.00 pagi, 4/4/2015, Hari Sabtu di Hotel Kobemas, Ayer Keroh, Melaka. Kehadiran ahli MKT Alumni 4B Malaysia amatlah di hargai.

Thursday, February 26, 2015

Mesyuarat Agong Tahunan kali yang ke 17 PERKON JOHOR

Mesyuarat Agong Tahunan kali yang ke 17 PERKON JOHOR akan diadakan pada 21 April 2015 (Hari Selasa) bertempat di Hotel Mutiara ( Dulu - Hotel Holiday Inn), Jalan Dato Sulaiman, 80990 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, jam 11.00 Pagi.
ATURCARA MAJLIS
8.30 pagi – 9.30 pagi - Sessi Pendaftaran Ahli PERKON.
Minum Pagi
10.00 pagi - Mesyuarat Agung Tahunan ke 17
1100 pagi - Bacaan Doa
- Ucapan YB Datuk Hj Abdul Latif Bin Bandi,
EXCO KPKT Negeri Johor
Ucapan Tn Hj Noordin A. Latif,
YDP PERKON JOHOR.
12.00 tgh - Makan Tengahari.
Kehadiran amatlah di hargai. Sila jelaskan tunggakan yuran tahunan sebelum mesyuarat agung.

Wednesday, February 25, 2015

Mesyuarat AJK Alumni 4B (M) Negeri Johor kali 1/2015

 akan diadakan pada jam 3.00 petang, 7 Mac 2015, Hari Juma'at, bertempat di Bilek Mesyuarat, UMNO Bahagian Ayer Hitam, Jalan Yong Peng - Air Hitam, Johor. Kehadiran AJK, Pengerusi2 Kawasan Parlimen dan Ketua2 Biro amatlah di alu2kan.

Sisih sisa pepejal

Thursday, February 19, 2015

ACARA 2M WEEKLY ENGLISH NET

JASRA akan mengadakan acara 2M WEEKLY ENGLISH Net pada malam, SETIAP Hari SABTU, pukul 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2IGQ. Op: Saudara ALI GATOR, QTH: PASIR GUDANG. Penyertaan anda menceriakan acara tersebut adalah di hargai. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA

Tuesday, February 17, 2015

HAPPY CHINESE NEW YEAR

Wishing all chinese friends, a happy new year


JASRA 2M NET & CNY SPECIAL

JASRA akan mengadakan acara 2M Net dan CHINESE NEW YEAR SPECIAL NET pada malam, 18/2/2015, Hari RABU, pukul 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2WJS. Op: Saudara Wak Jasmi, QTH: Parit Raja, Batu Pahat. Penyertaan anda menceriakan acara tersebut adalah di hargai. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA

Thursday, February 12, 2015

Hiduplah untuk Allah

Memetik sebahagian kalam hebat Sheikh Dr. Aid Al Qarni:
     التوفيق من الله سبحانه وتعالى

Taufik hanya dari Allah SWT
       نحن لسنا السكان الأصليين
          لهذا الكوكب الأرض !!
       بل نحن ننتمي إلى ( الجنّة )
Kita bukanlah penduduk asli bumi, asal kita adalah di syurga
          حيث كان أبونا آدم
          يسكن في البداية
          لكننا نزلنا هنا مؤقتاً 
        لكي نؤدّي اختبارا قصيرا
          ثم نرجع بسرعة ..
Tempat, dimana org tua kita, Adam, tinggal di permulaan.
Kita tinggal di sini hanya untuk sementara,
Untuk mengikuti ujian lalu segera kembali.
فحاول أن تعمل ما بوسعك
لتلحق بقافلة الصالحين
التي ستعود إلى وطننا الجميل الواسع
و لا تضيع وقتك في هذا الكوكب الصغير
Maka berusahalah semampumu,
Untuk mengejar kafilah org2 sholeh, Yang akan kembali ke tanah air yg sgt luas
Jgn sia2kan waktumu di planet kecil ini..!
الفراق: ليَس السفِر، ولا فراق الحب، حتىّ الموت ليس فراقاْ
سنجتمَع في الآخرة
الفراق هو: أن يكون أحدنا في الجنة،
والآخر في النار
جعلني ربي وإياكمَ من سكان جنته..
Perpisahan itu bukanlah kerana perjalanan yg jauh,
Atau kerana ditinggal orang tercinta,
Bahkan, kematian pun bukanlah perpisahan, sebab kita pasti akan bertemu di akhirat.
Perpisahan itu adalah,
Jika salah satu diantara kita di syurga dan yg lain di neraka.
Semoga Allah swt menjadikan kita semua sebagai penghuni syurga!
والحياة ما هي إلا قصة قصيرة !!
( من تراب .  تراب . إلى تراب )
( ثم حساب . فثواب . أو عقاب )
Hidup ini adalah cerita pendek, dari tanah, di atas tanah, dan kembali ke tanah,
Lalu hisab (yg hanya menghasilkan dua kemungkinan); pahala atau seksa.
فعش حياتك لله - تكن أسعد خلق ﷲ
اللهم لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم  سلطانك
Maka, Hiduplah utk Allah nescaya kau akan jadi makhluk-Nya yg paling bahagia.
Ya Rabb utkmu segala puji yg layak utk kemuliaan wajah-Mu dan keagungan kekuasan-Mu!

Hari radio sedunia

TANGGAL 13 Februari, 2015 adalah Hari Radio Sedunia. Hari Radio Sedunia disambut bertujuan untuk  meningkatkan kesedaran pentingnya radio, sekaligus memperingati lahirnya radio serta perkembangannya yang bertahan di tengah kepesatan perkembangan transformasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini.  

Sejak siaran pertama ke udara lebih dari 100 tahun yang lalu, radio telah terbukti menjadi sumber informasi yang kuat untuk memobilisasi perubahan sosial kehidupan masyarakat. Dalam era digital, radio terus menjadi relevan, karena orang ramai mendengar melalui komputer, radio satelit dan peranti mobile.

Idea awal berasal dari Akademi Radio Sepanyol (Spanish Academy of Radio) dan secara rasmi disampaikan oleh Delegasi Tetap Sepanyol ke UNESCO untuk Dewan Eksekutif sesi 187 pada bulan September 2011. 

Pada tanggal 3 November 2011, 36 th General Conference, UNESCO mengakui “kekuatan transformasi radio” dengan mendirikan Hari Radio Sedunia. Hari yang dipilih adalah 13 Februari kerana merupakan hari lahirnya radio Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) iaitu pada tahun 1946.

Selamat Menyambut Hari Radio Sedunia. Sejak itu, 13 Februari dijadikan Hari Radio sedunia untuk disambut oleh penggerak-penggerak radio. Kali pertama dunia memperingati Hari Radio Sedunia (World Radio Day) adalah pada 13 Februari 2012. 

Tuesday, February 10, 2015

Mesyuarat ajk Jasra

Mesyuarat AJk Jasra kali 1/2015, akan di adakan pada jam 2.30 ptg,  28/2/15, Hari Sabtu bertempat diBangunan Ozzdong,  No 51, Jalan kuning 2, Taman Pelangi. JB.  Kehadiran di hargai.

JASRA 2M NET - 11/2/15

JASRA akan mengadakan acara 2M Net pada malam, 11/2/2015, Hari RABU, pukul 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2HFW. Op: Saudara Halim, QTH: Segamat. Penyertaan anda menceriakan acara tersebut adalah di hargai. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA

Tuesday, February 3, 2015

JASRA 2M NET - 4/2/15

JASRA akan mengadakan acara 2M Net pada malam, 4/2/2015, Hari RABU, pukul 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2NTN. Op: Saudara Mohd Adzrin, QTH:........ Penyertaan anda menceriakan acara tersebut adalah di hargai. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA

Monday, February 2, 2015

Kuasa pengguna

Saya merasakan sudah tiba masanya seluruh rakyat Malaysia bersatu hati bagi mempertahankan hak kita sebagai pengguna.

Pengguna seolah-olah hilang arah dan merasakan kita tiada pilihan apabila harga dinaikkan oleh para peniaga.

Kita juga terpaksa menelan hakikat bahawa harga barangan terpaksa dinaikkan disebabkan kos bahan api yang meningkat. Oleh kerana kita adalah pengguna prihatin terhadap nasib peniaga, maka pengguna Malaysia seakan-akan redha dan sanggup berkongsi kesusahan dengan peniaga. Menanggung kenaikan harga barangan bagi mengelakkan kerugian peniaga.

Namun keadaan berlaku sebaliknya, apabila harga minyak turun sehingga mencecah RM1.70 seliter, peniaga tiada pula rasa kasihan kepada pengguna.

Alasan yang diberikan tetap sama, mereka adalah peniaga kecil saja, pembekal tidak turunkan harga. Pembekal pula menyalahkan pemborong, pemborong menyalahkan pedagang.

Jika ini adalah senarionya, maka benarlah saranan YB Dato Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani agar para pemborong dan pedagang harus diboikot agar mereka sedar bahawa, hakikatnya kuasa adalah di tangan pengguna, bukannya mereka.

Oleh itu, pedagang dan pemegang kartel tanpa mengira bangsa harus dijadikan sasaran. Apabila mereka menurunkan harga, maka yang lain lain akan juga menuruti langkah tersebut