Saturday, April 30, 2016

Gotong Royong

Program Gotong Royong membersih dan memulihkan Bangunan Pusat Kommunikasi Bencana Wilayah Tengah Jasra di JKR 642, Jln Dato Mohd Shah, Batu Pahat akan di laksanakan pada 7hb Mei 2016 dan minggu2 seterusnya . Sumbangan tenaga dan bahan-bahan amatlah di perlukan. Sila berhubung dengan 9W2BPC, (0137836854) , Pengerusi Perhubungan Jasra Daerah Batu Pahat  untuk maklumat lanjut.

Wednesday, April 27, 2016

Koperasi Alumni 4B Negeri Johor

Alhamdulilah  Penubuhan Koperasi Alumni 4B Negeri Johor Berhad telahpun  di luluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Jangan lupa kita semua kena bagi sokongan dan melibatkan diri didalam menjayakan koperasi ini

MESYUARAT AJK ALUMNI 4B JOHOR

Mesyuarat AJK Alumni 4B Negeri Johor akan di adakan pada 13/05/2016 jam 3.00 ptg Hari Jumaat bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 5, Perbadanan Islam Johor, Jln Bukit Timbalan, Johor Baharu. Semua AJK, Ketua Biro, Pengerusi Kawasan Parlimen di jemput hadir

Tuesday, April 26, 2016

Pusat kommunikasi bencana Jasra Wilayah Tengah

Alhamdulilah. Jawatankuasa Rumah Kerajaan Daerah Batu Pahat telah meluluskan sebuah runah kerajaan,  JKR 642, Jalan Dato Mohd Shah, Batu Pahat untuk di jadikan Pusat Kommunikasi Bencana Jasra Wilayah Tengah Negeri  Johor.

Monday, April 25, 2016

Majlis Ulama dan Ceramah Perdana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YB Datuk/ YBhg Datuk/ YBhg Datin/Tuan/ Puan AJK dan Ahli Alumni 4B Malaysia adalah dijemput HADIR pada Majlis Ulama Bersama Umara & Belia 4B Melaka Berselawat serta Ceramah Perdana bersama YBhg Dato Ustaz Mohd Kazim Elyas Al Hafiz pada:

Tarikh : 29/4/2016(JUMAAT)
Masa : 7.00 Malam
Pakaian: Jubah puteh/ Baju Melayu/Baju Kurung (Wanita Melayu)
Tempat : Dataran Seri Bendahara Kediaman Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka
Tetamu kehormat: YAB Ketua Menteri Melaka & Isteri

Aturcara
6.30ptg: Ketibaan jemputan
7.16mlm: Solat maghrib berjemaah
7.50mlm: Selawat & Qasidah
8.27mlm: Solat Isyak berjemaah
8.50mlm: Ucapan YAB Ketua Menteri Melaka
9.00Mlm: Ceramah Perdana bersama YBhg Dato Ustaz Mohd Kazim Elias Al Hafiz
10.30Mlm: Jamuan makan malam
11.00Malam: Bersurai

Sehubungan dengan itu pihak GB4B Negeri Melaka berbesar hati menjemput YB Datuk/YBhg Datuk/Datin/ Tuan/Puan AJK  dan Ahli  Alumni 4B Malaysia utk Hadir dan membantu menjemput kenalan dan rakan rakan yang lain

Sekian Terima kasih.

Salam Hormat daripada Saya

Mohd Nizam Hj Omar
Pengerusi GB4B Melaka

Sunday, April 24, 2016

Mesyuarat khas Ajk Perkon Johor

Mesyuarat Khas AJK Perkon Johor akan di adakan pada jam 3.00 petang, 25hb April 2016, Hari Isnin,  bertempat di Bilek Mesyuarat KJE , Jalan Nong Chik 1, Nong Chik Commercial Centre, JB. Kehadiran di hargai

Wednesday, April 20, 2016

Hari Hol Raja Haji Fisabililah

Sukacita di maklumkan bahawa majlis selama dua (2) hari sempena hari Haul Almarhum Raja Haji Fisabillilah yang buat pertama kalinya akan diadakan di Tanjung Pinang, Kepulauan Riau - Indonesia seperti berikut:-

Hari pertama (1) - Acara Haul Almarhum Raja Haji Fisabilillah.

Tarikh. :  7 Mei 2016 (Sabtu) 30 Rejab 1437H.
Masa.   : 9 pagi hingga Zohor
Tempat: Masjid Sultan Riau Pulau Penyengat.
Pakaian: Baju Melayu.
Aturcara: Bacaan tahlil pada Almarhum dan Maulid Dibaie yg akan dibaca oleh para Habaib dan Masyaeikh. Penceramah undangan dari Kuala Lumpur, Syeikh Mahmoud AlWasoubi (beliau yg akan mengiringi Bacaan Maulid dibaie), turut hadir ialah AlHabib Ubaidillah AlHabsyi dan Habib AlJufri dari Surabaya.

Hari kedua (2) - Acara silaturahim bersama para zuriat dan kerabat Almarhum Raja Haji Fisabilillah serta acara ziarah makam makam di Pulau Penyengat dan Ulu Riau.

Tarikh. :  8 Mei 2016 (Ahad) 1 Saaban 1437H.
Masa.   : 9 pagi hingga selesai
Pulau Penyengat:  Makam Almarhum Raja Haji Fisabilillah dan keluarga nya.
Ulu Riau: Makam Almarhum Opu Daeng Cellak, Makam Almarhum Opu Daeng Cellak dan Makam Almarhum Daeng Kemboja.

Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir...

*Bagi yang ingin memberikan sumbangan ikhlas, sila hubungi :

MALAYSIA : RAJA HJ ABD HADI RAJA HJ AWALUDDIN 
                    TEL : 011- 3295 57696
                    EMAIL : mohdradzi23@yahoo.com
                    Acc No : 3177935329 (Rawatan Terapi AlHady)
                    Public Bank Bhd

SINGAPURA : SAID AFDALNIZAN ALQUDSI
                       TEL : +65 8118 0709
                       EMAIL : said.afdalnizan@gmail.com
                       Acc No : 558-83746-2
                       POSB

*** SUMBANGAN IKHLAS AMAT DIALU-ALUKAN***

Perasmian masjid Raja Haji Fisabililah

Undangan terbuka untuk semua ke majlis memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW & Hari Haul Raja Haji Fisabillah

Tarikh. :  24 April 2016 (Ahad) 18 Rejab 1437H.

Masa.   : 6 ptg - 9.30 malam.

Tempat: Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya,
               Selangor - Malaysia.

Pakaian: Baju Melayu.

Aturcara:
Yasin & Tahlil - Perarakan - Bacaan Quran - Pelancaran Kitab Manakib Raja Haji - Bacaan Maulid - Qasidah & Hadrah - Tausiah - Jamuan

Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir

Mesyuarat Ajk Sendeng Daerah Johor Bahru (19/4/16)

Monday, April 18, 2016

Kembara Jetski Sg Johor 2016

PROGRAM KEMBARA JETSKI PERSISIRAN SUNGAI JOHOR 2016 akan diadakan pada 22-23 April 2016.  Program akan bermula dari Ramp JPS Kota Tinggi, depan Taman Kemang pada jam 3.00 petang. Ride ke Teluk Sengat dan Lawatan ke Pengkalan TLDM Tanjung Pengelih.

Sunday, April 17, 2016

7 Sunnah Hebat

Jom laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:

Pertama:
Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya. Pastinya doa akan mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Hadirkan diri ke masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia belum lagi solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, Malaikat berdoa untuknya iaitu "ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT ”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Bengkel Homebrew Antenna (17/4/16)

Saturday, April 16, 2016

Perasmian Masjid Raja Haji Fisabililah

Ahli keluarga di undang menghadiri Majlis Perasmian Masjid Raja Haji Fisabililah pada jam 6 ptg 24/4/16,  di CyberJaya. Kehadiran di hargai..

Jadual RAE 2016

RAE Jun 2016

RAE Jun 2016

Tarikh exam          : RAE 16-13 : 16/6/2016 (Khamis)  2.00 PM

Buka Permohonan  : 20/4/2016 (Rabu)
Tutup Permohonan : 19/5/2016 (Khamis)

Permohonan melalui secara on line mcmc.gov.my

Wednesday, April 6, 2016

Bengkel Antenna quarter wave homebrew

Bengkel antenna "quarter wave". - Basic Homebrew.
Tarikh : 17/4/2016.
Tempat : Jasra Clubhouse.
Uda, Johor Bahru.
Jam: 8:00pm - 10:30pm.
Yuran pendaftaran serendah Rm30 shj. - termasuk peralatan/kelengkapan mbuat antena dan disediakan jamuan ringan.
Berminat Sila Hubungi : 9W2DLU (016-7185943)
& 9W2JCU(016-7152016) utk pendaftaran.

-Tenaga pengajar yang berpengelaman.
- Anda mungkin dapat menyelesaikan masalah TX dengan Handy anda.
- Homebrew / memiliki sendiri antenna buatan.
- Belajar teknik2 asas antenna bagaimana ia berfungsi serta penyediaan bahan2 penyediaan antena anda sendiri dgn kos lebih murah
- menjimatkan kos.

Tuesday, April 5, 2016

EmComm Guide

#IARU Emergency TeleCommunications Guide in PDF

http://www.iaru.org/emergency-telecommunications-guide.html

Saturday, April 2, 2016

Ajk Jasra sessi 2016 - 2018

Ajk jasra sessi 2016 -2018

Presiden - 9w2hoz
Tim. - 9w2joc
Naib - 9w2joh
SU - 9w2oxy (dl)
PSU -  9w2yyy (dl)
Bendahari - 9w2JHR (dl)
Pen. Bendhari - 9w2jjx (dl)
AJK - 9w2usm
9w2lby
9w2edd
9w2lcm  (dl)
9w2phm (dl)
Odit - 9w2esa
9w2jcg
Pemegang amanah - 9w2gmi

Pengerusi Perhubungan Jasra
JB - 9w2lcm
Segt - 9w2uma
Ptn - 9w2dcw
Kulai - 9w2rsa
Muar - 9w2byx
BP - 9w2bpc
Kluang - 9w2tyl
Mersing - 9w2cco
Ledang - 9w2pwt
KT - 9w2gmi
Melaka - 9w2sff

BIRO
displin - hoz, lcm, joc, joh
Kecemasan - lcm, joc
Ahli - joc, yyy, sss
Repeater - sgt, udd, jsy bpa, gmi, smx, rlw, sss, edd, yyy.
Pameran - tlx, zjb, bpq, snn, phm, lby, smx,
Antarabangsa -  joh
Media - oxy, yyy
2m Net - uma, jcg, tlx, igq,
Kebajikan - rfs, flw, lsz, esa, snn
Qsl - esm, nzi
Latihan - bal, joc, joh
Teknikal - joh, bal
Kerohanian - lsz, esa
Gerak khas - mbj, dl, snn, flw, rfs, nqj, syq
Koko - sff, vcy, dcw
Kelab Menembak - bpc, joh