Thursday, October 31, 2013

MAJLIS PERJUMPAAN & RAMAH MESRA AHLI2 PKMMNJ - 6/11/2013

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor (PKMMNJ) akan mengadakan Majlis Perjumpaan & Ramah Mesra / Dialog di antara Tuan Ir. Haji Mahmood bin Amir, Yang DiPertua PKMMNJ dengan kesemua ahli-ahli PKMMNJ di daerah Kulaijaya dan Johor Bahru pada jam 1.30 petang, 6/11/2013. Majlis akan diadakan bertempat di Dewan Perdana PKMMNJ, Wisma PKMMNJ, Jalan Kebudayaan 21, Taman Universiti, 81300 Johor Bahru. Kesemua ahli-ahli PKMMNJ di kedua-dua daerah yang terlibat dengan segala hormatnya dipersilakan hadir.

MESYUARAT AJK PKMMNJ - 6/11/2013

Mesyuarat Jawatankuasa & Pengerusi Perhubungan Daerah Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor bil 2/2013 (Sesi 2013-2016), akan diadakan pada 6 November 2013 (Rabu) mulai 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat PKMMNJ, Wisma PKMMNJ, Jalan Kebudayaan 21,Taman Universiti, 81300 Johor Bahru. Kesemua barisan kepimpinan PKMMNJ, dengan segala hormatnya dijemput hadir. Kesudian Y.Bhg.Tuan/Puan menghadiri mesyuarat ini adalah amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Wednesday, October 30, 2013

JASRA 2M NET - 30/10/2013

JASRA JOHOR SEDANG mengadakan Acara 2M Net, pada malam ini, 30/10/2013, Hari Rabu, jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2BTD. QRA: PAK LAH. QTH: BANDAR KLUANG, JOHOR. Penyertaan anda didalam menceriakan acara tersebut adalah di hargai. SESI "ENGLISH NET" juga diadakan selepas acara 2M Net, yang di kendalikan olih 9W2IGQ, Op: SAUDARA ALI, QTH: BANDAR PASIR GUDANG. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA

LAPORAN AKHBAR SINAR - WORLD JOTA JOTI 2013 DIPOLITEKNIK MERLIMAU.


Tuesday, October 29, 2013

BUMIPUTRA TIDAK KUALITI - PETIKAN DARI CHEDET.CC

1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Bumiputra tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Bumiputra.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Bumiputra untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.

4. Kerajaan yang dianggotai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Bumiputra yang tidak berkualiti ini.


5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Bumiputra yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Bumiputra, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun tidak berjuang untuk membebaskan negara dari penjajah.

MURTABAK SINGAPURA DI BANDAR AYER HITAM, JOHOR (29/10/2013)




KERJA2 MEMBAIKPULIH CABIN CLUBHOUSE JASRA (26-27/10/2013)







Monday, October 28, 2013

PULAU SIBU RETREAT - 29/11 - 1/12/2013


Semua jetski rider. Trip ke Pulau Sibu pada 29-1/12/2013. Trip 3 hari 2 malam. Duduk di Sibu Island Resort (5 Star). Harga RM650.00 dengan jetski. Tanpa jetski RM580.00 / seorang. Package adalah 2 sarapan. 2 makan tengahari dan 2 makan malam. Feri utk pergi dan balik bagi tiada jetski. Untuk jetski sebuah lain disediakan untuk bawa minyak. Minyak sendiri Sekurang2nya 3 tong. Jetski ke Pulau Tinggi, pusing Pulau Sibu dan sekitarnya. Bilik twin sharing. Chalet lengkap bilik tidur, ruang tamu, bilik air - air panas, balkoni. Chlet juga ada swimming pool. Kawasan chalet dipenuhi dgn rusa berkeliaran dan mini zoo. Jetski ada kawasan teluk untuk parking. Terhad kepada 40 orang saja. First come first served. Sesiapa berminat dila hubungi Encik Rosli. Terima kasih.