Wednesday, June 29, 2011

KEMBARA AMAL RAMADHAN 2011 - SUMBANGAN

KEMBARA AMAL RAMADHAN 2011 - Program ini dijangkakan akan di adakan pada 7, 14 dan 21 hb Ogos 2011. Sekiranya terdapat sebarang sumbangan samada didalam bentuk wang ringgit maupun barangan, ianya bolih di serahkan kepada 9W2HOZ (019 777 0435), 9W2EKP (017 7135768) dan Hj Zin, Yayasan Ikhlas Negeri Johor ( 017 7692945). Segala sumbangan amatlah di hargai.

Monday, June 27, 2011

WEEKEND 4x4 WARRIOR - KUALA MU, PERAK (24-26 JUN 2011)







Sebanyak 3 buah kenderaan 4x4, membawa 14 orang peserta telah berlepas dari Johor Bahru pada lebihkurang jam 4.30 petang, 24hb Jun 2011. Destinasi seterusnya adalah Hentian Rehat R & R Tapah, dimana kami bergabung dengan rakan-rakan 4x4 dari Kuala Lumpur iaitu sebanyak 13 buah kenderaan 4x4. Sebuah kenderaan peserta, Nissan Terrano telah menghadapi kerosakan dan telah di tinggal di Balai Polis Simpang Pulai. Memandangkan masa yang lama telah diambil bagi menguruskan kereta tersebut, pihak penganjur telah mengambil keputusan untuk berehat dan bermalam di Bandar Sungai Siput. Kami tiba di kawasan lapang Supermarket T ValueMart, Sungai Siput pada jam 4.00 pagi. Setelah bersarapan pagi, kami mulakan perjalannan semula ke Kuala Mu, pada jam 8.30 pagi, 25 hb Jun 2011. Melalui jalan yang berliku-liku, trek offroad balak, kami mula mendaki kawasan pergunungan dengan penuh cabaran. Di pertengahan perjalanan, sebuah lagi kenderaan, Proton Kembara, telah menghadapi kebocoran tayar. Sukar untuk mempercayai bahawa kenderaan tersebut hanya mempunyai kuasa 1300cc, mampu turut serta didalam ekspedisi ini. Semangat jitu peserta kenderaan Kembara ini sememangnya telah mengatasi segala rintangan. Dengan penuh kepenatan dan kelelahan, kami tiba di Perkampungan Orang Asli Kuala Mu, pada jam 3.30 petang. Perjalanan sejauh 40 km di trek offroad ini mengambil masa 7 jam didalam keadaan cuaca panas. Perkampungan ini terdiri daripada gabungan 5 buah kampung, dengan kepadatan penduduk seramai 700 orang, ( 150 keluarga) yang dipimpin olih Tok Batin Karim. Setelah mendirikan khemah, kami membersihkan diri di Sungai berhampiran, yang ternyata suhu airnya begitu sejuk. Pada sebelah malam, acara "sewang" telah diadakan olih penduduk kampung, yang di sertai olih para peserta. Acara jungle trekking ke Air Terjun berdekatan, telah diadakan pada hari terakhir. Program di akhiri dengan penyerahan bahan bacaan kepada Tok Batin olih pihak Penganjur, Majaalah Libur (Karangkraf). Perjalanan pulang menjadi lebih mencabar kerana trek licin disebabkan hujan disebelah malam. Perjalanan yang bermula pada jam 2.30 petang, tiba di Bandar Sungai siput pada jam 7.30 malam. Setelah menjamu selera, lebihkurang jam 10.oo malam, kami memulakan perjalanan pulang ke Johor Bahru, yangmana kami tiba dengan selamat pada jam 6.00 pagi, setelah berhenti berehat di Hentian R & R Seremban dan Pagoh. Satu perjalanan yang meletihkan, tetapi penuh dengan kepuasan.

Monday, June 20, 2011

JAKARTA FOXHUNT 2011






JAKFOX 2011 telah diadakan pada 18-19 hb Jun 2011, di Taman Isti, Monas, Jakarta, sempena ulangtahun KotaRaya Jakarta yang ke 484 tahun. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah Mobile Foxhunt, ARDF, Anttena Worksyop, pertandingan CW, pertandingan Auto Dubbling, pertandingan Slalom di samping eyeball dan jualan peralatan. Pihak pemerintah KotaRaya Jakarta telah juga menyerap Rescue team ( CORE ) daripada kalangan ahli amatur di Orari Daerah Jakarta dibawah Team Communication and Emergency Kotaraya Jakarta. Majlis telah di sempurnakan olih wakil Gabenur Jakarta, yang juga merupakan ahli HAM. Penyertaan JAKFOX adalah menyeluruh dari Kalimantan, Palembang, Padang, Bandung, dll.

Thursday, June 16, 2011

EKSPEDISI SUNGAI SELAI, BEKOK " SANTAI III " OFFROAD

Ekspedisi Sungai Selai, Bekok " Santai III " 4x4 Offroad akan di adakan pada 21-24 Julai 2011. Jika berminat, sila hubungi Pak Lah, 9W2HOZ ( 019 777 0435 ).

SANTAI OFFROAD III
EKSPEDISI SUNGAI SELAI, BEKOK, JOHOR
21st – 24th July 2011 (3D3N)

ITINERARY

DAY 1 – THURSDAY 21/07/2011
23.00 hr - Convoy Rolling (JB – Yong Peng)

DAY 2 – FRIDAY 22/07/2011
03.00 hr - ETA Yong Peng (Meeting Point II)
- Setup Camp & Rest
07.00 hr - Breakfast (Own)
09.00 hr - Flag-off & Roll to Bekok
10.00 hr - Activity 1: Community Service (Charity)
12.30 hr - Lunch (Packed – Provided) @ Sg. Bantang
13.30 hr - Solat Jumaat
15.00 hr - Convoy Rolling to Taman Negara Sg. Selai
17.00 hr - ETA Campsite Sg. Selai @ Lubuk Merekek
- Setup Camp / Free & Easy
20.00 hr - Dinner
21.30 hr - Activity 2: Intro Session
- Camp & Water Safety Briefing
- “Sustainable Offroading” Talk by Dr Kamy
- Fishing Competition Starts
23.30 hr - Rest / Sleep

DAY 3 – SATURDAY 23/07/2011
07.30 hr - Negaraku / Morning Exercise (Warm-up & Fun Exercise)
- Breakfast
10.00 hr - Activity 3: Trekking to Air Terjun Takah Tinggi
11.00 hr - ETA Air Terjun
12.00 hr - Trekking Back to Campsite
01.00 hr - Lunch / Free at Leisure

14.30 hr - Activitiy 4: (Optional)
a) Orang Asli Games
b) Offroad Ride to Pasir Tinggi
16.00 hr - Setup BBQ
19.00 hr - Dinner (BBQ)
20.30 hr - Roll to Kg Selai
21.00 hr - Activity 5: Sewang (Optional)
22.30 hr - Roll Back to Campsite
23.00 hr - Campfire & Free at Leisure
23.30 hr - Rest / Sleep

DAY 4 – SUNDAY 24/07/2011
07.00 hr - Break fast (Heavy)
09.00 hr - Break Campsite
09.30 hr - Closing
10.30 hr - Convoy Roll to Johor Bahru.

ATURCARA EKSPEDISI 4x4 KUALA MU ( TERKINI )

The Weekend Offroad Warrior 7
Kuala Mu, Sg Siput, Perak Darul Ridzuan

Convoy Radio Frequency: 143.600mhz

Aturcara TERKINI

Day 1 – Jumaat 24/06/2011
3.30 pm - Peserta kumpul @ PETRONAS sebelum TOL SKUDAI.
4.00 pm - Convoy Rolling via PLUS Hiway – Northbound
10.30 pm - RV and TangoTango at R&R Tapah
11.00 pm - Convoy Rolling to Sg Siput
12.00 midnite - ETA Sg Siput Town
02.00 am - ETA Campsite Jambatan Gantung
- Tidur


Day 2 – Sabtu 25/06/2011
07.30 am - Breakfast
10.30 am - Break campsite and convoy Rolling to POS Kuala Mu
(Distance: 45km)
2.30 pm - ETA Campsite M4W @ Kuala Mu
Lunch / Free at leisure
4.30 pm - Lepat Waterfall Jungle Trekking
7.30 pm - Makan Malam
9.00 pm - Sewang dgn Masyarakat Orang Asli
24.00 hr - Rehat/Tidur

Day 3 - Ahad 26/06/2011
9.00 am - Breakfast
11.00 am - Break campsite
Convoy rolling to KL
6.00 pm - ETA Kuala Lumpur

Facts & Figures:
KL-Sg Siput = 220km
Sg Siput – Lasah = 20km
Lasah – Kg Kuala Mu Offroad Sector (45km)

• Acara mungkin akan bertukar mengikut keadaan dan pihak penganjur berhak untuk
membatalkannya jika ada keperluan demi keselamatan atau pun mengikut situasi yang
bersesuaian.

Monday, June 13, 2011

JAKFOX 2011


JAKFOX 2011 semepena ulangtahun Kotaraya Jakarta ke 484 akan diadakan di Tugu Monas, Jakarta pada 18-19 Jun 2011.

Sunday, June 12, 2011

KULAIJAYA EXTREME CYCLING CARNIVAL (12.6.2011)






Seramai 700 orang peserta telah menyertai Program KulaiJaya Extreme Cycling Carnival 2011, yang diadakan di Hutan Bandar, Bandar Putra IOI, KulaiJaya. Penyertaan terdiri daripada Negara Australia, Perancis, Scotland dan Singapura, serta peserta tempatan. Majlis telah dirasmikan olih Y.B. Datuk Rosnah Shirlin binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Trek yang melalui kawasan perladangan kelapa sawit, belukar dan bukit, telah menguji kekuatan mental dan fisikal para peserta. Program juga di meriahkan dengan pelbagai aktiviti dan cabutan bertuah.

Saturday, June 11, 2011

PERTUKARAN FREKUENSI JASRA JOHOR BAHRU LOCAL (9M4RJB)

Harap maklum : Frekuensi JASRA Local Johor Bahru ( 9M4RJB ) telah di tukar dari 145.635 kepada 145.775, -0.6, 127.3. Segala kesulitan amatlah di kesali.

Friday, June 10, 2011

JAKFOX 2011

Sempena ulang tahun ke-483 Kota Jakarta, ORARI Daerah DKI Jakarta akan mengadakan Jakarta Fox Hunting (JakFox) 2011 yang merupakan agenda tahunan sejak tahun 2009. Acara diadakan pada 18-19 Jun 2011 di Lapangan IRTI Monas.
JakFox 2011 akan diisi pelbagai kegiatan, Mobile ARDF, Walking ARDF, Slalom, Auto Dubling, dan Kode Morse.
Jika berminat untuk turut serta, hubungi 9W2HOZ (019 777 0435)

EKSPEDISI 4x4 KUALA MU, PERAK

Program "Weekend Offroad Warrior 7" anjuran Malaysian4Wheelers, ke Kuala Mu, Perak, akan di adakan pada 24-26 Jun 2011.


Aturcara Tentatif:
Day 1 – Jumaat 24/06/2011
0900 hr - Tol Skudai - Shah Alam.
15.00 hr - 1) RV and Flag off at Karangkraf HQ in Shah Alam
15.30 hr - Convoy Rolling
19.00 hr - RV at Pekan Sg Siput / Dinner
20.00 hr - Convoy Rolling Kuala Mu (Offroad Sector)
01.00 hr - ETA Kuala Mu/ Campsite

Day 2 – Sabtu 25/06/2011
09.00 hr - Preparing breakfast
10.30 hr - Visit Kg Asli Kuala Mu
Activity with villagers
12.30 hr - Back to Campsite
Lunch
Free at leisure
16.00 hr - Lepard Waterfall Jungle Trekking
20.00 hr - Makan Malam
24.00 hr - Rehat

Day 3 - Ahad 26/06/2011
09.00 hr - Breakfast
11.00 hr - Break campsite
Convoy rolling to KL
16.00 hr - ETA Kuala Lumpur
23.00 HR - ETA Johor Bahru

• Acara mungkin akan bertukar mengikut keadaan dan pihak penganjur berhak untuk
membatalkannya jika ada keperluan demi keselamatan atau pun mengikut situasi yang
bersesuaian.

Thursday, June 9, 2011

PAMERAN RADIO AMATUR SEMPENA KULAIJAYA EXTREME CYCLING CARNIVAL


JASRA bersama2 KRKPJB (PELANGI) akan mengadakan Pameran Radio Amatur sempena KulaiJaya Extreme Cycling Carnival, yang akan diadakan di Hutan Bandar Putra, Bandar Putra IOI, Kulaijaya, pada Hari Ahad, 12 hb Jun 2011. Jom kunjung ramai2.

BOJONEGARA HAM FEST 2011


Friday, June 3, 2011

HARI KEPUTERAAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG


Rakyat Malaysia Mendoakan Kesejahteraan dan mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DYMM TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL MARHUM SULTAN MAHMUD,

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup kepada Tuanku sebagai payung kepada seluruh rakyat di negara ini.

Allah Lanjutkan Usia Tuanku

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!