Sebanyak 3 buah kenderaan 4x4, membawa 14 orang peserta telah berlepas dari Johor Bahru pada lebihkurang jam 4.30 petang, 24hb Jun 2011. Destinasi seterusnya adalah Hentian Rehat R & R Tapah, dimana kami bergabung dengan rakan-rakan 4x4 dari Kuala Lumpur iaitu sebanyak 13 buah kenderaan 4x4. Sebuah kenderaan peserta, Nissan Terrano telah menghadapi kerosakan dan telah di tinggal di Balai Polis Simpang Pulai. Memandangkan masa yang lama telah diambil bagi menguruskan kereta tersebut, pihak penganjur telah mengambil keputusan untuk berehat dan bermalam di Bandar Sungai Siput. Kami tiba di kawasan lapang Supermarket T ValueMart, Sungai Siput pada jam 4.00 pagi. Setelah bersarapan pagi, kami mulakan perjalannan semula ke Kuala Mu, pada jam 8.30 pagi, 25 hb Jun 2011. Melalui jalan yang berliku-liku, trek offroad balak, kami mula mendaki kawasan pergunungan dengan penuh cabaran. Di pertengahan perjalanan, sebuah lagi kenderaan, Proton Kembara, telah menghadapi kebocoran tayar. Sukar untuk mempercayai bahawa kenderaan tersebut hanya mempunyai kuasa 1300cc, mampu turut serta didalam ekspedisi ini. Semangat jitu peserta kenderaan Kembara ini sememangnya telah mengatasi segala rintangan. Dengan penuh kepenatan dan kelelahan, kami tiba di Perkampungan Orang Asli Kuala Mu, pada jam 3.30 petang. Perjalanan sejauh 40 km di trek offroad ini mengambil masa 7 jam didalam keadaan cuaca panas. Perkampungan ini terdiri daripada gabungan 5 buah kampung, dengan kepadatan penduduk seramai 700 orang, ( 150 keluarga) yang dipimpin olih Tok Batin Karim. Setelah mendirikan khemah, kami membersihkan diri di Sungai berhampiran, yang ternyata suhu airnya begitu sejuk. Pada sebelah malam, acara "sewang" telah diadakan olih penduduk kampung, yang di sertai olih para peserta. Acara jungle trekking ke Air Terjun berdekatan, telah diadakan pada hari terakhir. Program di akhiri dengan penyerahan bahan bacaan kepada Tok Batin olih pihak Penganjur, Majaalah Libur (Karangkraf). Perjalanan pulang menjadi lebih mencabar kerana trek licin disebabkan hujan disebelah malam. Perjalanan yang bermula pada jam 2.30 petang, tiba di Bandar Sungai siput pada jam 7.30 malam. Setelah menjamu selera, lebihkurang jam 10.oo malam, kami memulakan perjalanan pulang ke Johor Bahru, yangmana kami tiba dengan selamat pada jam 6.00 pagi, setelah berhenti berehat di Hentian R & R Seremban dan Pagoh. Satu perjalanan yang meletihkan, tetapi penuh dengan kepuasan.
Monday, June 27, 2011
WEEKEND 4x4 WARRIOR - KUALA MU, PERAK (24-26 JUN 2011)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tp sekarang jalan pergi ke kuala mu..sudah ok..kereta pu lepas...ATM tela menguruskan jalan itu..
ReplyDelete