Wednesday, February 27, 2013

MESYUARAT AJK PKMMNJ KALI 1/2013 - 28/2/2013






Sambutan Hari Rumah Api Fort Cornwallis, Pulau Pinang - 16-17/8/2013

JABATAN LAUT MALAYSIA telah menjemput secara rasminya untuk MARL untuk mengadakan aktiviti "LightHouse Dxing" dan Pameran Radio Amatur sempena Menyambut Hari Rumah Api Fort Cornwallis, Pulau Pinang pada 16-17 hb Ogos 2013. Program tersebut adalag terbuka kepada orang awam. Pihak-pihak yang berminat, sila berhubung dengan 9W2FG, Setiausaha Kerja MARL, Saudara Ashwar (0195170777), bagi pendaftaran awal. MARL juga mencadangkan agar sempena hari tersebut, Jabatan Laut Malaysia akan dapat memberi kebenaran untuk aktiviti "Dxing" di kesemua rumah Api di Malaysia.

MESYUARAT AJK KALI 1/2013 PKMMNJ - 28/2/2013

Mesyuarat AJK PKMMNJ kali 1/2013, akan diadakan pada 28/2/2013, Hari Khamis, jam 11.00 pagi, bertempat di Bilek Mesyuarat, Bangunan PKMMNJ, Batu Pahat, Kehadiran AJK adalah di hargai.

ATURCARA HIMPUNAN NGO NEGERI JOHOR 2013

Di jemput semua AJK dan ahli Alumni 4B Negeri Johor serta ahli-ahli Ngo2 lain, untuk menghadiri PROGRAM HIMPUNAN NGO NEGERI JOHOR 2013 bersama YB Datuk Ahmad Maslan, pada 1 hb Mac 2013, Hari Jumaat, di Masjid Al Solihin, Taman Senai Baru, Senai, Johor.

ATURCARA
(1) 7.00 mlm - Perasmian & Majlis Tandatangan MOU Kooperasi Alumni 4B Negeri Johor DI 5A, Jln Indah 1, Taman Senai Baru.
(2) 7.30 mlm - Solat Maghrib & Solat Hajat, di Masjid Al Solihin.
(3) 8.00 mlm - Ucapan Tazkirah
(4) 8.30 mlm - Solat Ishyak.
(5) 8.45 mlm - Jamuan Makan Malam & Agihan Hamper.

Kehadiran di hargai.

JASRA CLUBHOUSE - JOHOR BAHRU





Jasra telah mempunyai sebuah lagi rumah kelab di Kawasan Padang , Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Ianya merupakan sebuah cabin, yang telah di letakkan berhampiran kawasan Gelanggang Futsall. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan kerja-kerja pemulihan dan baikpulih. Satu program gotong royong akan diadakan bagi tujuan tersebut. Mana-mana pihak yang ingin menyumbang didalam bentuk barangan maupun wang ringgit, sila hubungi Presiden JASRA, 9W2HOZ, Saudara Abdullah (019 777 0435).

Tuesday, February 26, 2013

GOLONGAN MANUSIA YANG DIUSIR daripada PADANG MAHSYAR...


KELAS PERSEDIAAN RAE BULAN SABIT MERAH NEGERI JOHOR


KELAS PERSEDIAAN RAE - ANJURAN JAWATANKUASA SEMBOYAN DAN KOMUNIKASI BSMM CNJ DENGAN KERJASAMA JALUR SELATAN RADIO AMATUR JOHOR (JASRA) BAGI MEMBANTU MEREKA MENGHADAPI PEPERIKSAAN DIJANGKA PADA BULAN JUN 2013 - AKAN DIADAKAN PADA - SETIAP AHAD - 10 MAC 2013, 7 APRIL 2012 DAN 26 MEI 2012 - TERBUKA 14 TAHUN KEATAS.