Wednesday, March 28, 2018

Mesyuarat AJK MKDJB

Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru bil 1/2018 akan di adakan pada ketentuan berikut :

Tarikh     : 1 April 2018 (Ahad)
Masa.     : 2.30 petang
Tempat. : Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Johor Bahru.
Pengerusi : Tuan Haji Md. Rofiki bin Dato' Haji A. Shamsudin
Pegawai Daerah Johor Bahru / Pengerusi Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru.

Semua AJK MKD dijemput hadir.

Terima kasih.

Monday, March 26, 2018

Program PJKB Johor

Memerlukan rakan ham yg berkelapangan dan berusia 38 tahun kebawah untuk menyertai program PJKB Negeri Johor | 29 - 31 Mac 2018 di Suria Hotel, Johor Bahru  dan berminat menjadi pemimpin dlm komunikasi. Sila hubungi 9W2HOZ , 019 777 0435, 016 716 6515.

Lawatan pelajar Politeknik Pasir Gudang

Satu lawatan oleh pelajar2 Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang ke Rumah Kelab Jasra di Kluang akan diadakan pada jam 10 pg, 28 Mac 2018. Rakan2 ham yg berkelapangan boleh lah turut hadir.

Sunday, March 25, 2018

Karnival Sehat @ RTM 2018

JASRA akan mengadakan Pameran Radio Amatur sempena  Karnival Sehat @ RTM  pd 29 - 31 Mac 2018 di Dataran Bukit Layang2 , Pasir Gudang. Rakan2 ham yg berkelapangan bolehlah hadir.

Thursday, March 15, 2018

Pameran radio amatur sempena Jambori Pengakap Johor 2018

Jasra akan mengadakan pameran radio amatur sempena Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda Negeri Johor 2018 pada 22 - 24 Mac 2018 bertempat di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Kehadiran rakan2 ham di hargai.