Monday, June 30, 2014

PERSEMBAHAN BUDAYA DI RESTORAN SINGGAH SELALU, JB


TAKLIMAT SILAT SENDENG

Sekolah Maahad Johor menjemput Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Johor Bahru menyampaikan taklimat ringkas berkaitan Ilmu Silat Sendeng dikalangan pelajar-pelajar seperti ketentuan berikut :-
Tarikh : 2 Julai 2014 ( Rabu )
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Luqman Al-Hakim, Maahad Johor.
Mohon kerjasama kepada anak2 Sendeng Johor Bahru dapat menghadirkan diri dengan pakaian silat & Bengkong

Lawatan YAB Menteri Besar Johor ke Majlis Merakyatkan Seni Budaya Nilai2 Murni Bazzar Ramadhan & Aidil Fitri 2014

Semua AJK MKDJB dan Ahli Gabungan di jemput hadir sempena Lawatan YAB Menteri Besar Johor ke Majlis Merakyatkan Seni Budaya Nilai2 Murni Bazzar Ramadhan & Aidil Fitri 2014, pada jam 5.30 petang,  Hari Rabu, 9 Julai 2014, di Tapak Bazaar Ramadhan, Pekan Rabu, Tampoi. (Bersebelahan Pekan Rabu / Stesyen Minyak Petronas Bt 5). Kehadiran di hargai.

INTERNATIONAL LIGHTHOUSE LIGHTSHIP WEEKEND 2014

MARL akan mengadakan pameran dan aktiviti Radio Amatur, sempena INTERNATIONAL LIGHTHOUSE LIGHTSHIP WEEKEND 2014 , yang akan diadakan pada 15-17 Ogos 2014, bertempat di Rumah Api Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Penyertaan dari rakan2 ham amatlah di hargai. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 9M2YRS, Pak Yop 0193317388 atau 9M2BAL, Saudara Iqbal 0199244284.

PROGRAM AMAL RAMADHAN 2014

PROGRAM AMAL RAMADHAN 2014 di jangkakan akan dilaksanakan pada 11/7/2014 dan 18/7/2014. Penghantaran sumbangan bahan makanan asas akan dilaksanakan di Daerah Johor Bahru. Mana2 pihak yang berminat untuk menyumbang bahan-bahan makanan / wang ringgit / turut serta didalam program, sila hubungi Tn Hj Abd Lah @ Abdullah Hj Awang (019-7770435 / 016-7166515 atau Encik Nafis, Pen. Pegawai Daerah Johor Bahru 017-2408672 atau Tn Hj Yunos Ari (0167705608). Pusat pengumpulan bahan makan di Pejabat Daerah Johor Bahru.

Sunday, June 29, 2014

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKON JOHOR DAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2014

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKON JOHOR DAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 2014 akan diadakan pada Hari Ahad, 17/8/2014, bertempat di Hotel Mutiara, JB. Ahli2 PERKON JOHOR yang belum membayar yuran, harap dapat menghubungi Bendahari - Tn Hj Kasman

MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI, ALUMNI 4B MALAYSIA

MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI, ALUMNI 4B MALAYSIA di jangkakan akan diadakan pada 9 hb Ogos 2014. Lokasi dan masa akan di maklumkan kelak.

MAJLIS SANTAI BERBUKA PUASA YBhg DATO AMIR, PENGERUSI ALUMNI 4B MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN

MAJLIS SANTAI BERBUKA PUASA YBhg DATO AMIR, PENGERUSI ALUMNI 4B MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN akan diadakan pada Hari Rabu, 23/7/2014, di KLGCC. Semua di jemput hadir.

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN ALUMNI 4B MALAYSIA ZON UTARA

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN ALUMNI 4B MALAYSIA ZON UTARA akan diadakan pada Hari Ahad, 20/7/2014, di Kampung Sintok, Kepala Batas, Pulau Pinang. Semua di jemput hadir.

PERBINCANGAN AKTIVITI KELUARGA RAJA ALI UNGKU CHIK - 28/6/2014



Pada 28.06.14, beberapa anggota keluarga Masparimbunis telah berbincang kemungkinan mengadakan majlis Rimbunan Kasih ke 5 pada tahun ini. Perbincangan dibuat atas permintaan Ketua Limpo Tuan Hj Kassim Ahmad melalui YB Dato Noor Ehsanuddin (Rumpun Pajar) kepada Dato Hj Rahim Abu, Anang Rumpun Masrobiah. Hadir bersama ialah ahli-ahli keluarga yang mewakili ketua rumpun masing-masing. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato Hj Rahim di pejabatnya bersetuju melantik Abdullah Seman dari Rumpun Masrobiah mengendalikan Rimbunan Kasih ke 5 ini. Hj Md Yassin Ismail dari Rumpun Ismail pula diminta mengendalikan majlis korban sumbangan anggota Masparimbunis pada hari Raya Haji akan datang di Pulau Penyengat, sempena wisata/ziarah anggota keluarga Masparimbunis ke Kepulauan Riau. Shamsiah Aiyub dari Rumpun Rimbun akan menguruskan pendaftaran Persatuan Masparimbunis dengan ROS Melaka. Hj Amir Majid, selaku Ketua Urusetia Lembaga Adat Keluarga Besar Keturunan Raja Ali dengan Raja Chik akan mengemaskinikan butiran anggota seramai 3200 orang.




Saturday, June 28, 2014

BAZZAR RAMADHAN GALLERIA KOTARAYA, JB

Jumpa kami di Bazaar Ramadhan, Lot 5, Galleria KotaRaya, JB. ( depan pintu keluar Supermarket KAPITAN).


Friday, June 27, 2014

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1435H

Kami sekeluarga dengan rendah hati mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1435H kepada semua kaum keluarga dan sahabat handai. Semoga amalan kebajikan kita di sepanjang bulan yang mulia ini dinilai dan diterima oleh ALLAH S.W.T.
ALLAH S.W.T. berfirman dalam Kalam-Nya yang mulia:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
Ibn Salam menceritakan kepada kami, katanya; Muhammad ibn Fudhail memberitahu kami, katanya; Yahya ibn Said menceritakan kepada kami, katanya; daripada Abu Salamah; daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda : "Barang siapa yang berpuasa pada bulan RAMADAN dengan penuh rasa keimanan dan mengharapkan keredaan ALLAH, maka diampuni dosanya yang telah lalu". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).


“HF Communication in Malaysia : Present Status & Future Challenges”

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menjemput Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghadiri program syarahan umum “HF Communication in Malaysia : Present Status & Future Challenges” seperti ketetapan berikut :

Tajuk : “HF Communication in Malaysia : Present Status & Future Challenges”
Penceramah : Prof. Madya Dr. Ahmad Zuri Sha'ameri, UTM, Skudai
Tarikh : 2 Julai 2014
Masa : 10.00am – 12.00pm
Tempat : Teatret, Planetarium Negara, Lot 53, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur.

Borang Jawapan Kehadiran perlu diisi dan dikembalikan sebelum 30 Jun 2014.

MESYUARAT AJK ALUMNI 4B (M) NEGERI JOHOR KALI 2/2014 (27/6/2014)















Majlis AIDIL FITRI ALUMNI 4B (M) NEGERI JOHOR dan GERAKAN 4B (M) NEGERI JOHOR

ALUMNI 4B (M) NEGERI JOHOR dan GERAKAN 4B (M) NEGERI JOHOR, akan mengadakan Majlis AIDIL FITRI pada 22/8/2014, Hari Jumaat, jam 3.00 petang hingga 6.00 petang, di Bangunan Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor, Jalan Sulit, Batu Pahat, Johor. Semua di jemput hadir.

Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa Gerakan 4B Negeri Johor dan Alumni 4B Negeri Johor

ALUMNI 4B (M) NEGERI JOHOR dan GERAKAN 4B (M) NEGERI JOHOR, akan mengadakan Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa pada 15/7/2014, Hari Selasa, jam 6.00 petang, di Masjid Parit Semarang, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Semua di jemput hadir.

Thursday, June 26, 2014

JASA MU DI KENANG - 9W2HWR

JASRA JOHOR mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada 9W2HWR, Saudara Hafiz yang telah memberi sumbangan dan khidmat semasa didalam barisan AJK JASRA. Selamat berhijrah ke Kelantan, semoga maju jaya.