Thursday, January 31, 2013

KONVENSYEN RADIO AMATUR MALAYSIA - 25/5/2013 , UKM BANGI


LAWATAN KE GELANGGANG SILAT SENDENG TAMAN CEMPAKA, JB (31/1/2013)









JEMPUTAN WALIMATULURUS KETUA LIMPO PARIMBUNIS (23/2/2013)

KETUA LIMPO PARIMBUNIS, Tuan Hj Kassim Ahmad, menjemput semua ahli keluarga PARIMBUNIS untuk menghadiri Majlis Walimatul Urus anakandanya, pada Hari Sabtu, jam 11pg - 5 ptg, 23/2/2013 di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, KLuang. ( Berhampiran dengan Tasek Kluang). Semuga kehadiran ahli keluarga PARIMBUNIS dapat menambah keceriaan dan seri pada majlis tersebut.

WEBSITE JASRA JOHOR


Website JASRA JOHOR berwajah baru. Layariwww.jasra.org.my untuk mendapatkan maklumat terkini JASRA. Berita-berita juga akan disalurkan melalui jalurselatanradioamaturjohor.blogspot.com, Twitter & FB JASRA JOHOR.

Wednesday, January 30, 2013

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PERKON JOHOR

Mesyuarat AJK PERKON JOHOR kali 1/2013, telah memutuskan Mesyuarat Agung Tahunan PERKON JOHOR akan diadakan pada jam 11.00 pagi, Hari Sabtu, 20 hb April 2013, bertempat di (1) Hotel Seri Malaysia atau (2) RJCC, tertakluk kepada pengesahan tempat. Sila bayar yuran tahunan sebelum mesyuarat agung tahunan dijalankan.

MESYUARAT AJK PERKON JOHOR KALI 1/2013 (30/1/2013)







Tuesday, January 29, 2013

MY BEAUTIFUL MALAYSIA - 3/2/2013

KERAJAAN NEGERI MELAKA menjemput RAKAN2 HAM yang berkesudian untuk menghadiri Pelancaran Program MY BEAUTIFUL MALAYSIA PERINGKAT NEGERI MELAKA, pada jam 8.00 pagi, Hari Ahad, 3hb Februari 2013, yang akan di adakan di Padang Asrama Universiti Teknikal Malaysia, Jalan Tun Fatimah, Batu Berendam, Melaka. Program akan dirasmikan secara serentak seluruh Negara oleh YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA pada jam 10.45 pg. Petugas2 kommunikasi adalah di perlukan bagi membantu program tersebut. Rakan-rakan HAM yang berkesudian dan berkelapangan untuk menjadi sukarelawan kommunikasi, sila hubungi 9W2SFF, Saudara Rozaiman Suffian (0196293718).

JASRA 2M NET - 30/1/2013

JASRA JOHOR akan mengadakan Acara 2M Net, pada malam, 30/1/2013, Hari Rabu, jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2BYX , QRA: SAUDARA IJAN QTH: BANDAR MAHARANI BANDAR DI RAJA . Penyertaan anda didalam menceriakan acara tersebut adalah di hargai. SESSI "ENGLISH CHECK IN" juga akan diadakan selepas acara 2M Net, yang di kendalikan olih 9W2IGQ, QRA: SAUDARA ALI, QTH: BANDAR PASIR GUDANG. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA

AGM JASRA JOHOR 2013

Keputusan Mesyuarat AJK JASRA kali 1/2013, Mesyuarat Agung Tahunan JASRA JOHOR akan diadakan pada jam 2.30 petang, Hari Sabtu, 27 hb April 2013 bertempat di Dewan, Pusat Pertanian Air Hitam, Jalan Kluang, Kluang. Harap dapat hadir beramai2 untuk menceriakan majlis tersebut. Sila pastikan yuran tahunan di bayar sebelum Mesyuarat Agung dijalankan.

Monday, January 28, 2013

PERTUKARAN PENGERUSI PERHUBUNGAN JASRA DAERAH SEGAMAT

Dimaklumkan bahawa Pengerusi Perhubungan JASRA Daerah Segamat 9W2LYX , Saudara Sallehin TELAH DI GANTIKAN dengan 9W2COX, Saudara Redzuan Bin Latif - 019 7521606 (9w2cox@gmail.com) dan di bantu oleh Setiausaha Perhubungan JASRA Daerah Segamat, 9W2UMA, Saudara Abdul Ghani Rahmat - 0127256111 (agbr@ymail.com). JASRA JOHOR mengucapkan ribuan terima kasih kepad 9W2LYX diatas penglibatan dan kerjasama yang telah di berikan.

Sunday, January 27, 2013

RUMAH KELAB JASRA (SUNGAI RAMBAI)




Di urus oleh 9W2SFF, Saudara Rozaiman Suffian, Pengerusi Perhubungan JASRA Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

JEJAK 2013


Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Jabatan Perdana Menteri mengundang semua ahli-ahli PKMMNJ ke program 'Road Show JEJAK 2013 bagi Wilayah Pembangunan Iskandar' yang akan diadakan pada 5 dan 6 Februari 2013 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Persada International Convention Center, Johor Bahru.

Objektif program ini adalah untuk membincangkan dan mendapatkan input pelbagai sektor Bumiputera mengenai dokumen Halatuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang telah dilancarkan oleh YAB PM, membincangkan isu-isu berkaitan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara, memperkenalkan inisiatif TERAJU dalam membangunkan ekonomi Bumiputera dan mendedahkan peluang-peluang perniagaan dan program sokongan keusahawanan bagi usahawan-usahawan Bumiputera.

Borang penyertaan boleh diperolehihttp://www.teraju.gov.my/wp-content/uploads/2013/01/Borang-Penyertaan-JEJAK-2013.pdf

MOHON KEAHLIAN JASRA SECARA ONLINE


MOHON KEAHLIAN JASRA SECARA ONLINE

PERHIMPUNAN KELUARGA PERSATUAN TEMMENGONG MUAR - PETEMU (27/1/2013)







Saturday, January 26, 2013

MESYUARAT AJK JASRA JOHOR KALI 1/2013 (26/1/2013)
















KEHIDUPAN UNTUK MENTAATI PERINTAH ALLAH


" KEHIDUPAN INI  BUKAN UNTUK MEMBAHAGIAKAN SEMUA ORANG TETAPI UNTUK MENTAATI PERINTAH ALLAH "

"Kalau ada yang membenci kamu, itu perkara biasa.. Sedangkan manusia paling mulia dan baik iaitu Nabi Muhammad SAW dibenci, dicaci, diugut bunuh, apatah lagi kita yg bukan sape ini.. Kerana hidup ini bukan untuk membahagiakan semua orang tetapi untuk mentaati perintah Allah.

SubhanAllah

CHOM FAMILY TRIP TO BATAM (25-26/1/2013)