Wednesday, August 23, 2017

Mesyuarat Ajk Jasra

Mesyuarat AJK Jasra akan diadakan pada jam 10 pg, 16 Sept 2017 bertempat di Club House Jasra, Jalan Padi Mahsuri 1, BBU, 81200 JB. Kehadiran di hargai.

Tuesday, August 22, 2017

AGM PERKON MALAYSIA

Mesyuarat Agong Tahunan kali yang ke 5 Gabungan PERKON MALAYSIA akan diadakan padajam 4 petang, 6hb Oktober 2017 (Hari Jumaat) di HOTEL EQUATORIAL, Melaka Raya Melaka. Ahli Gabungan Perkon Malaysia di kehendaki menghantar 10 org perwakilan. Kehadiran di hargai.

Tuesday, July 25, 2017

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 19 PERKON-JOHOR

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 19 PERKON-JOHOR akan diadakan pada jam 10 pg, 10 Ogos 2017 (Hari Khamis) di Hotel Amari, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. Kehadiran di hargai

MESYUARAT AJK GABUNGAN PERKON MALAYSIA KALI KE 2/2017

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kali 2 / 2017 akan diadakan pada jam 2.30 ptg, 3 Ogos 2017 ( Hari Khamis ) di Sri Duyong Coffe House, KELAB GOLF DARUL EHSAN, Lorong Kerja Air Lama 2, Taman Tun Abd. Razak, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Kehadiran di hargai

Tuesday, July 18, 2017

Majlis Tahlil

Majlis Tahlil untuk Almarhum YAM Tunku Osman yang ke 3 tahun, pada 24/7/17 Isnin pada pukul 6.30pm di Istana Bukit Gedong, Jalan Abdul Samad, Johor Bahru.
Susun acara :
- Sembayang Magrib
- Tahlil
- Sembayang Ishak
- Jamuan
Dijemput menghadiri majlis tersebut.

Ekspedisi Menuju Puncak

#QST #WhatOthersDo
Communications by NESRAC
cc EDCRT Team JASRA JOHOR, Tuan Rosli Saaban
Sukarelawan Expedisi Menuju Puncak 2017
Gunung Angsi, Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah, N9
19 Ogos 2017
6:00am - 3:00pm
Pendaftaran FREE
T-shirt & Sijil Penyertaan Malaysia Book of Record

📢📢📢PERHATIAN 📢📢📢

Pencarian SUKARELAWAN EKSPEDISI MENUJU PUNCAK 2017 bagi menyertai MISI MENCIPTA REKOD DUNIA 🌍 DAN REKOD MALAYSIA 🇲🇾 bersempena dengan Sambutan Kemerdekaan ke 60 peringkat Negeri Sembilan. Acara ini akan berlangsung pada :

🗓Tarikh : 19 Ogos 2017 (Sabtu)
🕰Masa : 6 pagi – 3 petang
🏞Tempat : Gunung Angsi, Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah.
🔶Tajuk Rekod : Rantaian Pergelangan Tangan Terpanjang di Dunia 🌍 dan Malaysia 🇲🇾
--------------------------------
Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur. Para SUKARELAWAN juga akan mendapat 👕 Tshirt penyertaan, 📜📜 Sijil Penyertaan World Of Record&Malaysia Book Of Record dan juga Goodies* 🛍
--------------------------------
Terhad kepada 8000 penyertaan shj. Pendaftaran adalah secara online 💻📱💻📱💻📱untuk mendaftar sila klik : ................/layari website kami :

🤜 BERSAMA-SAMALAH KITA MEREALISASIKAN REKOD INI!!!
🤜 ANDALAH YANG KAMI CARI!

Untuk maklumat lanjut sila layari dan Like di FB
💻📱🔸Website: Ekspedisimenujupuncak2017.ns.gov.my
💻📱🔹Facebook: Ekspedisimenujupuncak2017  atau
hubungi 067659734/9725

#ekspedisimenujupuncak2017
#menciptarekoddunia
#lembagapelancongannegerisembilan

Anjuran : Kerajaan Negeri Sembilan melalui LPNS

Hari Terbuka Runah Api

22 Julai 2017 (SABTU)
Hari Terbuka Rumah Api Tanjung Tuan, Melaka. Tentative Program. Semua pengiat radio amatur dijemput utk terlibat membantu team2 di lokalan masing2 mulai 21/7/2017 utk menyediakan atau setting up.

Note:-
#1 Team Melaka di Tanjung Tuan, Melaka
#2 Team JB di Bukit Segenting Batu Pahat. Semua dijemput hadir membantu.

Pameran Radio Amatur

Pameran Radio Amatur sempena SISF 2017
Tarikh 22 julai
Smk dato penggawa barat
7.30- 4 ptg

Saturday, July 15, 2017

Majlis Aidil Fitri Alumni 4B Johor

Majlis Aidil Fitri Alumni 4B Johor dgn kerjasama Krt Senggarang, akan diadakan pada jam 8.30 mlm, 18 Julai 2017,  selasa di Balairaya Senggarang, Batu Pahat. Kehadiran di hargai

Thursday, July 6, 2017

Mesyuarat Khas AJK PKMMNJ

Mesyuarat Khas Jawatankuasa PKMMNJ mengenai Penyelarasan Persiapan Majlis Sambutan Aidilfitri PKMMNJ dan Majlis Perasmian Koperasi serta Majlis Cabutan Undi akan diadakan bertempat di bilik mesyuarat PKMMNJ pada jam 11.00 am, 13/7/2017. AJK dan Pengerusi Daerah dipersilakan hadir.

Wednesday, July 5, 2017

Mesyuarat ajk Perkon Johor

Mesyuarat AJK Perkon Johor akan diadakan pada jam 3 ptg, Hari Khamis, 13/7/17, di Bilek Mesyuarat KJE Holding, 02-02 Nong Chik Commercial Centre, JB. Kehadiran di hargai.

MAJLIS SILATURRAHIM EID AL FITR PERKON WILAYAH PERSEKUTUAN

MAJLIS SILATURRAHIM EID AL FITR PERKON WILAYAH PERSEKUTUAN akan diadakan pada jam 11.30 pg - 3.30 ptg, Hari SELASA, 11 JUL 2017 bertempat di D'Saji Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur,, Jalan Temerloh, K Lumpur. Kehadiran di hargai.

Tuesday, July 4, 2017

Majlis Aidil Fitri Alumni 4B Perak

Majlis Aidil Fitri Alumni 4B Perak akan diadakan pada jam 8.30 mlm, 16 Julai 2017 di kediaman Rasmi  Orang Besar Jajahan Kampar, Jalan Degong, Kampar, Perak. Kehadiran di hargai.

Permohonan Taraf Bumiputera

Makluman

"Mulai 4 Julai 2017, semua permohonan Sijil Taraf Bumiputera hendaklah dibuat melalui sistem atas talian (online) seperti di pautan berikut: cims.cidb.gov.my atau melalui pautan di laman sesawang CIDB."

Sunday, July 2, 2017

Majlis Perlancaan Koperasi KKMJB, Cabutan Undian Fasa 2 dan Sambutan Aidil Fitri PKMMNJ

Majlis Perlancaran Koperasi KKMJB, Cabutan Undi Fasa 2 dan Sambutan Aidil Fitri PKMMNJ akan di adakan jam 10 pg, 16 Julai 2017, Hari Ahad, bertempat di Dewan Perdana PKMMNJ, No1A, Wisma PKMMNJ, Jalan Kebudayaan 21, Taman Universiti, JB. Pendaftaran Undi dari jam 8pg - 9.30pg. Majlis akan di sempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor . Kehadiran Ahli2 PKMMNJ, adalah di hargai.

Majlis Aidil Fitri Perdana

Majlis Hari Raya Perdana anjuran bersama SWCorp/ Swm dan Perkon Johor akan diadakan pada 20hb Julai bersamaan 25 syawal  di Dewan MPC BBU, Jalan Padi Mahsuri, BBU, JB.
Bermula : Jam 11.00 pagi - 2.00 ptg. Kehadiran ahli2 Perkon Johor amatlah di hargai

Thursday, June 29, 2017

Majlis Hari Raya Alumni 4B Kelantan

Ajk Alumni 4B Negeti & Ajk Kawasan Pkl Chepa (selaku tuan rumah) menjemput dan memperilakan YB/YBhg Dato/Datuk/Datin/Tuan/Puan ke :-

Majlis Hari Raya Alumni 4B Negeri Kelantan
Tarikh : 7.7.2017 (Jumaat)
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Dewan Terbuka SMK Penambang

Tetamu Khas : YBhg Tan Sri Mohd Ali Rustam Presiden Alumni 4B Kebangsaan.

Atas kesudian YB/YBhg Dato/Datuk/Datin/Tuan/Puan hadir terlebih dahulu di ucapkan ribuan terimakasih.
SALAM AIDILFITRI

Wednesday, June 28, 2017

HOTA 2017

Aktiviti HIGHWAY DX PARTY (HOTA), akan diadakan pada 14 - 16 Julai 2017, di RnR terpilih di Lebuhraya. Mana2 pihak yang berminat untuk menyertai di kawasan Melaka / Johor, sila berhubung dengan 9W2USM, Pak Mustafa 0133414697, untuk maklumat selanjutnya

MAJLIS AIDIL FITRI HAM SELATAN 2017

MAJLIS AIDIL FITRI HAM SELATAN akan diadakan pada jam 2.30 petang, 8 hb Julai 2017, bertempat di BalaiRaya, Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, Melaka. Pakaian: Baju Melayu / Kebangsaan. Rakan2 HAM yg berkelapangan di undang hadir.KOSNSEP POT LUCK

Wednesday, June 21, 2017

Persidangan Agung Alumni 4B Malaysia

NOTIS PERSIDANGAN AGUNG 2017
PINDAAN BIL. 1

(TENTATIF)

ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA PERSIDANGAN DIATAS AKAN DIADAKAN MENGIKUT KETENTUAN BERIKUT:-

Tarikh
22 - 23 JULAI 2017
Bersamaan 28 - 29 SYAWAL 1438H

Tempat
BDB HOTEL
DARULAMAN GOLF & COUNTRY CLUB
JITRA, KEDAH.

Aturcara Program
22 JULAI (SABTU)
02.00 pm - Pendaftaran
04.00 pm - Minum Petang
05.00 pm - Mesyuarat MT
07.30 pm - Makan Malam
09.00 pm -  Majlis Perasmian oleh Menteri Pendidikan

23 JULAI (AHAD)
07.00 am - Sarapan
09.00 am - Persidangan
11.30 am - Penutupan Rasmi & Jamuan Aidilfitri
Oleh MB Kedah
02.00 pm - Check Out.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

' TERUS BERGERAK '

Yang menjalankan tugas
SETIAUSAHA AGUNG

22 Jun 2017

Monday, June 19, 2017

Backdated payment

PERHATIAN BERHUBUNG DGN PEMBAYARAN BALIK BACKDATED SELEPAS PELARASAN.

Sebagaimana yg saya maklumkan bahawa SWM akan membuat pembayaran mengikut pengesyoran SWCorp. Mana2 kontraktor yg dibayar secara formula "WHICHEVER IS LOWER" akan menerima pembayaran balik bermula Januari 2017 pada 22/6/17 (utk kontraktor yg kontrak value 50,000.00 kebawah). Pembayaran utk 2016 dan sebelum akan dibuat secara berperingkat. Diharap anda semua dpt menyemak butiran bayaran yg akan dibuat pada 22/6/17 (utk back-dated) .

Saturday, June 17, 2017

Sistem online Cidb

NOTIS PEMBERITAHUAN

SISTEM ONLINE CIDB DITUTUP SEMENTARA  23 JUN – 3 JULAI

CIDB Malaysia akan memperkenalkan sistem permohonan atas talian yang baru untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatannya.  Sistem Pengurusan Maklumat Setempat (Centralised Information Management System - CIMS) itu akan diperkenalkan pada  4 Julai 2017.

Oleh yang demikian, semua proses permohonan dan transaksi atas talian akan ditutup bermula 23 Jun 2017, jam 6 petang untuk proses migrasi data dan akan dibuka semula pada 4 Julai 2017.

Sila hubungi CIDB Careline pada talian 1-300-88-2432 untuk sebarang pertanyaan.

Bahagian Komunikasi Korporat
CIDB Malaysia

Sunday, May 28, 2017

Pertemuan PKMMNJ Daerah Muar

YDP dan jawatankuasa PKMMNJ akan mengadakan pertemuan & dialog mesra dgn ahli-ahli PKMMNJ Daerah Muar mulai jam 10.00 pagi, 31/5/2017. Pertemuan akan diadakan di Bangunan UMNO Muar, Jln Mariam, Muar. Tuan/puan dijemput sama menyertai pertemuan tersebut.

Sunday, May 14, 2017

Penangguhan AGM Alumni 4B Malaysia

PENGUMUMAN PENTING

PERHIMPUNAN AGUNG 2017

Adalah saya diarah memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung Pertubuhan Alumni 4B Malaysia pada 20 - 21 Mei 2017 ditangguh kesatu tarikh yg akan ditentukan kemudian.
Y.A.Bhg Tan Sri Presiden memohon maaf atas kesulitan yg dihadapi dng penangguhan ini.

Sekian dimaklumkan.

DATUK WIRA HJ JAMALUDIN RAHIM
Setiausaha Agung

sk. Tan Sri Presiden

JOTA 2017

Persekutuan  Pengakap Malaysia Daerah  Pontian akan mengadakan Jamboree On The Air (Jota) Kebangsaan stesen Pontian 2017 pada 20 Mei 2017 (Sabtu) di SMK Sri Kukup, Pontian, Johor. dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sehubungan dengan program tersebut, Frekuensi JASRA LINKING akan di pergunakkan oleh 9W2DCW sebagai station master. Mohon kerjasama semua pihak untuk memberi laluan kepada program berkenaan. Kerjasama anda di hargai,

Saturday, May 13, 2017

Mesyuarat AJK Gabungan Perkon Malaysia

Mesyuarat AJK Gabungan Perkon Malaysia akan diadakan pada jam 11pg, 20 hb Mei 2017 (Hari Sabtu), bertempat di PT 9912, Jalan 1/3G, Putra Point Fasa 2, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Kehadiran adalah di hargai.

Monday, May 8, 2017

Majlis kesyukuran

JEMPUTAN

MAJLIS KESYUKURAN KEMENANGAN BN DLAM PRK SUNGAI BESAR

YBhg Tan Sri Mohd Ali Rustam akan menghadiri program diatas yg diadakan pada 10 Mei 2017 Jam 8.00 malam di lokasi bus station Parit 16 Sungai Panjang, Sungai Besar.

YB/YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Datuk Wira/Datuk/Datin/Tuan/Puan dijemput hadir menyerikan majlis kita ini.

Terima kasih

Wednesday, May 3, 2017

Program penerangan IMAN

Program penerangan daripada IMAN akan diadakan pada 4 Mei jam 11.45 pg di Kelab Darul Ehsan (Tmn TAR) anjuran Perkon WP.

Persidangan Agung Tahunan Alumni 4B Malaysia

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN 2017

Adalah dimaklumkan bahawa Persidangan Agung Tahunan 2017 Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni) akan diadakan pada 20 - 21 Mei 2017 di Darulaman Golf & Country Club, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

Ozon Terapi

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

TINDAKAN TEGAS KEMENTERIAN KESIHATAN TERHADAP ISU TERAPI OZON

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa semua bentuk terapi ozon yang melibatkan penggunaan mesin terapi ozon, suntikan ke dalam saluran darah seseorang individu dan darah tersebut diproses menggunakan mesin tersebut, adalah termasuk dalam lingkupan rawatan perubatan. Oleh yang demikian, amalan tersebut perlu mematuhi semua aspek undang-undang perubatan sedia ada dan tindakan boleh diambil ke atas pihak-pihak yang gagal mematuhi ketetapan tersebut. KKM mendapati terapi ozon ini adalah disediakan di pelbagai jenis premis perniagaan termasuk klinik, salun kecantikan dan ianya dikendalikan oleh profesional jagaan kesihatan dan orang yang tidak berkelayakan.

Penilaian Teknologi Kesihatan yang dijalankan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM (MaHTAS) mendapati tiada bukti saintifik yang menyokong sebarang manfaat terapeutik penggunaan terapi ozon bagi mana-mana penyakit. Malah, terapi tersebut mendedahkan pengguna kepada risiko pendarahan daripada penggunaan heparin, embolism (penyekatan salur darah oleh gelembung udara), jangkitan kuman akibat peralatan yang tidak steril dan kehilangan upaya yang kekal berpunca daripada kegagalan organ seperti buah pinggang.

KKM ingin menegaskan semula bahawa terapi ozon merupakan rawatan yang tidak diiktiraf dan boleh menyebabkan komplikasi perubatan yang teruk termasuklah kematian. Maka, KKM mengambil serius perkara ini dan pengawalseliaan terapi ozon ini perlulah mengikut ketetapan perundangan perubatan sedia ada, seperti berikut:

• Selaras dengan ketetapan Seksyen 2 dan 5, Akta Peranti Perubatan 2012 [Akta 737],  mesin terapi ozon ditafsirkan sebagai suatu peranti perubatan yang perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Medical Device Authority (MDA)). Mana-mana establismen, pembuat, pengimport atau pengedar mesin terapi ozon yang mengimport, mengeksport atau meletakkan dalam pasaran apa-apa mesin terapi ozon perlu memohon lesen establismen dan pendaftaran peranti di bawah Akta 737 dengan MDA, ataupun menarik semula pengedaran/penggunaan mesin tersebut dari pasaran, selewat-lewatnya 1 Julai 2017.

• Kegagalan mematuhi ketetapan tersebut atau mereka yang melanggar peraturan ini boleh menyebabkan tindakan perundangan diambil,  iaitu apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

• Penggunaan produk heparin bagi rawatan terapi ozon adalah tertakluk kepada Akta Racun dan Akta Jualan Dadah 1952 yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF).

• Bagi kemudahan jagaan kesihatan swasta yang berlesen atau berdaftar bawah Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] yang menyediakan rawatan terapi ozon, tindakan perundangan bawah Akta 586 boleh diambil.

• Penggunaan injection needles dan injection syringes untuk IV heparin tertakluk kepada ketetapan Medical (Instruments) (Exemption) Regulation 1986, di mana radas tersebut hanya boleh digunakan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pembantu perubatan berdaftar. Oleh itu, tindakan undang-undang boleh diambil kepada premis yang tidak berdaftar atau tidak berlesen dan menyediakan terapi ozon sekiranya terdapat bukti penggunaan injection needles dan injection syringes di premis berkenaan.

• Aduan terhadap pengamal perubatan berdaftar yang menyediakan perkhidmatan terapi ozon boleh dikemukakan kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya (telefon: 03-26912171, faks: 03-26912937 / 03-26938569, email: admin.mmc@moh.gov.my, http://www.mmc.gov.my/index.php/making-a-complaint).

KKM ingin menekankan sekali lagi bahawa terapi ozon bukan sahaja tidak memberikan sebarang manfaat kesihatan, malah rawatan tersebut boleh membahayakan nyawa pengguna. Kerjasama antara agensi penguatkuasa bawah KKM akan diperkukuhkan bagi memastikan keselamatan dan kualiti jagaan kesihatan untuk rakyat sentiasa dipertingkatkan dan dijaga.

DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

3 Mei 2017

Tuesday, May 2, 2017

Bengkel Pasca Bencana

Sispa UTHM akan mengadakan bengkel zon selatan pasca bencana kor sispa peringkat negeri johor, jam 9.30 am - 1.00 petang, 4 Mei 2017 di bilik mesyuarat eksekutif, aras 5, canselori, bangunan perpustakaan. Sesiapa yg berminat, sila hubungi 9W2RSA.

Socso

SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka.

Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja.

“Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, Perkeso turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan.

“Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.

“Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen malah juga beri alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau kalau perlukan dialisis.

"Kita cuba bantu supaya keluarganya tidak terbeban dan dia pun boleh hidup selesa hingga akhir hayatnya,” katanya.

Katanya, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun.

“Sekiranya penerimanya meninggal walaupun ketika itu dia berusia 100 tahun, pencen itu boleh diwarisi oleh warisnya. Ramai orang tak tahu tentang perkara ini.

“Ini bentuk kebajikan yang kami pulang balik kepada pencarum.

"Kita mahu menjaga kebajikan pekerja dan orang yang ditanggungnya,” katanya.

Kongsi berita ini
-bermanfaat bg mereka yg layak dan memerlukan..
-boleh sampaikan kpd keluarga,saudara & sahabat2 tdekat..

Tuesday, April 25, 2017

Forum DMDI

DMDI menjemput Ahli-ahli Alumni 4B menyertai forum KONFLIK TIMUR TENGAH YG TIDAK BERKESUDAHAN.  SIAPA LAWAN SIAPA' ? pada 15 Mei 2017 (Isnin)
Jam 8 am - 1 pm bertempat di Dewan Tan Sri  Azman Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Semarak Kuala Lumpur. (Pakaian Resmi Alumni 4B). Maklumat lanjut sila hubungi  Datuk Munawar Nor.

Monday, April 24, 2017

MKT GB4B Malaysia

TAHNIAH !!!

MAJLIS KERJA TERTINGGI GB4B MALAYSIA SESI 2015 - 2018

PENGERUSI TETAP 
Azmir B Zainal Abidin (JOHOR)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP 
Nasru Syazwan B Mohd Nawai ( W.P)

PRESIDEN
Mohd Nizam B Hj. Omar ( MELAKA)
TIMBALAN PRESIDEN
Hafeez Shuridin (SELANGOR )
NAIB PRESIDEN
Mohd Amin B Othman (PERAK)
NAIB PRESIDEN
Anas Hazizul B Muhamad (TERENGGANU)
NAIB PRESIDEN (W)
Nur Faizah Bt Faizal (JOHOR)

MAJLIS KERJA TERTINGGI
Aidhil Mohd Sani (MELAKA)
Mohd Fitri B Che Ree (W.P)
Syed Atif B Syed Abu Bakar (PERLIS)
Wan Zairul Nizam Mohd Zaib (KELANTAN)
Mohd Hafez Jamaluddin (JOHOR)
Rosesarwandi B Yaakob (P.PINANG)
Ahmad Tahfiz Bin Ishak (PAHANG)
Abdul Basid B Mohd Khosim ( SELANGOR)
Mohd Nasir (MELAKA)
Arshad Bin Ayob (N.SEMBILAN)
Shahrul Nizam B Samsudin ( SELANGOR)
Mohd Najib (KEDAH)

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Muhd Suza Bin Sulaiman (TERENGGANU)
Mohd Asmawi Fikri (KELANTAN)

Sunday, April 23, 2017

Seminar kejuruteraan paip

BPKU dengan kerjasama PKMMNJ akan mengadakan Seminar Kejuruteraan Paip dan Perancah pada 17/5/17 mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Seminar akan diadakan di ;
Bayu Marina Resort,
2, Jln Bayu Puteri 1,
Tmn Bayu Puteri,
80150 Johor Bahru.

Peserta layak peroleh 10 mata CCD

Yuran penyertaan RM 50.00. Bayaran hendaklah di bank in kan kedalam akaun Persatuan (CIMB), No. 8005822360. Kemudian resit bayaran serta nama peserta hendaklah diberikan kpd Pengerusi Daerah atau difaxkan ke pejabat PKMMNJ selewat lewatnya pada 5/5/17.

Terima kasih.

Tuesday, April 18, 2017

AGM PKMMNJ dan EGM KKMJB

Mesyuarat Agung Tahunan PKMMNJ akan diadakan pada jam 11.00 pagi, 20 April 2017, bertempat di Dewan PKMMNJ, Wisma PKMMNJ, No 1, Jalan Kebudayaan 21, Taman Universiti, Skudai, Johor Darul Ta'zim. Ahli2 PKMMNJ di jemput hadir. Mesyuarat Agung Khas KOPERASI KONTRAKTOR MELAYU JOHOR BERHAD, juga akan di adakan pada jam 9.30 pagi, 20 April 2017, di tempat yang sama. Kehadiran di hargai.

Monday, April 17, 2017

Inventori

Adalah dgn ini dimaklumkan bahawa data inventori terkini telah siap utk diserahkan kpd subkontraktor.  (Kutipan dan pembersihan kawasan). Tuan/Puan adalah dgn ini diminta hadir kepejabat SWM utk mengambil data inventori tersebut. Sila bawa cop syarikat dan sila juga pastikan Tuan/Puan menulis "WITHOUT PREJUDICE" atau "TANPA PRASANGKA" dibahagian tandatangan apabila mengambilnya bagi memastikan data tersebut dapat disemak oleh Tuan/Puan terlebih dahulu sebelum dipersetujui. Sekian. Tk. Drpd SUK

Koperasi Kontraktor Melayu Johir Berhad

Ahli2 PKMMNJ dan ahli keluarga yang berminat utk membeli saham KOPERASI KONTRAKTOR MELAYU JOHOR BERHAD dengan syer sebanyak RM 1,000.00 dan yuran pendaftaran RM 70.00 ,  boleh menghubungi wakil2 Daerah sebagaimana berikut: (1) JB - Pak Lah 019 7770435 / 016 7166515 (2) Ptn - Hj Ahmad Yahya 0137308932 (3) BP - Hj Sadikin 019 7739009 (4) MR - Hj NurHalim  0196285556 (5) TGK Zabridin 0q26629680 (6) SGT Rohaizat 0197128949 (7) KLG Zolkefli 0197767225 (8) MSG Ishak Awang 0137700095 (9) KU  Hanafia 0137227474 (10) KT Hj Shaharudin 0197698796

Wednesday, April 12, 2017

Ekspedisi Korban Kemboja 2017

Program Ekspedisi Korban Kemboja 2017 akan diadakan pada 27/8/17 - 12/9/17, dengan perjalanan sejauh 5400 km, menaiki kenderaan. (4x4 di galakkan). Acara korban dan sembahyang Aidil Adha akan dilaksanakan di perkampungan Koh Kong, Kemboja. Perjalanan akan melalui JB - Danok - Surattani - Cham - Trat - Koh Kong - Phom Penh - Siem Reap - Aranyaprathet - Samut Songkram - Chumphon - Hatyai - JB. Pihak yg berminat utk menyumbang bantuan makanan @ MELAKSANAKAN KORBAN @ ingin turut serta  boleh menghubungi Pak Lah 019 7770435 / 016 7166515, Pak Hamid 0197705544, Hj Ramely 0127085454, Cikgu Dollah  0137775159.

Taklimat projek lebuhraya

SESI TAKLIMAT PELUANG-PELUANG PAKEJ KERJA BAGI PROJEK-PROJEK LEBUHRAYA DI BAWAH SELIAAN LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA DI BAWAH INISIATIF ‘CARVE-OUT & COMPETE’      

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.              Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Peneraju Agenda Bumiputera Jabatan Perdana Menteri (TERAJU) ingin menjemput pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menghadiri sesi taklimat peluang-peluang pakej kerja bagi projek-projek lebuhraya di bawah seliaan Lembaga Lebuh Raya Malaysia di bawah inisiatif program Carve-Out & Compete, TERAJU bersempena Majlis Pelancaran ‘Memacu Agenda Bumiputera 2017’ yang akan diadakan pada 18 dan 19 April 2017 di Hall 1 & 2, Aras 1, Pusat Konvensyen  Kuala Lumpur.

3.              Sesi taklimat yang akan diadakan bertujuan untuk memastikan syarikat-syarikat Bumiputera mendapat pendedahan awal dan penerangan terperinci mengenai projek-projek lebuhraya yang sedang dan akan dilaksanakan di samping mendapat maklumat mengenai kriteria kelayakan mengikut saiz pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat.

4.              Sehubungan itu, pihak TERAJU dengan segala hormatnya ingin menjemput YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menghadiri sesi di atas seperti di ketetapan berikut :

TARIKH                        :           19 APRIL 2017 (RABU)
MASA                          :           8.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT                      :           ARAS 3, BANQUET HALL, PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR.

NAMA PROJEK           :           1.         SETIAWANGSA – PANTAI EXPRESSWAY (SPE)
2.         WEST COAST EXPRESSWAY (TAIPING BANTING)(WCE)
3.         EAST KLANG VALLEY EXPRESSWAY (EKVE)
4.         DAMANSARA SHAH ALAM ELEVATED EXPRESSWAY (DASH)
5.         LEBUHRAYA SUNGEI BESI- ULU KLANG ELEVATED EXPRESSWAY (SUKE)
6.         MAJU EKSPRESS HIGHWAY 2 (MEX 2)

Sila rujuk Agenda di Lampiran B

5.              Adalah diharapkan pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dapat menghadirkan diri ke sesi berkenaan dan pihak kami memohon mengesahkan kehadiran dengan mengembalikan borang pengesahan kehadiran seperti di Lampiran C melalui email atau click RSVP sebelum atau pada hari Selasa, 11 April 2017.

6.         Sekiranya pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Wan Sazriz Wan Zaid (No Tel: 03-7839 8091/ E-mel: sazriz@teraju.gov.my) atau Puan Farisyah Fahmi Ibrahim (No Tel: 03-7839 8069/ E-mel: farisyah@teraju.gov.my). Kerjasama daripada YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

RAE

#QST Tuan2 tolong sebarkan kpd rerakan yg berminat.

#Notice - Radio Amateur Examination 2017 (RAE-1)
13 APR 2017
The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) will be holding Radio Amateur Examination (RAE 2017-1) with the following details :-

Examination date and time         : 
    25 May 2017, 2:00PM

Examination venues                    :      Central, Eastern, Northern, Southern, Sabah and Sarawak                                                                               Region

Application Open Date                :   
  13 April 2017

Application Closing Date            : 
    4 May 2017

Please purchase voucher and apply through "sems.skmm.gov.my”

https://www.mcmc.gov.my/media/announcements/notice-radio-amateur-examination-2017-(rae-1)

Isyrak Mikraj

Majlis sambutan Israk Mikraj anjuran bersama Pertubuhan Alumni 4B Johor dan
Surau Pt Hamid akan di adakan Pada 23.4.2017 jam: 7.30 mlm bertempat : Surau Pt Hamid, Ayer Hitam

Aturcara
Solat Magrib
Jamuan
Solat Isyak
Ucapan
Ceramah Agama

SEMUA AKK ALUMNI 4B JHR DIUNDANG HADIR.

TQ

Monday, April 10, 2017

Teknik monitoring

Teknik monitor frequensi/ waterfall menggunakan RTL-SDR DONGLES akan diadakan pada jam 9 mlm, 11/4/17 di Clubhouse, BBU.

Tujuan Utama projek ini: Diskuss dan memahami teknik  HF berfungsi /monitor dan cara operate HF.
Tenaga pengajar : 9W2LOZ - Mr. Solehin.

Barang perlu dibawa :-
1.laptop
2.internet
3.antenna
*siapq yg nk test antenna powm boleh 9w2LOZ bwk swr analayzer

Keterangan lanjut/semua soalan ttg program akan diberitahu pada hari tersebut.

Kami juga mencari/ perlukan serius HAM utk Dx pada masa akan datang. (kebiasaanya aktiviti adalah atas kos group/sendiri).

* Kami juga perlukan donation min rm5 setiap peserta bagi membantu membeli sedikit makanan dan minuman dan menjayakan kelas dengan lebih efektif (tak buang masa utk keluar minum semasa rehat 15min).

Jika berminat sila beri callsign anda arau hubungi 9W2SSS. 0197621722

Sunday, April 9, 2017

Hasil AGM Rentas 4x4

Hasil mesyorat agong ke 11.

Antaranya :

1. Sumbangan Ramadhan - berjalan sprti biasa,tgu info lanjut.

2. Makan2 Di Bucida Garden Seri Alam.

3. Gathering di Salur Gajah, Labis. 29 April -1 mei 2017.

4. Token utk ahli yg masuk event challenge,jumlah akan dibncgkan berdasarkan penyertaan dan kemampuan kelab.

5. Token/sponsor utk ahli yg mewakili Rentas ke program gathering national, prgrm khidmat masyarakat di seluruh Malaysia.

6. Prgrm overland korban Raya AidilAdha ke Kemboja/Cambodia.

7. Penggabungan Rentas dgn Kelab 4x4 Johor Dan Malaysia bwh seliaan Kem.Belia Dan Sukan.

8. Tambahan : kad keahlian akan dikeluarkan.

9. Sticker no ahli juga akan direnew.

Hal hal lain akan menyusul. Terima kasih.

Mesyuarat Khas Cawangan Uda Jagong

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Umno Caw Uda Jagong, BBU akan diadakan pada hari esok, Isnin 10/4/17 mulai jam 9.00 mlm bertempat di rumah Ketua Caw di Jalan Jagong, BBU, JB.

Saturday, April 1, 2017

AGM Alumni 4B Malaysia

INFO
MAKLUMAT AWAL
PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN 2017

Tarikh
20 - 21 MEI 2017

Tempat
HOTEL TH
ALOR SETAR

Tuan Rumah
ALUMNI 4B NEGERI KEDAH

Perasmian
YAB MENTERI BESAR KEDAH

Friday, March 31, 2017

Mesyuarat Khas Ajk

Mesyuarat Khas Jawatankuasa & Pengerusi Daerah PKMMNJ kali kedua bagi membincangkan persiapan utk mengadakan Mesyuarat Agung PKMMNJ kali ke 20, akan diadakan pada 5/4/2017 (Rabu) mulai jam 11.00 am.

Thursday, March 30, 2017

AGM Rentas 4x4

Mesyuarat Agung Tahunan RENTAS 4x4 JOHOR akan diadakan pada jam 8.30 mlm, 7hb Aprik 2017 di Bilek Mesyuarat Komplek Belia dan Sukan Johor Bahru. Kehadiran di hargai.

XPdc SOMTAM THAILAND 2017

Perjalanan sejauh 5700 km daripada JB - Hatyai - Chumpron - Phuchabun - Bangkok - Kanchanaburi - Petchuberk -  Khoa Yai - Pattani - Yala - JB, di sertai 7 kenderaan 4x4 dengan penyertaan 16 dewasa 4 kanak2. Bermula pada 18hb Mac sehingga 29hb Mac 2017.

Hari terbuka WARAS 2017

Sempena Hari Terbuka Wayarles dan Sains Radio (WARAS) 2017 Di UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, pada  9 hb April 2017, Jasra akan mengadakan Pameran Radio Amatur dan Aktiviti Fox Hunt. Rakan2 yg berkelapangan, di undang hadir.

Wednesday, March 22, 2017

Kursus CIDB

PKMM Daerah.Tangkak akan mengadakan kursus CIDB seperti berikut :-
Tajuk : Site Planning
Tarikh : 31/03/2017 (jumaat)..jika ada perubahan tarikh akan diberitahu
Masa : 9.00pg - 4.00ptg
Tempat : Pejabat KOPMEL, No.166, Tkt.Bawah, Jln Muar, Tangkak
Bayaran : RM 150.00 sorg
Mata : 10 MATA CCD
Berminat sila hubungi Pn.Sarina ditalian 019-6265828 @ 06-9783719...tempat terhad.

Tuesday, March 14, 2017

Jejak Sejarah dan Budaya

Satu lawatan jejak sejarah dan budaya ke Pulau Bintan dan Pulau Penyengat akan diadakan  pada 28hb April - 1 Mei 2017. Anggaran kos RM 850.00 utk tambang feri JB - Tg Pinang - JB, penginapan, pengangkutan, makan minum  dan caj pelabuhan. Aturcara: 28/4/17. Jam 9 pg - Bertolak ke Tg Pinang, 11pg WIB checkin  dan sembahyang jumaat, 1300 WIB Makan Tengahari,
1400 WIB Lawatan ke Pulau Penyengat, 2000WIB Makan Malam.

29/4/17
0800 WIB - lawatan ke Muzium tg pinang / kota piring
1300 WIB Makan Tengahari
1400 WIB Pantai Trikora
2000 WIB Makan Malam bersama Gabenur Riau

30/4/17
0800 WIB - Lawatan ke Pulau Bintan
1300 WIB - Makan Tgh
1400 WIB - Lawatan ke Kantor Bupati Bintan
2000 WIB - Makan Mlm

1/5/17
0800 WIB - Lawatan ke kantor Bupati Tg Pinang
1000 WIB - City Tour
1300 WIB - Mkn Tgh
1500 WIB - Berangkat ke JB.

Penyertaan akan di sertai oleh Pegawai Daerah Johor Bahru. Penyertaan adalah terhad. Sila buat pengesahan pada/sebelum 31 Mac. Kepada Pak Lah  0197770435.

Wednesday, March 8, 2017

Yuran Tahunan

Ahli2 PKMMNJ yang belum membayar yuran tahunan, sila bayar sebelum 15 Mac 2017. Mesyuarat Agung Tahunan di jangkakan akan di adakan pada 20 April 2017 di Dewan PKMMNJ, No 1A, Jalan Kebudayaan 21, Taman Universiti, 81300 Skudai. Harap maklum

Tuesday, March 7, 2017

Mesyuarat khas AJK

Mesyuarat Khas Jawatankuasa & Pengerusi Daerah PKMMNJ bagi membincangkan persiapan utk mengadakan Mesyuarat Agung & Majlis perasmian koperasi akan diadakan pada 9/3/2017 (Khamis) ini pada jam 9.30 am.

Sunday, March 5, 2017

Nilai Persahabatan

Nilai sebuah persahabatan dalam islam

Ramai orang bersahabat, tetapi tidak ramai yang ada sahabat yang sejati.

Ramai yang bersahabat, mana mungkin kita hidup di dunia ini bersendirian tanpa insan yang bergelar sahabat.

Tidak dinafikan jika dahulu sahabat kita adalah ibu bapa dan adik beradik kita.

Kemudian apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan, akan ada pula kenalan lain digelar rakan dan rakan baik sehingga ada yang seperti belangkas asyik berkepit 24 jam.

Namun, ada juga persahabatannya terhenti seiring tamatnya musim persekolahan.

Oleh itu, apa sebenarnya erti sebuah persahabatan yang dianjurkan oleh Islam?

Adakah sahabat seseorang yang mempunyai banyak persamaan dengan kita? Atau seseorang yang ada bersama kita ketika kita senang atau susah?

Atau seseorang yang mungkin seakan lupakan kita tetapi doanya tidak putus buat kita? Kita tinggalkan sebentar soalan ini.

Untuk apa kita bersahabat sebenarnya?

Satu persoalan yang jarang kita tanyakan pada diri kita. Mungkin kurang penting pada kita.

Tetapi sebenarnya matlamat persahabatan itu perlulah jelas agar nilai sebuah persahabatan itu dapat kita raih dan nikmatnya dapat kita rasai.

Mungkin ramai mudah mengatakan, “Aku bersahabat kerana Allah”, namun, sejauh mana kita mampu melaksanakannya.

Jangan kita ingat hanya Cinta memerlukan pengorbanan, persahabatan juga memerlukannya. Fitrah manusia yang dikurniakan emosi.

Di saat persahabatan kita diuji, di sini kita boleh nilai sejauh mana ikhlasnya kita bersahabat. Orang kata kawan ketawa ramai, kawan menangis jarang dijumpai.

Mampukah kita yakin ada di kalangan sahabat kita yang akan ada untuk mendukung kita di saat kita memerlukan mereka?

Jika itu yang kita inginkan, sudah semestinya sahabat kita juga berfikiran yang sama.

Sudah saya utarakan tadi, persahabatan yang tulus adalah benar-benar kerana Allah. Tidak mengharapkan sebarang balasan, hanya untuk memberi.

Tidak ada sebarang rungutan apabila melakukan dengan ikhlas. Sejauh mana kita ikhlas dalam bersahabat hanya Allah yang mampu menilainya. Saya teringat satu kata-kata tentang ikhlas:

“Masih belum ikhlas kalau kita masih boleh mengungkit”.

Indahnya bersahabat kerana Allah, kerana semua yang dilakukan untuk sahabat hanya untuk mengharapkan balasan dariNya. Lalu, untuk apa pujian manusia atau balasan darinya sedangkan ada Allah yang Maha Kaya.

Ketika saya mencoretkan artikel ini, saya teringatkan sahabat saya yang sentiasa mengingatkan kami tentang Allah. Tuturnya tidak lari dari mengharapkan redha Allah.

Pada mulanya,saya seolah-olah malu dengannya, seakan saya dipaksa berbuat baik di depannya.

Namun, ketika saya faham bahawa dia menasihati atas rasa kasih pada sahabat dan untuk kebaikan diri saya juga tanpa mengharapkan sebarang balasan, saya mula mengerti.

Saya pernah terbaca satu petikan bahawa Allah akan mengirimkan orang yang baik jika kita berniat untuk menjadi orang yang baik.

Sebab itu kita harus bijak memilih sahabat kerana sahabat merupakan cerminan diri kita. Oleh itu, bagaimana jika sahabat kita belum seperti yang kita harapkan?

Jawapannya, jangan tunggu sahabat yang baik tetapi jadilah sahabat yang baik itu. In Shaa Allah, kita akan menjadi magnet yang membawa perubahan itu.

Dalam hati setiap hamba Allah pasti ada satu rasa untuk berubah. Itulah fitrah mungkin cara untuk menzahirkannya sahaja perlukan mujahadah.

Jadi dahulu seperti yang diinginkan

Mari sahabatku, kita refleksi diri. Jadilah seperti yang kita impikan.

Dalam memilih pasangan hidup, kita amat behati-hati agar pasangan kita dapat bersama-sama kita menuju redhaNya.

Dalam persahabatan juga wujudkan ciri-ciri sahabat yang diidamkan agar kita dapat sama-sama menikmati indahnya bersahabat keranaNya.

Di sini saya gariskan beberapa ciri yang perlu ada dalam diri seorang sahabat (juga untuk kita yang bergelar sahabat)

Berpegang pada agama (Beragama sahaja tidak cukup kerana cinta pada Allah bukan hanya melalui kata-kata sahaja tetapi melalui perbuatan melaksanakan perintah dan menghindari laranganNya)
Berakhlak (Akhlak ini apa yang terzahir di hati, dan sesungguhnya akhlak yang terpuji ada pada Rasul yang kita cintai, Nabi Muhammad s.a.w)
Sanggup berkorban
Menjaga aib sahabatnya
Sentiasa menasihati dan bersedia menerima teguran

Akhir kalam: nilai sebuah persahabatan yang sebenarnya.

Saya ulang soalan tadi apa sebenarnya erti sebuah persahabatan yang dianjurkan oleh Islam?

Sahabat adalah insan yang selalu di samping kita walau tidak ada di depan mata tapi dalam doanya sentiasa ada untuk kita.

Islam menganjurkan persahabatan yang dilandasi kasih sayang kerana Allah.

Jika itu matlamatnya pasti akan saling ingat-mengingati ke arah kebaikan dan bersama-sama mencegah kemungkaran. Indahnya hidup bersahabat bukan?

Kesimpulannya, persahabatan itu cukup indah bagi mereka yang benar-benar megerti akan nilainya. Sedarlah wahai sahabat adalah antara hadiah terbaik dari Allah untuk kita.

Jangan sesekali bersahabat kerana keperluan semata-mata kerana apa sahaja yang kita lakukan tidak akan lari dari Yang Maha Melihat.

Manusia memang tidak lari dari kesilapan tetapi itu tidak menjadi alasan untuk kita tidak berusaha berubah ke arah kebaikan. Mari audit diri.

Cuba hayati bait-bait lirik lagu nyanyian kumpulan Brothers yang berjudul Teman Sejati ini;

Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjalanan ini,

Bersyukur kini padaMu Ilahi teman yg dicari selama ini telah kutemui,

Dengannya disisi perjuangan ini senang diharungi bertambah murni kasih Illahi,

KepadaMu Allah ku panjatkan doa agar berkekalan kasih sayang kita,

Kepadamu teman ku pohon sokongan, pengorbanan dan pengertian,

Telah kuungkapkan segala-galanya

AGM Sendeng Johor Bahru

NOTIS DAN JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SENI SILAT SENDENG DAERAH JOHOR BAHRU KE-5/2017

Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Johor Bahru menjemput tuan/puan hadir ke Mesyuarat Agung kali ke-5 / 2017 pada ketentuan berikut :

Tarikh            :
11hb Mac 2017 ( Sabtu )

Masa              :
9.00 malam

Tempat          :
Sekolah Agama Kangkar Pulai,Johor Bahru

Perasmi         :
Pegawai Daerah Johor Bahru

Pakaian         :
Pakaian Istiadat Sendeng
( Baju Melayu Hitam, Bersongkok, Kain Songket )

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN:-

9.00 malam:

- Pendaftaran Kehadiran

9.30 malam:

Ketibaan Pegawai Daerah Johor Bahru

Bacaan Doa

Kata Aluan oleh Pengerusi Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Johor Bahru :  Dato' Hj Abd Lah @ Abdullah bin  Hj Awang

Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Seni Silat Sendeng Daerah Johor Bahru Kali ke-5/2017 oleh :-
TUAN HAJI MUHAMAD FUAD BIN HAJI RADZUAN (P.I.S.) Pegawai Daerah Johor Bahru

Penyampaian Cenderhati

Minum Malam

Mesyuarat Agung dimulakan

Majlis Bersurai

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-4 / 2016

3. Pembentangan Laporan oleh Setiausaha

4. Pembentangan Laporan  oleh Bendahari

5. Pembentangan Usul ( Jika  Ada )

6. Lain-Lain Hal

7. Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat AJK MKDJB

Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru bil 1/ 2017 akan di adakan pada ketentuan berikut :

Tarikh     : 13 Mac 2017 (Isnin)
Masa.     : 2.30 petang
Tempat. : Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Johor Bahru.
Pengerusi : Tuan Haji Muhamad Fuad bin Radzuan
Pegawai Daerah Johor Bahru / Pengerusi Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru.

Semua AJK MKD dijemput hadir.

Aturcara AGM Alumni 4B Johor

Aturcara Mesyuarat Agung Alumni 4B Johor.
11/3/2017
Hotel Zam Saham, Lapangan Terbang Senai.

10.00 pg. Seminar Usahawan
13.00 tgh Makan Tgh
15.00 ptg  Majlis Perasmian oleh YB TSAR Presiden Alumni 4B Malaysia.
16.30 ptg  Mesyuarat Agung Tahunan.

Maklumat lanjuy sila berhubung dengan Tn Hj Ramely Othman, Setiausaha Alumni 4B Johor

Monday, February 20, 2017

Pertemuan dengan SPAD

PERKON JOHOR telah mengaturkan satu pertemuan dan perbincangan dgn Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid pada ketetapan berikut :
Hari Selasa 28/2/17 jam 10 pagi bertempat di Pejabat Pengerusi, SPAS, Blok D, Platinum Sentral , Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur.
Mana2 ahli2 PERKON yg menghadapi masalah ttg permit lori atau yg berhubungan dengan nya bolih menghubungi SUK utk diangkat kpd YB Tan Sri.

Kunjungan ke Majlis Daerah Pengerang

Assalam
PERHATIAN 📢📢📢
PERKON telah mengaturkan satu kunjungan hormat kepejabat YDP Majlis Daerah Pengerang , Kota Tinggi pada Hari Khamis 23/2/17 jam 9.00 pagi. AJK dengan ini di minta bersama2 menyertai kunjungan hormat ini. Sila beri pengesahan kehadiran kpd saya selewat2nya pada hari Selasa 21/2/17. Tk. Drpd SUK.

KELAS RAE

JASRA akan mengadakan Kelas RAE pada 19 hb Mac 2017, bertempat di UTHM, Parit Raja, Batu Pahat. Tempat adalah terhad. Untuk maklumat lanjut, Sila berhubung dengan 9W2BPC, Saudara Mohd Ali (0137836854)

Sunday, February 19, 2017

Anggota EDCRT Jasra

Emergency Disaster Communication Response Team (EDCRT) JASRA, sedang mengemaskini dan mencari keanggotaan sukarelawan. Mana2 pihak yg berminat untok menyertainya, sila hubungi 9W2RSA, Saudara Rosli Saaban (0127744292).

Friday, February 17, 2017

AGM Alumni 4B Johor

AGM Alumni 4B Johor pada jam 2.30 ptg  11/3/17 di Hotel Zam Saham, Lapangan Terbang Senai, JB. Seminar Usahawan jam 10 pg.

Aktiviti Alumni 4B Johor

Aktiviti Alumni 4B Johor Tahun 2017

(1)  isyrak Miraj 22/4/17 - Alumni 4B Parlimen Air Hitam
(2) Trip ke Jogja 28/4 - 1/5
(3) Buka Puasa Ramadhan - Alumni 4B Parlimen Pagph
(4) Aidil Fitri - Alumni 4B Parit Sulong
(5) Hi Tea - Alumni 4B Gelang Patah
(6) Trip ke Bintan - Alumni 4B JB & PGudang.
(7) Bowling - Alumni 4B BP
(8) Hari Keluarga Tg Piai - Alumni 4B Pontian.

Thursday, February 16, 2017

Mesyuarat Ajk

Assalamualaikum..

Mesyuarat AJK Sendeng JB Bil.1/2017 akan diadakan pd ketentuan berikut:

Tarikh : 21hb Feb 2017 (Selasa)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Cabin Sendeng JB

Kehadiran AJK Sendeng JB adalah WAJIB.

Sekian, Terima Kasih.
S/U Sendeng JB

Foxhunt Uitm Kesastria Endurance Challenge 2017

JASRA telah menghadiri Mesyuarat penyelarasan Program Fox Hunt sempena Uitm Kesatria Endurance Challenge 2017 pada 15/2/17 di UiTM, Jasin, Melaka. Program ini adalah pertama kalinya di perkenalkan didalam kejohanan ini. Program di jangkan dijalankan pada 20-24/5/2017, bertempat di Pusat Pelajar UiTM, Jasin, Melaka. Pameran Radio Amatur, Bengkel Antenna dan aktiviti Fox Hunt akan di laksanakan. Seramai 100 orang peserta dari UiTM seluruh Malaysia di jangka akan terlibat. Rakan2 yg berkelapangan, di undang hadir.

Sarawak Radio Scouting

Semperna *Perhimpunan MOP Pertama dan Hari Pengasas PPMCS* pada 18/2/2017, "Sarawak Radio Scouting" dibantu oleh SARES akan beroperasi di HF/VHF dengan callsign *9M4CHQ / 9M4CSR* di jaluran berikut:
*HF: 40m - 7.035, 7.135 +/-*
*VHF: 2m - 145.250 / 9M4RGS*
*NCS: 9M8DAN / 9M8ST*
*Tarikh: 18/2/2017 (Sabtu)*
*Masa: 9:00a.m. ~ 4:00p.m. (MST)*
Mohon standby dan jemput ikut serta di jaluran untuk memeriahkan acara ini. terima kasih 73.

Tuesday, February 14, 2017

Pentas Teater Karya 2017

Assalamualaikum
Salam Muafakat Johor.

*PENTAS TEATER KARYA 2017*

Majlis Kebudayaan Negeri Johor akan menganjurkan Pentas Teater Karya Johor pada *April 2017.*

Produksi teater yang berminat boleh mengantar *Sinopsis dan Skrip Teater* kepada urusetia Majlis Kebudayaan Negeri Johor sebelum *22 Februari 2017*

Hubungi. 07-2279362 atau email ke mknj296@gmail.com

*BUDAYA CERMINAN BANGSA*

Terima kasih.

Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru.

Monday, February 13, 2017

Program Hari Radio Amatur

Program Hari Radio Amatur: Pengenalan Kepada Radio Amatur anjuran bersama Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer(FKEKK), Centre of Telecomunication Research and Innovation(CeTRI), UTeM  dan Jalur Selatan Radio Amatur(JASRA) Chapter N. Melaka akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 16-18 Mac 2017
Hari: Khamis - Sabtu
Tempat: Sekitar FKEKK, UTeM

Antara aktiviti yang dirancangkan adalah seperti berikut:
1. Pameran Radio HF, VHF & UHF
2. Demo QSO
3. Seminar Pengenalan Radio Amatur & Tatacara Pengendalian(Jumaat Sesi Petang)
4. Bengkel Antena(Sabtu sesi pagi) & Fox Hunt(Sabtu sesi petang).
Sekian Untuk Makluman
73
Cc: Pengerusi Perhubungan JASRA CM @9W2SFF Rozaiman Suffian
S/U JASRA CM @⁨Zulkarnain 9w2ZTU Melaka⁩
Program Director 9w2LFZ Akmal (Pelajar Tahun Akhir UTeM)

Program jetski mengiringi Lawatan YAB MB Johor

Program Jetski Mengiringi  Lawatan YAB Menteri Besar Johor Ke Sg.Melayu Gelang Patah dan Perairan sekitar.

Sabtu--25 Feb 2017.

10 pagi---Turun Craft di Ramp Sg.Melayu.
(1059 pagi--Air Pasang Penuh 3.1 Metre)
11.30 Pagi---MB Dijangka Tiba.
11.45 Pagi--MB menaiki Bot Jabatan Laut diiringi Polis Marin dan Agensi Kerajaan yang Berkaitan.

Lawatan ke Projek Ternakan Kupang, Tambak Pasir dan Kawasan sekitar Danga Bay.

1 Tghari---Lawatan Selesai.
Makan Tengahari.
1.45--Naik craft ke Trailer.

Sesiapa yg berminat utk menyertai program ini boleh menghubungi En. WAN SAHMSUL, Setiausaha Program.

Tuesday, February 7, 2017

Birokrasi

Pengalaman semalam menghadiri Taklimat Tender Pembekalan Makanan Bermasak ke Dewan Makan Asrama sekolah2 di Negeri Johor, mendapati banyak kerenah yg di timbulkan oleh agensi kerajaan  Syarat pengesahan pesuruhjaya sumpah untuk dokumen syarikat bagi sijil2 SSM dan KKM, di nyatakan dalam iklan website Kementerian tapi tidak dinyatakan dalam iklan akhbar . MASAALAHNYA : Persuruhjaya Sumpah melalui pekeliling warta kerajaan yg terbaru TIDAK DI BENARKAN, membuat pengesahan keatas dokumen2 berkenaan melainkan DI MAHKAMAH sahaja. Jadinya, syarat yg di nyatakan bercanggah dengan pekeliling tersebut. Sebenarnya, salinan yg di sahkan oleh makamah juga TIDAK DI AMBIL semasa taklimat tersebut. Pengesahan semasa menghantar dokumen tender tu , pratik lazim, tapi untuk hadir lawatan tapak tak pernah lak saya jumpa. Baru pertama kali.  Saya tak faham, sapa lah yg memandai2 tambah syarat yg akhirnya tidak ada kaitan pun  Dah terlampau pandai la pihak berkenaan. Harga Tender dokumen MAHAL pulak. RM 300.00. Tak sesuai dengan keadaan ekonomi semasa. Agensi jangan nak buat UNTUNG. Susah la macam ni  #menteripelajaranmalaysia.

Monday, February 6, 2017

Mesyuarat khas

Satu Mesyuarat Khas akan diadakan pada jam 4 ptg di Maritime Clubhouse Putrajaya pada 9/2/17, bagi membincangkan perjumpaan dengan CEO SWCorp pada jam 9.30 pagi, 10/2/17 di Ibupejabat SWCorp, Cyberjaya. Mohon semua ajk yg terlibat khususnya kawasan SWM, untok hadir bersama. Sila sahkan kehadiran dengan SUK, Puan Zaleha. Kerjasama di hargai.

Sunday, February 5, 2017

Gotong Royong

Di cadangkan satu gotong royong bagi membersihkan Clubhouse BBU dan pemasangan Khemah akan diadakan pada jam 10 pg, 12/2/17, Hari Ahad, di Clubhouse Jasra, Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Kehadiran di hargai.

Saturday, February 4, 2017

SEMAKKAN REKOD BAYARAN

Lanjutan daripada Perjumpaan SU PERKON JOHOR. dengan En. Najib, Bahagian Kontrak SWM pada Hari Khamis yang lepas, SILA SEMAK SEMULA PEMBAYARAN YANG DI TERIMA DARIPADA SWM kerana pihak SWM akan membayar tuntutan BERASASKAN (1) TUNTUTAN (2) KONTRAK ATAU (3) PENGESYORAN, YANGMANA LEBIH RENDAH. Ini telah menyukarkan rekod penerimaan bayaran kerana tidak sama dengan Inbois dan terdapat perbedzaan dalam jumlah pembayaran GST. Kontraktor di sarankan buat semakkan SEGERA.

Majlis Tahlil

Majlis Tahlil Almarhumah Tunku Gedong akan diadakan pada 12/2/17 jam 6.30 di Istana Bukit Gedong. Kehadiran di hargai.

Wednesday, February 1, 2017

Monday, January 30, 2017

Mesyuarat AJK Alumni 4B Johor

Mesyuarat AJK Alumni 4B Negeri Johor akan diadakan pada 17/02/2017 Hari Jumaat jam 3.30 ptg bertempat di Bilik Mesyuarat Umno Bahagian Ayer Hitam. Kehadiran di hargai.

LANGSUNG DARI JOHOR 5PM [28 JAN 2017]

Sunday, January 29, 2017

Lata Berembun

Program 4x4 Lata Berembun
Cdgn perjalanan :

8/2/2017
10 mlm berkmpul di petronas tol.skudai.
1030  mlm roll.

9/2/2017
5 pg - ETA di lembah klau raub
Sarapan.
8/9 pagi : bergerak ke kemsite lata berembun.
10 pg - Tiba di kemsite
Aktiviti sendiri.
Overnite.

10/2/2017
Aktiviti sndri
Mandi air terjun
Mancing dll.
Overnite

11/2/2017
Persiapan balik.
10.pgi - bergerak keluar dr Lata Berembun.
12 tghri - Bergerak ke Lanchang
Melawat Sanctuary Gajah Kuala Gandah.
Makan tghri di Temerloh.
Laluan balik Temerloh- Bera- Selancar- YongPeng - Hiway Plus.
Maklumat lanjut, sila hubungi cikgu dollah.

Jelajah Jetski Pulau2 Mersing 2017

Program Jetski Jelajah Pulau2 Mersing akan diadakan pada hari Sabtu , 4/3/17. Program bersama Keluarga dan Media.
3/3/17 - Bermalam di Mersing.
4/3/17 Sabtu
0900hr- berkumpul di jeti Bluewater Mersing
0915hr-- bergerak ke Pulau 'Raja'(Panggilan kepada sebuah Pulau kecil di perairan Mersing)
✔mandi pantai / sesi bergambar
1000hr  - Pulau Rahsia
✔pantai bakau #pemandangan
✔Santai di pantai bagi yg xnak hiking
✔sarapan ringan (kuih2)
✔hiking
✔Aktiviti Mandi Pantai di Pulau Rahsia.
1200hr  - Pulau Hujung
✔mkn tengahari
✔mandi pantai
✔snorkling
✔banana bot 
1500hr - Pulau Tengah
✔snorkling 2 point 
1600hr - Pulau Besar
✔gambar kenangan
✔snorkling
✔santai2 tepi pantai
1700hr - Balik Jeti 
✔ sampai berjumpa lagi
✔ TAMAT
Program untuk kumpulan jetski adalah Mengiringi keluarga yang berada di atas 4 buah  bot menggunakan jetski ke tempat tempat yang dinyatakan di atas.☝
Kumpulan Jetski juga akan singgah ke Pulau pulau dibawah dan diiringi oleh bot bot iringan.
✔Pulau raja
✔Pulau rahsia
✔Pulau hujong
✔Pulau tengah
✔Pulau besar
Kos Untuk perkara di bawah adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh Pulau Kita
 4 × Bot pegi dan balik untuk dinaiki keluarga 
breakfast n lunch untuk semua
banana boat,jumping n slide untuk semua ‍♀️
‍♀️‍♀️‍♀️
Ditaja oleh PULAUKITA.
Encik Hasnawi bin Ismail.
########################
Peserta Jetski boleh menghantar nama melalui whatsapp kepada En.Wan Shamsul 012 7801126 untuk arahan pergerakan keseluruhan Pasukan Ski.
Pendaftaran Peserta Keluarga--whatsapp nama dan No k/p di nombor 01112135249 Cik zilla/0177484736 Cik shima untuk Pasukan Bot.

Wednesday, January 25, 2017

Yuran PKMMNJ

Ahli-ahli PKMMNJ dipinta untuk menjelaskan yuran keahlian tahunan dengan kadar segera. Satu taklimat bagi penawaran saham Koperasi Kontraktor Melayu Berhad akan diadakan pada bulan Feb. 2017. Sebarang maklumat, sila berhubung dengan En. Azadin 0196156584.

Monday, January 23, 2017

Mesyuarat Agung Tahunan KOMEJ kali ke 17

Mesyuarat Agung Tahunan KOMEJ kali ke 17 akan diadakan pada jam 10.30 pagi, pada 26/1/17 (Khamis) Di Dewan PerdanaPKMMNJ, Jalan Kebudayaan 21, Tmn Universiti, Johor Bahru. Kehadiran ahli2 KOMEJ di hargai.

Mesyuarat AJK & Pengerusi Daerah PKMMNJ

Mesyuarat AJK & Pengerusi Daerah PKMMNJ kali ke Lima akan diadakan pada jam 12 tgh, pada 26/1/17 (Khamis) Di bilik Mesyuarat PKMMNJ, Tmn Universiti, Johor Bahru. Kehadiran di hargai.

MESYUARAT KHAS AJK GABUNGAN PERKON MALAYSIA

MESYUARAT KHAS AJK GABUNGAN PERKON MALAYSIA akan diadakan pada jam 2.30 petang, 26/1/2017, Hari Khamis, di Bilek Mesyuarat KJE, No 02-02, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Commercial Centre, Johor Bahru. Kehadiran di hargai. Agenda (1) membincangkan masalah pemotongan yang tinggi dan pelarasan data inventori.

Mesyuarat Agong Tahunan Jasra 2017

Mesyuarat Agong Tahunan Jasra 2017 akan diadakan pada jam 11.00 pagi, 11/3/2017, Hari Sabtu, bertempat  di Puaat Kommunikasi Bencana Daerah Kluanh, JKR 449, Jalan Hospital, Kluang. Kehadiran adalah di hargai.

Tuesday, January 17, 2017

Salam Takziah

Takziah buat YB Tan Sri Mohd Ali Rustam di atas pemergian adik ipar. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Aamiin Ya Robbalalamin

Wednesday, January 11, 2017

Malaysian 40M Net

*MALAYSIAN 40M NET (SSB)*
DATE : *12 JAN 2017*
TIME : *2100 MST @ 1300 UTC*
FREQUENCY : *7.130MHz* ±QRM
MODE : *SSB*
NCS : *9W2LOZ*
QTH : *Jasra Clubhouse*
_ALL STATION ARE INVITED TO CHECK IN._

*Sesiapa yang berminat sila hadir. Tq.

Latihan EmComm

Satu program  Latihan Kommunikasi Bencana / 4x4 / Perkhemahan dengan penglibatan Jasra , Unit Teknikal Kommunikasi APM Johor dan RTM akan diadakan di kawasan pergunungan Pulai dpada 25-26/1/17. Mana2 pihak yg berminat untuk menyertai program ini, bolehlah menghubungi 9W2RSA, Tuan Rosli. Tempat adalah terhad.

Tuesday, January 10, 2017

PAMERAN RADIO AMATUR

PAMERAN RADIO AMATUR akan diadakan pada 11 hb Jan. 2017, dari jam 12.00 tgh - 5.30 ptg, bertempat di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Johor Bahru, sempena Lawatan Rasmi YB Datuk Ayub Rahmat, EXCO Kesihatan Negeri Johor. Rakan2 yg berkelapangan bolehlah turut serta. Sebarang maklumat, sila berhubung dengan 9W2RSA, Saudara Rosli 012 7744292

Friday, January 6, 2017

MOTA

GABUNGAN KOMUNITI RADIO AMATUR NEGERI KEDAH
KELAB RADIO AMATUR BALING (KARIB)
SIK AMATUR RADIO CLUB (SIAR)
KOMUNITI RADIO AMATUR KULIM
KELAB KOMUNIKASI RADIO AMATUR KUALA MUDA (SP HAM RADIO)

​​​​​​​​​04 JANUARY 2016
To Whom May Concerns,
INVITATION LETTER FOR PARTICIPATION IN MOUNTAIN ON THE AIR (MOTA) AND EYEBALL 2017.
I am writing to see if you and your committee would be interested in participation in our Mountain On The Air (MOTA) and eyeball 2017 event that will be held on 28rd January 2017 at Hutan Lipur Bukit Hijau Rainforest, Baling, Kedah, Malaysia. We feel extremely delighted to invite you on behalf of Gabungan Kelab Komuniti Radio Amatur Kedah.
2.​Mountain On The Air (MOTA) and eyeball 2017 is an event organized by Gabungan Kelab Komuniti Radio Amatur Kedah with Kedah State Government. The Objective of this event is more to gather all the ham radio operator from all over Malaysia.
3.​An estimation of 300 participants from all over Malaysia involves would gather in this event. Event details such as itinerary are attached in the appendix.
4.​I would be extremely grateful if you could R.S.V.P by no later than 20 January 2017 to jompicamp@gmail.com or directly contact the person in charge below.  Please advise us of any special mobility or dietary requirements you may have. I hope you are able to accept this invitation and I look forward to hearing from you.   
1. 9W2PSD (017-4712555)
2. 9W2INP (019-4106685)
Thank you in advance for your consideration and support. 

Yours sincerely,             
ijan                                                                               

MUHAMAD NORIZAN BIN ALI (9W2INP)           
Committee Of Mountain On The Air (MOTA) and eyeball 2017

Wednesday, January 4, 2017

Pindaan Perlembagaan

iNFO
PINDAAN PERLEMBAGAAN

Pindaan Perlembagaan yg diluluskan dlm Persidangan Agung Khas pada 29 Mac 2016 telah diterima oleh Pendaftar Pertubuhan.

Pindaan utama ialah menukar dari Persidangan Dwi Tahunan kpd Persidangan Tahunan di semua peringkat.

Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 19.11.2016 di Pulau Pinang telah mengambil keputusan seperti berikut:

1.  Pelaksanaan Perlembagaan baru akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2017.

2.  Alumni 4B Negeri dan Kebabgsaan dikehendaki mengadakan Persidangan Tahunan pada tahun ini (2017)

3.  Pemilihan Jawatan akan dibuat pada tahun hadapan (2018)

Dalam perbincangan dengan Pendaftar Pertubuhan semalam (4 Januari 2017) Pendaftar Pertubuhan telah bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh majlis tertinggi seperti dinyatakan diatas.

Oleh yangdemikian itu NOTIS PERSIDANGAN 2017 akan dikeluarkan segera.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

SETIAUSAHA AGUNG
5 Januari 2017