Sunday, January 1, 2012

KONVOI JB-PHUKET-JB (23-30/12/2011)







Seramai 21 orang peserta dari keluarga 9W2HOZ, 9W2UDD dan 9W2GMI telah menyertai Konvoi JB-Krabi-Phuket-Hatyai-Songkla-JB dengan 4 buah kenderaan, bertolak dari JB pada 23/12/2011. Program selama 8 hari / 7 malam ini, juga telah di sertai olih keluarga 9W2YOP seramai 14 orang, sahabat handai 9w2ZNH dan 9W2IKU seramai 4 orang dan rakan2 dari Kuala Lumpur seramai 4 orang, berjumlah 43 orang keseluruhannya didalam 7 buah kenderaan.

Konvoi telah bermalam di Homestay Beseri, Kangar, Perlis, bagi menghadiri Majlis Eyeball Perdana ASTRA bersama YAB Menteri Besar Perlis sempena lawatan HAM Pantai Timur ke Negeri Perlis Indra Kayangan.

Pada 24/12/2011, konvoi yang di panduarah olih 9W2ZNH, telah berlepas ke Krabi, Thailand melalui "Checkpoint" Wang Kelian. Perjalanan mengambilmasa selama 6 jam, melalui Bandar Trang, Thailand. Peserta Konvoi sempat meruangkan masa menjelajah Bandar Krabi dan kawasan Pantai.

Ke esokannya, Konvoi telah bergerak ke Phuket,yang juga mengambil masa 5 jam perjalanan. Setelah sampai di Phuket, peserta konvoi sempat bersantai di Pantai Kamala, Phuket. Pada sebelah malam, peserta telah dibawa ke kawasan Pantai Patong, bagi melihat keadaan "night life" disamping ke kawasan membeli belah.

Pada 26/12/2011, konvoi telah di bawa ke James Bond Island, dengan menaiki bot. Kos sebenar ke Pulau ini adalah RM 180 per pax, tetapi telah dapat di jimatkan kepada RM 18.00, dengan bantuan daripada ahli keluarga 9w2ZNH di Phuket. Dalam perjalanan pulang, konvoi sempat singgah di Sarasin Bridge, bagi menikmati suasana "sun set". Peserta konvoi juga dibawa makan malam di Restoran Terapung, bagi menikmati makanan "seafood".

Peserta konvoi telah dibawa ke Pantai Patong, pantai Kata, karon view point dan Kem Gajah Phuket Safari, sebelum memulakan perjalanan ke Hatyai, yang telah mengambilmasa selama 7 jam. Konvoi telah bermalam selama 2 malam di Hatyai.

Tidak ketinggalan, peserta konvoi telah dibawa ke Bandar Songkla, menikmati makan tengahari di Pantai Samila. Di Hatyai, peserta telah diberi peluang untuk membeli belah. Dalam perjalanan pulang, konvoi sempat singgah di Komplek Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam.

Persinggahan terakhir Konvoi adalah di Ipoh, yangmana konvoi juga sempat singgah di Pusat Ternakan Ikan Arowana di Bukit Merah. Hos di Ipoh 9W2YOP, telah membawa peserta konvoi untuk menikamti buah2an tempatan terutamanya Durian di kawasan Bukit Gantang. Sebelum pulang ke JB, peserta konvoi juga telah dibawa makan tengahari nasi kandar yang dikenali sebagai "nasi ganja" di kawasan bandar lama Ipoh.

Keseluruhan perjalanan merangkumi 3500 km, amatlah menyeronokkan. Lihat lebih banyak gambar2 menarik di dalam FaceBook JASRA (HAM JOHOR) @ ABD LAH AWANG II.

No comments:

Post a Comment