Wednesday, April 30, 2014

JASRA ENGLISH SESSION 2M NET - EVERY SATRURDAY NIGHT - 9pm

CHECKIN JASRA ENGLISH SESSION 2M NET - EVERY SATRURDAY NIGHT - 9pm

JASRA 2M NET -30/4/2014

JASRA JOHOR TELAH mengadakan Acara 2M Net, pada malam, 30/4/2014, Hari Rabu, jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2JCG. QRA: Saudara Pak Rani. QTH: Bandaraya Johor Bahru. Penyertaan anda didalam menceriakan acara tersebut adalah di hargai. Seramai 60 checkin telah di catat. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA

Saturday, April 26, 2014

“Prospek Bisnis perikanan di ASEAN”

Undangan dari PT SPC, : Talk Show dengan tema “Prospek Bisnis perikanan di ASEAN” oleh Departemen Perikanan Indonesia, Jakarta akan diadakan pada 2 Mei 2014. Bapak Andi, Pengarah PT SPC, akan menjadi fasilitator. Departemen perikanan akan sering mengadakan roadshow di beberapa negara Asean untuk menjalin kerjasama di Bidang Perikanan. Ahli2 PPBNJ atau usahawan2 yang berminat untuk menyertai, sila hubungi Tuan Hj Abdullah Hj Awang 019 777 0435, 016 7166515.

KONVENSYEN RADIO AMATUR 2014 .

KONVENSYEN RADIO AMATUR 2014 anjuran MARL dengan kerjasama KERAK, SQUAD99,  AKRAB DAN ARKB, dijangkakan akan diadakan di KUANTAN, PAHANG, DARUL MAKMUR pada akhir tahun ini. Nantikan kehadiran VVIP di majlis ini. Pastikan anda hadir, jika tidak mahu ketinggalan didalam arus pembangunan radio amatur di rantau ini.

BIG BOSS HARRY


MESYUARAT AGONG TAHUNAN UMNO CAWANGAN UDA JAGONG (26/4/14)














HARI TERBUKA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) 2014

Pameran radio amatur KERAK dengan kerjasama SQUAD99 at Pengkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan.
 








 

Friday, April 25, 2014

SEMANGAT PATROTIK

Semangat patroitik semakin terhapus dikalangan masyarakat pada masa kini. Lebih bangga dengan milek orang lain daripada milek sendiri. Walau hanya status menjadi anak angkat, tetap bangga diri sedangkan milek sendiri diabaikan. Tak salah nak sayang milek angkat, tetapi jangan abaikan milek sendiri. Sepatutnya kita berbangga dan kommit dengan negeri sendiri, malahan di sisihkan pulak. Fikir2 kan lah wahai teman2.

SEKOLAH ANAK ANGKAT JASRA

SMK SRI MEDAN BATU PAHAT, telah dilterima sebagai sekolah anak angkat JASRA. Semuga dapat melahirkan pengiat radio amatur (HAM) yang lebih ramai dan aktif didalam aktiviti2 HAM, terutamanya didalam bantuan kommunikasi bencana. Sekolah dibawah seliaan Pengerusi Perhubungan JASRA Daerah Batu Pahat.

PAMERAN RADIO AMATUR -26/4/2014

JASRA PERHUBUNGAN DAERAH BATUPAHAT akan mengadakan PAMERAN RADIO AMATUR di SMK SRI MEDAN, BATUPAHAT, pada Hari Sabtu, 26/4/2014, dari jam 9.00 pagi - 5.00 ptg, sempenna HARI KOKORIKULUM. Rakan2 HAM diundang hadir ke sana untuk memeriahkan program.

Happy Birthday Sig Guglielmo Marconi !

Happy Birthday Sig Guglielmo Marconi ! #hamradio
Guglielmo Marconi, 1st Marquis of Marconi (Italian: [ɡuʎˈʎɛːlmo maɾˈkoːni]; 25 April 1874 – 20 July 1937) was an Italian inventor and electrical engineer, known for his pioneering work on long-distance radio transmission[1] and for his development of Marconi's law and a radio telegraph system. Marconi is often[quantify] credited as the inventor of radio, and he shared the 1909 Nobel Prize in Physics with Karl Ferdinand Braun "in recognition of their contributions to the development of wireless telegraphy".[2][3][4] An entrepreneur, businessman, and founder in Britain in 1897 of The Wireless Telegraph & Signal Company (which became the Marconi Company), Marconi succeeded in making a commercial success of radio by innovating and building on the work of previous experimenters and physicists.[5][6] In 1924 the King of Italy ennobled Marconi as a Marchese (marquis).
http://en.wikipedia.org/wiki/Guglielmo_Marconi
 

Thursday, April 24, 2014

Mesyuarat Perkon Johor dengan PPSPA Johor @ MSC Cyberport Johor. (24/4/14)





" WALK THE TALK "

Saya menyarankan agar semua syarikat Media, termasuklah RTM, agar MEMBUAT TAPISAN dan MEMILIH , pendakwah yang benar-benar melaksanakan AMALAN ISLAM didalam memberi syarahan didalam program2 agama. Banyak ustaz yang bermasaalah di pilih memberi syarahan, sedangkan pada hakikinya, disebalik. " WALK THE TALK ". Kadang2 menyampah pulak nak dengar, CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Saperti KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS. Hentikanlah syarikat2 penyiaran. Soal Hati perlu di rujuk kepada ALLAH dan RASUL.

DINNER BERSAMA KELUARGA @ RESTORAN HJ SHARLIN LOW , BBU , JB (24/4/14)









CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah saw bersabda :
Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas [Hadith Sahih Riwayat Muslim]
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah saw bersabda :
Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya [Hadith Sahih Riwayat Muslim]
Orang-orang munafik dizaman Rasulullah saw akan mencari alasan untuk tidak menyertai peperangan. Diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudriy r.a:
Pada zaman Rasulullah s.a.w orang munafik selalu tidak menyertai peperangan, malah mereka bergembira dengan sikap mereka tidak bersama Rasulullah s.a.w. Apabila Nabi s.a.w kembali, mereka mengemukakan berbagai alasan kepada baginda sambil bersumpah dan mengharapkan pujian terhadap apa yang mereka tidak lakukan. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat : Jangan sekali-kali engkau menyangka wahai Muhammad bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang telah mereka lakukan itu dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, maka jangan kamu sangka mereka akan terselamat dari seksa [Hadith Sahih Riwayat Muslim]
Mereka juga akan belot diwaktu peperangan sebagaimana perang Uhud. Didalam sebuah riwayat dari Zaid bin Thabit r.a :-
Ketika Nabi s.a.w keluar ke peperangan Uhud, sebahagian daripada tentera yang mengikuti baginda membelot menyebabkan para sahabat menjadi dua pasukan. Sebahagian daripada para sahabat berkata: Kita akan membunuh mereka, manakala sebahagian lagi berkata: Kita tidak boleh membunuh mereka. Lalu Allah s.w.t menurunkan Ayat ‘Yang bermaksud: Maka apakah yang menyebabkan kamu berpecah menjadi dua golongan kerana kaum munafik itu’”
Di suatu masa nanti, orang-orang kafir dan Munafik akan keluar dari Madinah untuk menemui Dajal. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak ada negara (dalam dunia) melainkan akan dipijak (dilanda) oleh Dajal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijaga oleh barisan Malaikat. Oleh itu Dajal akan turun (berhenti) di satu kawasan bernama Sibkhah (tanah kering lagi masin) maka Madinah bergegar sebanyak tiga kali, kemudian semua para Kuffar (orang kafir) dan para Munafik keluar dari Madinah menemui Dajal [Hadith Sahih Riwayat Muslim]
Pada hari Akhirat kelak, setiap wajah orang Islam bersinar-sinar dipacari oleh Nur, dan nur tersebut akan padam jika dia seorang munafik. Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a: Diriwayatkan daripada Abu Az-Zubair r.a katanya:
Bahawa beliau pernah mendengar Jabir bin Abdullah r.a ditanya tentang kebangkitan di akhirat. Maka beliau berkata: Kita dibangkitkan pada Hari Kiamat begini dan begini. Lihatlah! Ertinya: Kedatangan manusia itu mengikut darjat masing-masing. Lalu dipanggil umat-umat dengan berhalanya dan apa yang mereka sembah suatu ketika dahulu, secara berturutan. Setelah itu, Tuhan datang kepada kita lalu berfirman: Siapakah yang kamu tunggu? Maka mereka pun menjawab: Kami menunggu Tuhan kami. Allah berfirman: Akulah Tuhan kamu. Mereka akan berkata: Sehingga kami melihatMu dulu. Terserlah pada mereka Tuhan tertawa. Lalu Dia membawa mereka dan mereka pun mengikuti-Nya. Setiap seorang di antara mereka samada munafik atau mukmin akan diberi nur iaitu cahaya. Kemudian mereka mengikuti cahaya tersebut melalui jambatan Neraka Jahanam, terdapat besi-besi pengait dan berduri yang boleh meragut sesiapa saja yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian nur iaitu cahaya orang-orang munafik padam, sedangkan orang-orang mukmin selamat. Selamatlah rombongan pertama yang terpancar pada wajah mereka bagaikan bulan purnama seramai tujuh puluh ribu orang tanpa dihisab. Kemudian orang-orang berikutnya seperti terangnya bintang-bintang di langit, demikianlah seterusnya. Kemudian syafaat diizinkan. Mereka pun meminta syafaat, sehingga mereka dapat mengeluarkan dari Neraka sesiapa yang melafazkan:’La ilaha illallah’ dan di hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum. Mereka akan ditempatkan di halaman Syurga lalu Ahli Syurga akan memercikkan mereka dengan air sehinggalah daging mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu tumbuhan selepas banjir dan hilanglah hangusnya. Kemudian dia iaitu orang terakhir meminta, sehingga diberikan kepadanya dunia dengan sepuluh kali ganda [Hadith Sahih Riwayat Muslim]

MUNAFIK

MUNAFIK

Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.[1] Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan.[2] Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami.[3] (Al Munafiquun:1-3)


Berdasarkan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan :
"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.
  • Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
  • Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.
  • Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati".
Berikut adalah ciri-ciri orang munafik menurut Islam.
  • Dusta
  • Khianat
  • Fujur dalam pertikaian
  • Ingkar janji
  • Malas beribadah
  • Riya'
  • Sedikit berzikir
  • Mempercepat solat
  • Mencela orang-orang yang taat dan soleh
  • Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.
  • Bersumpah palsu
  • Enggan berinfak
  • Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin
  • Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian
  • Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.
  • Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
  • Sering meninggalkan solat berjamaah
  • Membuat kerusakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan
  • 'Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir
  • Takut terhadap kejadian apa saja
  • Beruzur dengan dalih dusta
  • Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan
  • Bakhil dalam masalah kebajikan
  • Lupa kepada Allah s.w.t.
  • Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya
  • Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin
  • Sombong dalam berbicara
  • Tidak memahami masalah-masalah agama
  • Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa
  • Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang

SUMATERA INTERNATIONAL EXPO 2014 & JOHOR HALAL SHOWCASE 2014 - 13-15/6/2014, PLAZA ANGSANA, JOHOR BAHRU


Kami menawarkan beberapa lot / booth untuk sewaan kepada usahawan. Jika berminat, sila hubungi Tuan Hj Abdullah Hj Awang, 019 777 0435, 016 716 6515, 07 55621370, Fak: 07 5562144, Emel: asfarina2@yahoo.com