Thursday, September 12, 2013

PERSETUJUAN PERBINCANGAN PERKON JOHOR & SWME - 11/9/2013

Perkara2 yang di persetujui semasa perbincangan diantara PERKON JOHOR & Pihak atasan SWME pada 11/9/2013:

(1) Bayaran bulanan tuntutan kontraktor akan dibayar pada / sebelum 30/31hb setiap bulan kalender

(2) Data Inventori kawasan kerja yang lengkap akan di serahkan kepada semua kontraktor pada / sebelum 31hb Okt. 2013. Data inventori ini akan di gunakan sebagai asas pengiraan kontrak.

(3) Pelarasan kadar harga baru bagi FULL KPI, mematuhi keputusan yang telah dibuat sebelum ini. Harga untuk rumah kedai mengikut kepada kekerapan kutipan, sebagaimana yang dibayar oleh pihak kerajaan.

(4) Meminda klausa 4.5 Perjanjian Kontrak, dimana pemotongan muktamad hanya boleh dibuat oleh PPSPPA. SWME hanya boleh menggenakan caj "backup" bagi kerja-kerja yang gagal dilaksanakan oleh kontraktor setelah kontraktor dimaklumkan.

(5) SWME membenarkan penggunaan Jaminan Insuran sebagai satu instrumen bon perlaksanaan selain Jaminan Bank atau Wang Tunai

(6) Menyerah semula kawasan kontraktor yang dipindahkan sementara kekawasan lain dengan status kontrak tetap dan dibayar kadar FULL KPI.

(7) Penyelarasan tempoh kontrak sebagaimana yang di terima oleh SWME daripada Kerajaan (Back to back).

(8) Status kontrak backup hendaklah dijadikan sebagai kontrak tetap.

(9) Tiada proses penenderan semula kawasan kontraktor sediaada. SWME akan membantu kontraktor yang bermasaalah dan memaklumkan kepada PERKON JOHOR.

(10) Menambah nilai kontrak sediada yang berjumlah kecil kepada lebih besar, agar ianya menjadi lebih viable dan berdaya saing

(11) SWME hendaklah membantu kawasan kerja kontraktor yang bermasaalah, bagi menggelakkan dikenakan denda yang ditetapkan oleh PPSPPA.

(12) Sebarang keputusan perbincangan / mesyuarat diantara PERKON JOHOR / SWME / JPSPN / PPSPPA, hendaklah di patuhi tanpa prejudis.

Perkara2 ini adalah di persetujui HANYA UNTUK AHLI2 PERKON JOHOR & PESANS sahaja.

No comments:

Post a Comment