Siri Pertama Kembara Amala Ramadhan 2011 Jelajah Johor telah disertai olih sebanyak 30 buah kenderaan termasuk pacuan 4 roda dan 20 motosikal berkuasa tinggi, yang di iringi olih sebuah kenderaan JPJ Negeri Johor, sebuah Ambulan JPAM Negeri Johor dan Polis Trafik Negeri Johor, telah berlepas pada jam 9.15 pagi di Yayasan Warisan Johor, menuju ke Daerah Pontian (2 hentian), Batu Pahat (4 hentian) dan Kulang (2 hentian) bagi mengagihkan sumbangan kepada keluarga kurang bernasib baik, anak2 yatim, dan anak2 Tahfiz. Di ketuai olih Tn Hj Fuad Radzuan, Pengarah Yayasan Warisan Johor, seramai 100 orang peserta telah mengikuti konvoi ini. Berserta adalah Tn Hj Jama Johan, Pengarah tanah & Galian Negeri Johor, En Mohd Shukri Mohd Masbah, Pen. Pengarah Pentadbiran JKR Negeri Johor, dan kakitangan Yayasan Warisan Johor, Yayasan Ikhlas, Persatuan Jalur Selatan Radio Amatur Johor (JASRA), Mahkota Bikers, Kelab Rentas 4x4 Johor, KRKPJB, Pertubuhan Alumni 4B Malaysia, Gerakan Belia 4B Malaysia, Majlis Kebudayaan Negeri Johor, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor dll.
No comments:
Post a Comment