KEMBARA AMAL RAMADHAN 2011 JELAJAH JOHOR SIRI KE 3, telah diadakan pada 21 hb Ogos 2011. Berlepas dari Yayasan Warisan Johor, pada jam 9.30 pagi, konvoi telah menuju ke Daerah Johor Bahru - Rumah Kebajikan Orang Tua Islam, Kempas dan Dewanraya Kg Majujaya (disambut olih Tn Hj Mislan, Pegawai Daerah JB), Daerah KulaiJaya - Pejabat Daerah KulaiJaya (disambut olih Tn Hj Jalil, KADO KulaiJaya), Daerah Kota Tinggi - Komplek Cendawan Ulu Sg Johor, Pusat Tahfiz Akhbar Kota Tinggi dan Pusat Khidmat ADUN (disambut olih YB Asiah), Daerah Mersing - Masjid Kg Lukut, Kahang dan Daerah Mersing - Masjid Kg Sawah Dato' (disambut olih Tn Hj Kamaruddin, Pegawai Daerah Mersing). Konvoi di sertai sebanyak 100 orang peserta, terdiri daripada 20 buah motosikal berkuasa tinggi dari MAHKOTA BIKERS, 20 buah kenderaan termasuk 4x4 dari JASRA, KRKPJB, RENTAS 4x4, diiring olih PDRM Negeri Johor dan JPAM Negeri Johor. Program berakhir dengan upacara majlis berbuka puasa di Masjid Sawah Dato', Mersing. Siri ke 3 ini merupakan pusingan terakhir bagi KEMBARA AMAL RAMADHAN 2011 JELAJAH JOHOR, yang telah merangkumi keseluruhan Daerah2 di Negeri Johor. Siri 1 telah merangkumi Daerah Pontian, Batu Pahat dan Kluang, Siri ke 2 Daerah Batu Pahat, Segamat, Ledang dan Muar, dan Siri ke 3 Daerah Johor Bahru, KulaiJaya, Kota Tinggi, Kluang dan Mersing. Sepanjang program sebanyak lebihkurang 700 keluarga telah diberi sumbangan Beras dan bahan keperluan harian berserta Duit Raya, sumbangan daripada Pembayar Fidyah dan juga Dermawan. Program bagi Tahun ke TIGA didalam siri KEMBARA AMAL RAMADHAN JELAJAH JOHOR ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada KERAJAAN JOHOR, YAYASAN IKHLAS, YAYASAN WARISAN JOHOR, PDRM JOHOR, JPJ JOHOR, JPAM JOHOR, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR, yang di sokong olih Ngo2 saperti PERSATUAN JALUR SELATAN RADIO AMATUR JOHOR (JASRA), MAHKOTA BIKERS, KELAB RENTAS 4x4 JOHOR, KRKPJB (PELANGI), PERSATUAN PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR, PERSATUAN PENGHULU NEGERI JOHOR, MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI JOHOR, PERTUBUHAN ALUMNI 4B MALAYSIA, GERAKAN BELIA 4B (M) NEGERI JOHOR, GERAKAN BELIA 4B (M) KAWASAN JOHOR BAHRU dan pelbagai pihak lain yang terlibat.
No comments:
Post a Comment