Thursday, May 5, 2011

SAMBUTAN KAYUHAN OZ1AA KE NEGERI JOHOR (5.5.2011)






Pengayuh Denmark OZ1AA, Thomas Andersen telahpun memasuki Negeri Johor pd jam 11.15 pg dan di sambut di Sg Kesang, olih YB Datuk Hj Mohamad Ismail Mohd Shah, Ketua Perhubungan UMNO Muar bersama2 Presiden JASRA 9W2HOZ, Naib Presiden 9W2SGT, Ketua Perhubungan JASRA Daerah Muar 9W2AYX, 9W2JJX, dan rakan2 HAM Daerah Muar serta HAM Negeri Melaka. Beliau juga sempat menjamah juadah "MEE BANDUNG MUAR" sebelum melanjutkan kayuhan ke Batu Pahat. Beliau juga di iringi olih dua orang pengayuh basikal daripada Pulau Pinang, yang akan menemainnya sehingga ke Johor Bahru. Esok, 6/5, beliau akan berkayuh dari Batu Pahat menuju ke Johor Bahru. Satu acara eyeball juga akan diadakan di Batu Pahat (mlm ini), dan di Restoran Anjung Warisan jam 8.00 mlm esok (6/5). Pada hari sabtu, beliau akan meneruskan kayuhan ke Singapura, Sumatera, Jawa, dan berakhir di Sydeny, Australia. Di katakan, beliau akan cuba mencari dana dengan bekerja di Sydeny untuk beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan kayuhannya ke amerika Selatan, amerika Syarikat dan pulang ke Denmark. Semuga beliau berjaya didalam kayuhannya.

No comments:

Post a Comment