Tuesday, May 24, 2011

Ekspedisi Santai OFFROAD II - Lubuk Beruk, Pahang (20-22.5.2011)






Seamai 24 orang peserta dari Negeri Johor telah menyertai Program Ekspedisi Santai OFFROAD II, di Lubuk Beruk, Sungai Lembing, Pahang. Program anjuran Majalah Santai, yang di urus olih Red Adventure dan Malaysian 4 Wheelers, juga di hos olih PERAMAH, Persatuan Radio Amatur Pahang, telah mendapat sambutan hangat dengan penyertaan hampir 250 orang. Penyertaan adalah terdiri daripada persatuan 4x4 Negeri Kedah, Trengganu, Pahang, Melaka, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti telah diadakan, termasuk talentime, dan sukan keluarga. Pada jam 11.00 malam, 19hb Mei 2011, sebanyak 7 buah kenderaan 4x4, telah bergerak daripada Kota Tinggi menuju ke Hutan Lipur Sg Pandan, Kuantan. Konvoi sempat berjumpa dengan rakan2 HAM Mersing, sebelum sampai di lokasi pada jam 4.00 pagi. Ke esokkanya, konvoi telah bergabung dengan konvoi utama, iaitu sebanyak 60 kenderaan 4x4, menuju ke Felda Sg Pancing Utara, untuk upacara perlepasan olih ADUN Sg Pancing. Selepas pelancaran, konvoi menuju ke Sek. Keb. Sg Pancing Selatan, bagi menyertai program gotong royong di sekolah tersebut. Pelbagai aktiviti telah di laksanakan, termasuklah kerja-kerja mengecat dan mengenali radio amatur kepada murid2 sekolah. Selepas sembahyang jumaat, konvoi terus menuju ke Lubuk Beruk, Sg Lembing. Pada 21/5/2011, program jungle trekking ke Air Terjun Pelangi telah di adakan, yang memakan masa selama 1 jam perjalanan. Sebelum itu, program senamrobik telah diadakan. Sukan juga diadakan pada sebelah petang, di akhiri dengan talentime dan cabutan hamper pada sebelah malamnya. Keadaan hujan tidak menghindari perserta daripada mengikuti program. Pada 22/5/2011, satu upacara penutup telah diadakan olih YB ADUN Kuala Rompin, yang juga merupakan anggota HAM dan EXCO Kerajaan Negeri Pahang. Konvoi terus menuju ke Muzium Sg Lembing, dan bersurai ke destinasi masing2.


No comments:

Post a Comment