Tuesday, May 31, 2011
EyeBall Bersama 9M8ZQ (31.5.2011)
Pada 31.5.2011, satu perjumpaan telah diadakan di Pejabat 9M8ZQ, Tuan Haji Mohd Ali Bin Sujang, Presiden, Amateur Radio Club Sarawak (ARCS), yang di hadiri olih 9W2HOZ, 9M8SYA dan Ir Hj Mahmood, YDP, PKMM Negeri Johor. Pertemuan selama 1 jam telah membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan pembangunan dan perkembangan amatur di Malaysia serta acara Borneo Hamfest 2012, yang akan dilaksanakan di Kuching, Sarawak.
Tuesday, May 24, 2011
Ekspedisi Santai OFFROAD II - Lubuk Beruk, Pahang (20-22.5.2011)
Seamai 24 orang peserta dari Negeri Johor telah menyertai Program Ekspedisi Santai OFFROAD II, di Lubuk Beruk, Sungai Lembing, Pahang. Program anjuran Majalah Santai, yang di urus olih Red Adventure dan Malaysian 4 Wheelers, juga di hos olih PERAMAH, Persatuan Radio Amatur Pahang, telah mendapat sambutan hangat dengan penyertaan hampir 250 orang. Penyertaan adalah terdiri daripada persatuan 4x4 Negeri Kedah, Trengganu, Pahang, Melaka, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti telah diadakan, termasuk talentime, dan sukan keluarga. Pada jam 11.00 malam, 19hb Mei 2011, sebanyak 7 buah kenderaan 4x4, telah bergerak daripada Kota Tinggi menuju ke Hutan Lipur Sg Pandan, Kuantan. Konvoi sempat berjumpa dengan rakan2 HAM Mersing, sebelum sampai di lokasi pada jam 4.00 pagi. Ke esokkanya, konvoi telah bergabung dengan konvoi utama, iaitu sebanyak 60 kenderaan 4x4, menuju ke Felda Sg Pancing Utara, untuk upacara perlepasan olih ADUN Sg Pancing. Selepas pelancaran, konvoi menuju ke Sek. Keb. Sg Pancing Selatan, bagi menyertai program gotong royong di sekolah tersebut. Pelbagai aktiviti telah di laksanakan, termasuklah kerja-kerja mengecat dan mengenali radio amatur kepada murid2 sekolah. Selepas sembahyang jumaat, konvoi terus menuju ke Lubuk Beruk, Sg Lembing. Pada 21/5/2011, program jungle trekking ke Air Terjun Pelangi telah di adakan, yang memakan masa selama 1 jam perjalanan. Sebelum itu, program senamrobik telah diadakan. Sukan juga diadakan pada sebelah petang, di akhiri dengan talentime dan cabutan hamper pada sebelah malamnya. Keadaan hujan tidak menghindari perserta daripada mengikuti program. Pada 22/5/2011, satu upacara penutup telah diadakan olih YB ADUN Kuala Rompin, yang juga merupakan anggota HAM dan EXCO Kerajaan Negeri Pahang. Konvoi terus menuju ke Muzium Sg Lembing, dan bersurai ke destinasi masing2.
Wednesday, May 18, 2011
CW Learning Tips
When I talked to future CW candidates I had always get the counter response from them. They describe their smart way of learning. It sounds great in theory. Immediately I would stop advising them because they seemed to reject the initial advised.
We don't learn CW by memorizing the dit and the dah. If you sit and pass the test by memorizing them you will not acquire the skill even after passing and would not dare to come on this mode. The best way is by the sound recognition. There will not be any mental translation taking place. You will recognize the character by the sound. There are about 40 odd sounds for you to hear and listen to them until they become familiar.
The association of the sound to the characters can come later. After repeated association you will immediately creat the character as you hear the sound. There are many people who can associates words to sound like HPE C U AGN or 9M2AR or 9M2MGL. But for beginners character recognition is vital than the word recognition.
People who earned skill and finally go fast CW are people who recognized sound character or words. There is zero mental translation. There is no time to translate the dit and dah into characters.
For once stop being too proud of your smartness and think we can learn from the others.
You don't have to have me as a teacher. You can teach yourself or get a group and practice more on it. If you do it rightly I can bet you are going to have plenty of fun among yourselves even though the CW test is two years ahead.
I remember 9M2ZN told me that they were 5 or 6 of them went for the Morse test, only he and 9M2ZM get thru. Now 9M2ZM can send and copy Morse while driving and Mazwan can go 45 wpm CW.
Morse is not cut for a certain human specie. You don't have to be special to acquire the skill. You only need to follow the right approach and in one of my articles before I did mention that there is only one right approach; repeated hearing to recognize the sounds of the characters and automatic with characters association. And practice makes perfect. Millions or billions of the world population are learning languages and recognitions by repetition, days in and out they have been hearing and seeing things.
You just follow my advice and you will pass with flying colors.
Cara Menguasai Kod Morse
Kaedah Koch
Secara tradisional, kod Morse diajar dengan cara susah dengan cara menerima semua kod pada kelajuan perlahan dan kemudian maju ke kelajuan yang lebih tinggi.
kaedah Koch, iaitu cara lain membuktikan bahawa anda harus mulai belajar dengan kelajuan yang dikehendaki - tetapi anda bermula dengan hanya 2 karakter yang dihantar secara rawak. Setiap sesi adalah lima minit, dan setiap kali anda mendapatkan 90% atau 100%, anda boleh menambah hanya 1 karakter lain. Kombinasi Koch adalah seperti berikut K M U R E S N A P T L W I J Z F O Y V G Q H B C D X. Untuk nombor pula, 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0. Kombinasi sebenar Koch adalah terdiri dari gabungan huruf dan nombor, saya telah mengasingkan antara karakter ini bagi memudahkan sesi pembelajaran.
Kaedah Koch dicipta oleh psikologis Jerman Ludwig Koch pada 1930-an.
Pemasaan Farnsworth.
karakter dihantar pada kelajuan yang tinggi, tetapi jarak tambahan dimasukkan di antara aksara dan kata-kata untuk melambatkan kelajuan penghantaran sebenar. Keuntungan dari ini adalah bahawa anda terbiasa untuk mengenali watak pada kelajuan yang lebih tinggi, dan dengan demikian akan lebih mudah untuk meningkatkan kelajuan nanti.
ARRL menggunakan pemasaan Farnsworth untuk penghantaran, latihan dan kaset ujian dengan kelajuan 18 WPM (90 CPM).
Pemasaan Farnsworth dicipta oleh Donald R. Farnsworth (W6TTB) pada akhir 1950-an.
Kaedah Rekaan 9M2PJU (Hehe)
Diambil dari peribahasa "bersusah dahulu bersenang kemudian". Satu kombinasi telah dicipta dengan memulakan latihan dari huruf yang dianggap susah kerana bunyi yang terdiri dari 4 dit atau dah. Apabila anda dapat menguasai huruf yang dianggap susah ini, secara tidak lansung huruf yang terdiri dari 2 dit atau dah, 3 dit atau dah akan menjadi lebih senang.
Pemasaan untuk kaedah ini sama seperti Koch, jika sasaran anda untuk mencapai kelajuan 12WPM, cadangan kelajuan adalah 14 ke 15WPM bergantung kepada kesusaian diri. Jika termampu, teruskan bermula dari 18WPM. Tidak menjadi masalah untuk bermula dari kelajuan yang tinggi kerana anda tidak akan selamanya ingin bekerja pada kelajuan 12WPM.
Kombinasi adalah FL QY BV PX CZ JH DG KR OS WU MI NA TE. Setiap sesi adalah 10 ke 15 minit, bermula dengan 2 huruf dihantar secara rawak dan setiap kali anda mencapai 90% atau 100% betul, anda boleh menambah 2 huruf yang lain. Jangan tambah sebarang huruf jika anda masih ragu-ragu. Jika anda berjaya menyalin dari FL QY BV PX CZ JH, nescaya huruf DG KR OS WU MI NA TE akan menjadi senang.
Teknik Pengasingan Dit Dan Dah.
Teknik ini mengasingkan antara bunyi dit dan dah. Bermula dengan huruf E I S H , T M O, dan seterusnya seperti aliran dalam carta ini
Kelajuan yang disarankan adalah seperti pemasaan Farnsworth. Kaedah ini sesuai untuk mereka yang "tone deaf". Ini adalah kerana bunyi antara dit dan dah telah diasingkan supaya mereka lebih senang untuk membezakan antara bunyi tersebut.
Software yang dicadangkan boleh didapati di http://www.justlearnmorsec
Ini adalah kerana software Justlearnmorsecode ini sangat ramah pengguna, tone dan kelajuan boleh diubah mengikuti citarasa, kombinasi yang boleh diubah mengikut pelbagai kaedah serta pattern penghantaran yang menyerupai ayat sebenar.
p/s: perlu diingat bahawa kod Morse adalah kod bunyi. sebarang cara untuk mengingati kod secara Visual Mnemonic adalah cara yang salah sama sekali, kecuali dengan cara Syllabic Mnemonics. setakat ini masih tiada dokumen tentang Syllabic Mnemonics kod morse yang sesuai dalam bahasa Melayu, kecuali dalam bahasa Inggeris. sila rujuk http://en.wikipedia.org/wi
Sesungguhnya tiada satupun kaedah yang boleh menjanjikan penguasaan anda dalam Kod Morse jika anda sendiri tidak berusaha. Latarbelakang seseorang adalah berbeza dari segi IQ, jantina, umur, pendidikan, pekerjaan, bakat, kesungguhan dan lain-lain. Anda harus mencuba pelbagai kaedah dan bereksperimentasi dengannya supaya anda temui teknik yang paling sesuai bagi diri anda.
"Practice makes perfect"
"Alah bisa tegal biasa"
Selamat mencuba.
de 9m2PJU
Tuesday, May 17, 2011
KURSUS INDUKSI RADIO AMATUR PENGAKAP KELANA KOMMUNIKASI MELAKA (17.5.2011)
Pada 17.5.2011, MESRAC ( Melaka Scout Radio Amateur Crew) bersama2 JASRA telah berjaya mengadakan Kursus Induksi Radio Amatur, Interface dan eQSO, di Kem Pebgakap Melaka. Ianya berjalan dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, yang di rasmikan olih Yg Bhg Datuk Kadir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, merangkap Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia. Lebihkurang 30 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut.
IOTA PULAU NATUNA 0C 106
"IOTA DXpedisi Pulau Natuna Island OC 106", 19 Mei - 23 Mei 2011 . QSL INFO. PO BOX 47 IS 29422. Menjemput Rekan2 amatur untuk Turut serta.
Data Band :
No Band Power
1. 80 m 100 w
2. 40 m 100 w
3. 20 m 100 w
4. 15 m 100 w
Untuk frekwensi silakan scan. Waktu menyesuai setelah siapsedia. Mode by Phone and continous wave ( CW ). dari YE5UI ( Team Expedittion ORDA KEPRI )
Data Band :
No Band Power
1. 80 m 100 w
2. 40 m 100 w
3. 20 m 100 w
4. 15 m 100 w
Untuk frekwensi silakan scan. Waktu menyesuai setelah siapsedia. Mode by Phone and continous wave ( CW ). dari YE5UI ( Team Expedittion ORDA KEPRI )
Monday, May 16, 2011
2011 CQ WORLDWIDE WPX CONTEST
And CW : May 28-29th , 2011
Start : 0000 GMT Saturday End : 2359 Sunday.
Sunday, May 15, 2011
KURSUS INDUKSI RADIO AMATUR, INTERFACE & eQSO
PENSIJILAN RADAS SIRIM
SIRIM TELAH MEMBUKA KAUNTER BAGI PENSIJILAN RADAS ( PERALATAN RADIO AMATUR) SEMASA HAMFEST MALAYSIA 2011, DENGAN HARGA TAWARAN RM 253.00 BAGI TIGA PERALATAN. HARGA BIASA ADALAH RM 485.00 SETIAP PERALATAN. MENGIKUT AKTA, MEMILIKI RADAS YANG TIDAK MENDAPAT PENSIJILAN SIRIM ADALAH SATU KESALAHAN, YANG BOLEH DIDENDA RM 100,000.00 ATAU 6 BULAN PENJARA ATAU KE DUA2NYA SEKALI. JASRA AKAN MENGANJURKAN SATU MAJLIS PENSIJILAN BERSAMA2 SIRIM DIDALAM MASA TERDEKAT, BAGI MEMUDAHKAN AHLI2 MENDAPATKAN PENGESAHAN PENSIJILAN TERSEBUT.
EYEBALL BERSAMA RAKAN2 MERACC (15.5.2011)
SEMASA DIDALAM PERJALANAN UNTUK PULANG KE JOHOR BAHRU DARIPADA ACARA HAMFEST, SATU PERTEMUAN (EYEBALL) TELAH DI ADAKAN BERSAMA2 RAKAN2 MERACC, DI MALIMJAYA, MELAKA. KONVOI JASRA TERDIRI DARIPADA 9W2 HOZ, 9W2SGT, 9W2OXY, 9W2AYX, 9W2 MCE, 9W2YOY, YF5TH DAN YF5XYL, TELAH DI PUKAT OLEH 9W2YJM SEMASA DI LEBUHRAYA. EYEBALL MENJADI MERIAH YANG TURUT DI HADIRI OLIH RAKAN2 MERACC, YANG KEBETULAN BARU SELESAI BERMESYUARAT. TURUT HADIR PRESIDEN MERACC, 9W2CRO, SU MERACC 9M2TR, 9W2KKD DAN RAKAN2 MERACC YANG LAIN. EYEBALL DIADAKAN DI RESTORAN ROTI JOHN SPESIAL, YANG SUNGGUH MENYELERAKAN. TERIMA KASIH KEPADA RAKAN2 MERACC YANG SUDI MELUANGKAN MASA BAGI EYEBALL TERSEBUT.
HAMFEST MALAYSIA 2011
HAMFEST MALAYSIA TELAH DIADAKAN PADA 14 -15 MEI 2011, BERTEMPAT DI MENARA KUALA LUMPUR, BUKIT NANAS, KUALA LUMPUR. JASRA TELAH MENGADAKAN PAMERAN " e QSO ". PELBAGAI AGENSI DAN PERSATUAN TURUT SERTA DIDALAM AKTIVI PAMERAN, DIANTARANYA JABATAN PERTAHANAN AWAM, POLIS DIRAJA MALAYSIA (UNIT KOMMUNIKASI PGA), JABATAN PENDIDIKAN, SIRIM, RAKAN COP, PERSATUAN BULAN SABIT MERAH, PEMANCAR, ASTRA. MARES. KOOPERASI KRAMAT, DAN LAIN2 LAGI. TERDAPAT JUGA AKTIVITI FLEA MARKET DIJALANKAN DENGAN JUALAN PELBAGAI PERALATAN RADIO AMATUR.
" SELAMAT HARI GURU "
Wednesday, May 11, 2011
RALAT : TAPAK PERKEHMAHAN HAMFEST MALAYSIA 2011
Tuesday, May 10, 2011
T SHIRT JASRA
HARGA ISTEMEWA UTK HAMFEST MALAYSIA 2011 SAHAJA : (a) BIRU MUDA : RM 35.00 / SEHELAI SEMASA HAMFEST MALAYSIA 2011, SELEPAS TU RM 40.00 SEHELAI (B) BIRU TUA DAN KUNING : RM 30.00 / SEHELAI SEMASA HAMFEST 2011, RM 35.00/ SE3HELAI, SELEPAS HAMFEST..JGN LAMBAT, STOK TERHAD..TEMPAHAN HANYA MELALUI SMS DAN DI TAPAK HAMFEST MALAYSIA 2011...de 9W2HOZ (0197770435).
Sunday, May 8, 2011
ATURCARA HAMFEST MALAYSIA 2011
Jadual Acara
14 MAY 2011 (SABTU)
Tempat : Megaview 1 (TH03), MENARA KUALA LUMPUR
10:00 am : Taklimat dari MCMC
11:00 am : Taklimat oleh Dato' Bahari Taib, Presiden ASTRA
12:00 pm : Pembentangan oleh Pn. Hjh. Fauziah Fadzil, Head CMCS QAS SIRIM
1.00 pm : Pembentangan Teknologi HF oleh En. Wan Zulkifli
3:00 pm : Majlis Perasmian Hamfest 2011
4:00 pm : Pengurusan Bencana Dan Sukarelawan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia
5:00 pm : Taklimat Amateur Radio in School (ARiS) oleh Hussairy Sidek
6:00 pm : Sharing Session with Amateur Radio
8:00 pm : Kelas CW oleh Cikgu Rahman (9M2AR)
9:00 pm : Mega eyeball bersama veteran radio amatur dan tetamu dari ORARI
Tempat : Megaview 2 (TH03)
9:00 am - 5 pm : RAE CLASS
QSO Session
Tempat : Megaview 3 (TH03)
10:00 am : Hamfest Net 40 meter - 7.043Mhz (9M2YRS)
2:00 pm : Hamfest Net 2 meter - 145.675Mhz / Astra Transnasional (9W2LST)
4:00 pm : Hamfest Net 10 meter - 28.490Mhz
8:00 pm : Hamfest Net 20 meter - 14.150Mhz
15 MAY 2011 (AHAD)
Tempat : Tapak Pameran
12:00 pm : Aktiviti Fox Hunting
2:00 pm : Aktiviti DXing
Aktiviti berterusan sepanjang dua hari festival:
- Pameran taktikal oleh JPAM, PDRM, ATM, BSMM, DBKL dan lain-lain
- Pameran Dan Jualan Peralatan Radio
- Pameran Aktiviti Persatuan Radio Amatur
- Flea-Market
- Gerai Jualan Makanan
*Semua aktiviti tertakluk kepada perubahan saat akhir oleh pihak penganjur. Tetamu dinasihatkan mendapatkan info terkini di laman web ini.
Saturday, May 7, 2011
KAYUHAN OZ1AA KE JOHOR BAHRU (6.5.2011)
KAYUHAN SOLO, OZ1AA, THOMAS ANDERSEN, RAKAN HAM DARI DENMARK, DALAM PERJALANAN KE SYDNEY, AUSTRALIA, TELAH SAMPAI KE BANDARAYA JOHOR BAHRU PADA JAM 4.30 PETANG. KAYUHAN DARI BATU PAHAT KE JOHOR BAHRU MENGAMBIL MASA SELAMA 4JAM 30 MIN BAGI JARAK KAYUHAN 150 KM, MELALUI RENGIT, BENUT, PONTIAN, PEKAN NENAS, SKUDAI DAN TERUS KE KOMPLEK BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR DI LARKIN. BELIAU JUGA DI IRINGI OLIH DUA ORANG PENGAYUH DARIPADA PULAU PINANG, YANG JUGA AKAN KEMBALI MENGAYUH SEMULA KEMBALI KPULAU PINANG (JARAK KAYUHAN 750 KM). SEHINGGA KINI, THOMAS TELAH MENGAYUH SEJAUH 10,500 KM, DALAM TEMPOH PERJALANAN SELAMA 214 HARI SEJAK DARIPADA HARI PERMULAAN DARI COPENHAGEN, DENMARK. BELIAU AKAN KE SINGAPURA, BATAM, KUALA TUNGKAL (SUMATERA), JAMBI, LAMPUNG, JAKARTA (JAWA), BALI, DARWIN (AUSTRALIA) DAN BERAKHIR DI SYDNEY DALAM JANGKAAN MASA 5 BULAN. PERANCANGAN KEDUANYA ADALAH UNTUK MENJELAJAHI KE BENUA AMERIKA SELATAN DAN AMERIKA UTARA SEBELUM PULANG KE DENMARK. SEMUGA BELIAU SELAMAT DALAM PERJALANAN DAN MENCAPAI MISINYA DENGAN SELAMAT.
Friday, May 6, 2011
" SELAMAT HARI IBU "
" SELAMAT HARI IBU
EYEBALL BERSAMA OZ1AA @ JOHOR BAHRU ( 6.5.2011 )
PADA 6.5.2011, SATU PERTEMUAN EYEBALL TELAH DI ADAKAN BERSAMA OZ1AA, THOMAS ANDERSEN DENGAN RAKAN2 HAM DI RESTORAN ANJUNG WARISAN, JOHOR BAHRU. TURUT HADIR ADALAH 9W2HOZ ,9W2LCM, 9W2EKP, 9W2RFS, 9W2OXY, 9W2GMI, 9W2RSA, 9W2LBY, 9W2PHM, DAN 9W2IAA. THOMAS TELAH DI PERKENALKAN DENGAN KUEY TEOUW KUNGFU DAN NASI AYAM GORENG KUNYIT.
Thursday, May 5, 2011
EYEBALL BERSAMA DJ8XW (4.5.2011)
SATU PERTEMUAN TELAH DIADAKAN DI RESTORAN ANJUNG WARISAN, JOHOR BAHRU, BAGI MENYAMBUT KEDATANGAN DJ8XW, PETER JENUS, DARI MUNICH GERMANY, YANG JUGA MEMEGANG CO-SIGN 9M8XXW. TURUT HADIR BERSAMA ADALAH PENASIHAT JASRA 9M2NP, PRESIDEN JASRA 9W2HOZ DAN SETIAUSAHA PROJEK JASRA 9W2OXY. MAJLIS DILANJUTKAN KE BANDAR BARU UDA BAGI TUJUAN MAKAN DURIAN, YANG AMAT DI SUKAINYA. BELIAU, YANG BERKAHWIN DENGAN WARGA SINGAPURA ADALAH TIDAK ASING DENGAN RAKAN2 HAM DI MALAYSIA DAN RANTAU ASIA