Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SAYA SEKELUARGA MENGUCAPKAN " SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU - 2011 ", DENGAN PENUH KEAZAMAN DAN KEJAYAAN.


Wednesday, December 22, 2010

Ekpedisi Trans Borneo 2011

HARAP MAKLUM BAHAWA TARIKH EKPEDISI HAM TRANS BORNEO 2011 (KUCHING - BRUNEI - KOTA KINABALU - KUCHING) TELAH DI PINDA KEPADA 11 MAC 2011 - 20 MAC 2011. SILA DAFTAR DENGAN 9W2HOZ @ 019 7770435 JIKA BERMINAT.

Tuesday, December 21, 2010

ATURCARA KONVOI LAWATAN KE HAM THAILAND 2010

PROGRAM KONVOI LAWATAN KE HAM THAILAND (JB-HATYAI).

26.12.2010 ( AHAD)
JAM 0730 - BERKUMPUL DI PETRONAS TOL SKUDAI
1000 - HENTIAN AYER KEROH
1300 - HENTIAN RAWANG
1600 - DWJ HOTEL, IPOH
2000 - MAKAN MLM BERSAMA RAKAN HAM PERAK (PART)

27.12.2010 ( ISNIN )
JAM 0800 - BERTOLAK KE HATYAI.
BERMALAM (2 MLM)
PERJUMPAAN DENGAN HAM SELATAN THAILAND.

29.12.2010 ( RABU )
JAM 0800 - BERTOLAK KE KUALA PERLIS.
BERMALAM DI LANGKAWI (2 MLM)
PERJUMPAAN DENGAN HAM TEMPATAN - UTARA MALAYSIA

31.12.2010 (JUMAAT)
JAM 0800 - BERTOLAK BALIK KE JB.

JASRA / MARES DXING JOHOR 2010

PROGRAM DXING ANJURAN JASRA & MARES AKAN DIADAKAN PADA 23 HB DIS 2010 HINGGA 25 DIS 2010 DI MELISSA CHALET, KG SEPANG, BATU LAYAR, DESARU.JOHOR.
PESERTA DARI CHINA, INDONESIA DAN SINGAPURA TURUT SERTA.
KEHADIRAN BERAMAI2 ADALAH DI HARGAI.

Monday, November 15, 2010

SEA NET 2010


SEA NET 2010

SERAMAI 4 ORANG WAKIL JASRA TELAH MENGHADIRI KONVENSYEN SEANET 2010 DI SHANGHAI, CHINA PADA 5-11 HB NOVEMBER 2010.KONTIGEN MALAYSIA DI SERTAI OLEH SERAMAI 29 PESERTA, YANG TERDIRI DARIPADA AHLI MARES, JASRA, HAM PULAU PINANG, HAM SABAH DAN HAM SARAWAK. PENASIHAT JASRA, DR KN SINGH, ADALAH MERUPAKAN PESERTA YANG PIONEER DIDALAM ACARA SEA NET. IANYA BERMULA DI PULAU PINANG PADA TAHUN 1973, DAN MENJADI ACARA TAHUNAN BAGI PERJUMPAAN DIKALANGAN AHLI HAM SELURUH DUNIA. PESERTA SEANET 2010, TERDIRI DARIPADA AHLI HAM AMERIKA SYARIKAT, SERBIA, BRUNEI, CHINA, KOREA, JEPUN, GERMANY, AUSTRALIA, MALAYSIA, SINGAPURA, DAN THAILAND. PROGRAM LAWATAN KE MENARA KOMUNIKASI SHANGHAI, KOTA SHANGHAI LAMA, NIGHT BOAT CRUISE, MUSEUM, NANJING ROAD - KAWASAN PUSAT MEMBELI BELAH, DLL TELAH MENJADIKAN ACARA SEANET INI MENARIK. BEBERAPA KERTAS KERJA PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN PENGALAMAN JUGA TELAH DIBENTANGKAN DIDALAM KONVENSYEN INI. BRUNEI AKAN MENJADI TUAN RUMAH PADA TAHUN 2011, DAN KUALA LUMPUR PADA TAHUN 2012.

Sunday, November 14, 2010

Sessi Eyeball bersama HAM Singapura






Pada 13hb Okt. 2010, seramai 8 orang ahli JASRA telah menghadiri sessi Eyeball bersama HAM Singapura di Harbour View, Singapura. Rombongan telah di sambut oleh Timbalan Presiden SARTS dan ahli-ahli SARTS.

Saturday, November 13, 2010

SEMINAR RACIM EMCOM 2010

ITU UUM ASIA PACIFIC CENTRE OF EXCELLENCE FOR RURAL ICT DEVELOPMENT WILL BE HOLDING A SEMINAR ON EMERGENCY COMMUNICATION IN DIASATER MANAGEMENT AMONG THE RADIO AMATEUR COMMUNITY IN MALAYSIA 2010 ON 10TH - 12TH DECEMBER 2010 @ UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK, KEDAH. FOR FURTHER INFORMATION, CALL NOORIZUANA ABDUL HAMID , 04-9284751. EMEL: noorizuana@uum.edu.my

Thursday, October 28, 2010

EMERGENCY & DIASASTER COMMUNICATION

AN EMERGENCY & DIASASTER COMMUNICATION COURSE WILL BE HELD BY JASRA & MARES ON 25TH DECEMBER 2010 @ BATU LAYAR, DESARU. THE COURSE WILL BE CONDUCTED BY MARES OFFICALLS.

KURSUS KOMUNIKASI KECEMASAN DAN BENCANA AKAN DIADAKAN OLEH JASRA DAN MARES PADA 25 HB DISEMBER 2010 DI BATU LAYAR, DESARU. KURSUS AKAN DI JALANKAN OLEH PEGAWAI DARI MARES

TSUNAMI & MERAPI VOLCANIC TRAGEDY

We would like to extend our deepest condolence to our friendly neighbour
Indonesia for the lost of lifes in the tsunami and merapi volcanic tragedy. Lets pray that the victim's family stay strong and pull it through

Saturday, October 16, 2010

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI PDF Print E-mail

makkah0017
                                                                SAYA SEKELUARGA

Mengucapkan

SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI

Kepada
Warga Malaysia
Yang telah dan akan berangkat
Menunaikan Fardu Haji Musim 1431 H

Semoga beroleh Haji Mabrur. Amin.

“Haji mabrur itu, tidak ada balasan baginya melainkan Syurga"
- Hadis riwayat At-Tabrani -

AKTIVITI PEMASANGAN HF ANTENNA

AKTIVITI PEMASANGAN ANTENNA HF DI KENDERAAN AKAN DI ADAKAN PADA 19 HB OKT. 2010 DI JPAM, BANDAR BARU UDA. SESIAPA BERMINAT UNTUK MENYERTAI SILA HUBUNGI 9M2NP / PAK THANGO @ 0167980050

Tuesday, October 12, 2010

SEA NET 2010


Sea Net 2010 akan di adakan di Olympic Hotel, Shanghai, China pada 5-9 hb November 2010. Sesiapa berminat untuk turut serta boleh menghubungi Biro Antarabangsa JASRA....9W2HOZ @ 019 7770435 @ 9w2hoz@gmail.com

 

http://seanet.cc/seanet_2010.htm 

Monday, October 4, 2010

JASRA LINKING - BANDARAYA JOHOR BAHRU

FREKUENSI LINKING JASRA DALAM UJIAN --- BANDARAYA JOHOR BAHRU, 146.650 ; +0.6: 127.3...

Sunday, October 3, 2010

MEGAEYEBALL AIDILFITRI 2010 @ DangaBay Beach Club, Johor Bahru

Pada 3 hb Oktober 2010, acara MegaEyeball Aidilfitri 2010, telah berjalan dengan lancar di DangaBay Beach Club, Johor Bahru, yang telah di rasmikan oleh YB Dato' Seri Utama Shahrir Abd. Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru. Peserta terdiri daripada rakan-rakan HAM Negeri Johor ( Jasra / Astra Johor / KRKPJB / KPFM ), Kuala Lumpur ( MARTS / MARES ), Negeri Selangor ( Pradas / Pert ), Melaka ( Astra Melaka / Perakam / Meracc ), Negeri Sembilan ( Nesrac ), Republik Indonesia ( ORARI Tg Balai, Karimun / Batam / Tg Pinang / Dabuk Sikap ), England (London), Canada dan Finland. Majlis dimulakan dengan sessi dialog dan taklimat oleh SKMM pada jam 3.30 petang dan jamuan pada jam 4.30 petang. VVIP tiba di lokasi acara pada jam 5.30 petang dan beredar pada jam 7.00 mlm. Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk acara untuk kanak2, cabutan bertuah dan pertukaran cenderahati. Insya-allah, tahun hadapan (2011), Melaka akan menjadi tuan rumah MEGAEYEBALL AIDILFITRI, dan tahun selepas itu(2012) Negeri Sembilan. Semuga program ini dapat merapatkan siraturahmi dikalangan rakan HAM.










Saturday, September 25, 2010

Perjumpaan Dengan Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia

 Pada 24hb Sept 2010, seramai 4 orang AJK JASRA telah berjumpa dengan YB Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Muar, di Parit Kurma, Muar. Perjumpaan di ketuai oleh 9W2HOZ, dan disertai oleh 9W2EKP, 9W2RFS dan 9W2AYX. Selepas itu, AJK JASRA juga sempat berjumpa YB Datuk Abdullah, ADUN Bukit Naning di Pejabatnya dan menghadiri Rumah Terbuka... PKMMNJ Daerah Ledang dan KPFM di Felda Medoi, Segamat.







 

Saturday, September 18, 2010

Jalinan Mesra Aidil Fitri Ke Karimun dan Kepulauan Riau, Indonesia

Pada 16 Sept. 2010, Lima orang wakil JASRA, iaitu 9W2HOZ, 9W2JOH, 9W2PKP, 9W2LBY dan 9W2PHM telah berangkat menuju ke Tg Balai, Karimun daripada Pelabuhan Kukup menaiki Feri jam 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa 1jam 15 minit.

Rombongan telah di sambut oleh rakan-rakan ORARI Karimun dan terus menuju ke rumah Pak Tahir YF5THR, dan di jamu dengan laksa sagu, dan kueh mueh. Kami juga di bawa ke Rumah Long dan Rumah Kelab Orari Tg Balai Karimun

Pada jam 12.30 WIB, kami berangkat ke Batam. Perjalanan mengambil tempohmasa 1 jam, degan menaiki feri dari Tg Balai ke Pelabuhan Sekupang, Batam. Kami terus berjumpa rakan-rakan ORARI Batam. Bermalam di Hotel Farmosa, Batam. Sempat menjamu selera dengan Sate Padang (Kambing), bersebelahan Hotel Nagoya Plaza.


Pada ke esokannya kami ke Tg Pinang, melalui Pelabuhan Telaga Punggor Batam, dengan menaiki Speed bot. Perjalanan lebihkurang 45 minit. Speedboat 400 kuasa kuda menjadi pilihan untuk mencoba, walaupun ada perkhidmatan Feri. Setiba kami di Tg Pinang, kami terus menjamu selera dengan sop ikan merah di Restoran Aulia, Bt 2. Setelah itu, kami berjumpa dengan rakan-rakan ORARI Tg Pinang di Rumah kelab, Di Bukit Cermin. Kedudukanya agak di atas bukit, menjadi ianya sangat sesuai dan mempunyai pemandangan yang menarik. Tg Pinang telah lama kemarau tetapi dilanda ribut pada waktu kami hendak pulang ke Johor, dan perjalanan terpaksa di tunda pada ke esokan hari dan bermalam di Hotel Plaza. Sempat ke Pasar di Pelanta Lama, Tg Pinang, membeli hasil laut.Pada sebelah malam, kami bersantai di tepian laut, mencuba bandrek, sate kambeng dan gorengan.

Lawatan berakhir setelah kami berangkat meninggalkan pelabuhan Tg Pinang dengan menaiki Feri pertama ke Pelabuhan Stulang, Johor Bahru. Di samping ziarah Aidil Fitri serta merapatkan siratulrahim dengan Orari Tg Balai, Batam dan Tg Pinang, kami juga turut mengundang ahli-ahli Orari untuk menghadiri MegaEyeball Aidil Fitri yang akan diadakan pada 3 hb Oktober 2010 di Danga Bay Beach Club, Johor Bahru.

Thursday, September 2, 2010

SALAM AIDIL FITRI

SAYA MENYUSUN SEPULOH JARI MEMOHON KEMAAFAN DAN KEAMPUNAN DIATAS SEGALA KESILAPAN. MAAF ZAHIR DAN BATIN. SELAMAT HARI RAYA.

Bless You With Happiness & Peace...Send this eCard !

TAKBIR HARI RAYA - SALAM AIDIL FITRI

Program Kembara Amal Ramadhan 2010 (Siri 3) 31/8/2010

1) DAERAH JOHOR BAHRU - JLN DATIN HALIMAH, KG MELAYU MAJIDEE,
PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN, JLN DENAI 1, KEMPAS,
(2) DAERAH PULAI - PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KG BAKAR BATU, SUNGAI DANGA,
(3) DAERAH GELANG PATAH - PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KG SIMPANG ARANG, GELANG PATAH,
(4) DAERAH SKUDAI - MASJID BT 10, SKUDAI
(5) DAERAH KOTA TINGGI - PUSAT TAHFIZ KG KELANTAN, KOTA TINGGI