Saturday, September 18, 2010

Jalinan Mesra Aidil Fitri Ke Karimun dan Kepulauan Riau, Indonesia

Pada 16 Sept. 2010, Lima orang wakil JASRA, iaitu 9W2HOZ, 9W2JOH, 9W2PKP, 9W2LBY dan 9W2PHM telah berangkat menuju ke Tg Balai, Karimun daripada Pelabuhan Kukup menaiki Feri jam 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa 1jam 15 minit.

Rombongan telah di sambut oleh rakan-rakan ORARI Karimun dan terus menuju ke rumah Pak Tahir YF5THR, dan di jamu dengan laksa sagu, dan kueh mueh. Kami juga di bawa ke Rumah Long dan Rumah Kelab Orari Tg Balai Karimun

Pada jam 12.30 WIB, kami berangkat ke Batam. Perjalanan mengambil tempohmasa 1 jam, degan menaiki feri dari Tg Balai ke Pelabuhan Sekupang, Batam. Kami terus berjumpa rakan-rakan ORARI Batam. Bermalam di Hotel Farmosa, Batam. Sempat menjamu selera dengan Sate Padang (Kambing), bersebelahan Hotel Nagoya Plaza.


Pada ke esokannya kami ke Tg Pinang, melalui Pelabuhan Telaga Punggor Batam, dengan menaiki Speed bot. Perjalanan lebihkurang 45 minit. Speedboat 400 kuasa kuda menjadi pilihan untuk mencoba, walaupun ada perkhidmatan Feri. Setiba kami di Tg Pinang, kami terus menjamu selera dengan sop ikan merah di Restoran Aulia, Bt 2. Setelah itu, kami berjumpa dengan rakan-rakan ORARI Tg Pinang di Rumah kelab, Di Bukit Cermin. Kedudukanya agak di atas bukit, menjadi ianya sangat sesuai dan mempunyai pemandangan yang menarik. Tg Pinang telah lama kemarau tetapi dilanda ribut pada waktu kami hendak pulang ke Johor, dan perjalanan terpaksa di tunda pada ke esokan hari dan bermalam di Hotel Plaza. Sempat ke Pasar di Pelanta Lama, Tg Pinang, membeli hasil laut.Pada sebelah malam, kami bersantai di tepian laut, mencuba bandrek, sate kambeng dan gorengan.

Lawatan berakhir setelah kami berangkat meninggalkan pelabuhan Tg Pinang dengan menaiki Feri pertama ke Pelabuhan Stulang, Johor Bahru. Di samping ziarah Aidil Fitri serta merapatkan siratulrahim dengan Orari Tg Balai, Batam dan Tg Pinang, kami juga turut mengundang ahli-ahli Orari untuk menghadiri MegaEyeball Aidil Fitri yang akan diadakan pada 3 hb Oktober 2010 di Danga Bay Beach Club, Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment