Sunday, October 3, 2010

MEGAEYEBALL AIDILFITRI 2010 @ DangaBay Beach Club, Johor Bahru

Pada 3 hb Oktober 2010, acara MegaEyeball Aidilfitri 2010, telah berjalan dengan lancar di DangaBay Beach Club, Johor Bahru, yang telah di rasmikan oleh YB Dato' Seri Utama Shahrir Abd. Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru. Peserta terdiri daripada rakan-rakan HAM Negeri Johor ( Jasra / Astra Johor / KRKPJB / KPFM ), Kuala Lumpur ( MARTS / MARES ), Negeri Selangor ( Pradas / Pert ), Melaka ( Astra Melaka / Perakam / Meracc ), Negeri Sembilan ( Nesrac ), Republik Indonesia ( ORARI Tg Balai, Karimun / Batam / Tg Pinang / Dabuk Sikap ), England (London), Canada dan Finland. Majlis dimulakan dengan sessi dialog dan taklimat oleh SKMM pada jam 3.30 petang dan jamuan pada jam 4.30 petang. VVIP tiba di lokasi acara pada jam 5.30 petang dan beredar pada jam 7.00 mlm. Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk acara untuk kanak2, cabutan bertuah dan pertukaran cenderahati. Insya-allah, tahun hadapan (2011), Melaka akan menjadi tuan rumah MEGAEYEBALL AIDILFITRI, dan tahun selepas itu(2012) Negeri Sembilan. Semuga program ini dapat merapatkan siraturahmi dikalangan rakan HAM.










No comments:

Post a Comment