Wednesday, April 12, 2017

Taklimat projek lebuhraya

SESI TAKLIMAT PELUANG-PELUANG PAKEJ KERJA BAGI PROJEK-PROJEK LEBUHRAYA DI BAWAH SELIAAN LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA DI BAWAH INISIATIF ‘CARVE-OUT & COMPETE’      

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.              Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Peneraju Agenda Bumiputera Jabatan Perdana Menteri (TERAJU) ingin menjemput pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menghadiri sesi taklimat peluang-peluang pakej kerja bagi projek-projek lebuhraya di bawah seliaan Lembaga Lebuh Raya Malaysia di bawah inisiatif program Carve-Out & Compete, TERAJU bersempena Majlis Pelancaran ‘Memacu Agenda Bumiputera 2017’ yang akan diadakan pada 18 dan 19 April 2017 di Hall 1 & 2, Aras 1, Pusat Konvensyen  Kuala Lumpur.

3.              Sesi taklimat yang akan diadakan bertujuan untuk memastikan syarikat-syarikat Bumiputera mendapat pendedahan awal dan penerangan terperinci mengenai projek-projek lebuhraya yang sedang dan akan dilaksanakan di samping mendapat maklumat mengenai kriteria kelayakan mengikut saiz pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat.

4.              Sehubungan itu, pihak TERAJU dengan segala hormatnya ingin menjemput YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan untuk menghadiri sesi di atas seperti di ketetapan berikut :

TARIKH                        :           19 APRIL 2017 (RABU)
MASA                          :           8.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT                      :           ARAS 3, BANQUET HALL, PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR.

NAMA PROJEK           :           1.         SETIAWANGSA – PANTAI EXPRESSWAY (SPE)
2.         WEST COAST EXPRESSWAY (TAIPING BANTING)(WCE)
3.         EAST KLANG VALLEY EXPRESSWAY (EKVE)
4.         DAMANSARA SHAH ALAM ELEVATED EXPRESSWAY (DASH)
5.         LEBUHRAYA SUNGEI BESI- ULU KLANG ELEVATED EXPRESSWAY (SUKE)
6.         MAJU EKSPRESS HIGHWAY 2 (MEX 2)

Sila rujuk Agenda di Lampiran B

5.              Adalah diharapkan pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dapat menghadirkan diri ke sesi berkenaan dan pihak kami memohon mengesahkan kehadiran dengan mengembalikan borang pengesahan kehadiran seperti di Lampiran C melalui email atau click RSVP sebelum atau pada hari Selasa, 11 April 2017.

6.         Sekiranya pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Wan Sazriz Wan Zaid (No Tel: 03-7839 8091/ E-mel: sazriz@teraju.gov.my) atau Puan Farisyah Fahmi Ibrahim (No Tel: 03-7839 8069/ E-mel: farisyah@teraju.gov.my). Kerjasama daripada YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment