Monday, January 4, 2016

Mesyuarat Permasaalahan Tapak perlupusan Seelong

MAKLUMAN: Persetujuan telah di capai didalam Mesyuarat Permasaalahan Tapak Perlupusan Seelong, pada hari ini, 4/1/2016, yang telah di pengerusikan oleh #YBDatukA.LatifBandi# EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, bahawa (1) Semua kenderaan Kompaktor Kontraktor HENDAKLAH MEMUNGGAH sampah di TTS Seelong dan TIDAK PERLU naik ke tapak perlupusan di kawasan atas (2) Sekiranya berlaku permasaalahan di tapak PS Seelong, Perkon Johor akan memaklumkan kepada SWCorp Negeri Johor, yang akan mengadakan PIT STOP PENYELESAIAN MASAALAH ( mengikut keperluan ). bersama-sama SWM. Ahli2 PERKON JOHOR, yang menghadapi masaalah di PS Seelong, sila hubungi SU atau SUK. (3) Jika berlaku kerosakan terhadap kenderaan yang di sebabkan oleh jentera SWM di dalam kawasan PS Seelong, pihak terbabit hendaklah melaporkan kepada pengurusan PS Seelong pada ketika kejadian, yang akan mengambil gambar dan membuat / anggaran pembaikan. Pastikan ianya mempunyai pengesahan secara bertulis sebelum kenderaan terbabit keluar dari kawasan PS Seelong. Terima kasih kepada #YABMenteriBesarJohor#, #YBDatukALatifBandi#, #KerajaanNegeriJohor#, #SWCorp#, #JPSPN#, #SWM# dll pihak yang terlibat didalam menyelesaikan masaalah di Tapak Pelupusan Sampah Seelong........SU Perkon Johor (4/1/16)

No comments:

Post a Comment