Friday, November 14, 2014

EKSPEDISI 4X4 MONSOON TRAIL 2014


EKSPEDISI 4X4 'MONSOON TRAIL' @ LALUAN MONSUN adalah Misi Bantuan Kemanusiaan kepada masyarakat ORANG ASLI di petempatan antara PALING PEDALAMAN SEMENANJUNG MALAYSIA di waktu musim tengkujuh/monsun (November hingga Januari) di mana pada ketika ini bekalan makanan amat sukar diperolehi. Peniaga runcit bergerak tidak masuk lagi ke pedalaman di musim ini kerana keadaan jalan/laluan hutan menjadi terlalu teruk 'hardcore' di sana. Justeru, pihak penganjur akan membawa barang sumbangan untuk meringankan beban golongan sasaran ini.

Selain itu program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat luar terutama dari badan kerajaan, swasta, NGO untuk menyelami sendiri kehidupan Orang Asli dan menyumbangkan segala budi dan bakti untuk dikongsi bersama masyarakat Orang Asli sebagai satu tanggungjawab sosial.

MONSOON TRAIL adalah 'trademark' program Yayasan Al-Khalifah yang telah digunakan sejak 2008 sebagai PROGRAM PENUTUP bagi melengkapi puluhan aktiviti 4X4 yayasan sepanjang tahun.

ANJURAN:YAYASAN AL-KHALIFAH

ROUTE: GUA MUSANG-KUALA BETIS-POS HAU-POS BALAR-POS BELATIM-POS BIHAI- KUALA BETIS- GUA MUSANG di negeri KELANTAN DARUL NAIM (180 KM)
======================

SYARIKAT, NGO,KELAB 4X4 DAN INDIVIDU YANG BERMINAT UNTUK MENYUMBANG 'DANA ATAU MATERIAL' BOLEH HUBUNGI @ PM PENYELARAS PROGRAM (AZHAR) DI WHATSAPP/TELEGRAM: 011-11317842.

Dana bantuan boleh disalurkan:

i.MAYBANK Yayasan Al-Khalifah (OFFICIAL)
Nama Akaun : AL-KHALIFAH FOUNDATION
No Akaun : 5640 1611 8396

ii.CIMB Pengarah Program 'Monsoon Trail 2014'
Nama Akaun : NOR AZHAR B MOHAMED
No Akaun :7041 596 005

NOTA PENTING: Setiap transaksi berbentuk atm resit/sms/email hendaklah dimaklumkan ke (yayasanalkhalifah@gmail.com) dan whatsapp 011-11317842 atas nama 'MISI KEMANUSIAAN MONSOON TRAIL 2014' untuk makluman penganjur.

**(Jika memerlukan resit pengecualian cukai, sumbangan tunai atau cek ke no. akaun MAYBANK (OFFICIAL) YAYASAN AL-KHALIFAH (resit akan dikeluarkan jika dimohon oleh pihak penyumbang))

************************

SYARAT PENYERTAAN KENDERAAN 4X4 :

1)Misi ini adalah misi bantuan kemanusiaan jadi tiada peruntukan diberikan pada kenderaan yang menyertai. Ikhlaskan hati dalam membantu golongan sasaran.
2) Syarat tayar adalah 'MT dan ke atas'. Tayar biasa (AT/HT) tidak boleh menyertai kerana keadaan jalan berisiko bila keadaan cuaca hujan. Paling digalakkan adalah tayar 'LIPAN' atau persediaan 'RANTAI' tayar.
3) Peserta perlulah berpakaian sopan 'menutup aurat' yang menujukkan nilai seorang 'Muslim' sebagai usaha 'dakwah Bil Hal' pada golongan sasaran (Nota: Perihal ini perlu diambil berat peserta. Pihak penganjur boleh melarang mana-mana penyertaan yang tidak mengikut etika berpakaian tersebut)
4) 'Camp site' yang dibuka hendaklah dibawah pengawalan penganjur untuk kelancaran program bersama.
5) Peserta digalakkan turut serta aktiviti yang dirancang untuk menimba pengalaman baru di perkampungan Orang Asli Pedalaman.
6) Kesediaan untuk memberi perkhidmatan jika kenderaan ada kekosongan (membawa barang sumbangan atau sukarelawan)
7) Setiap kenderaan adalah digalakkan membawa 'makanan simpanan' sendiri bagi persediaan segala 'emergency case' seperti tersangkut dalam hutan dan lain-lain disebabkan faktor cuaca atau faktor teknikal kenderaan.

SYARAT PENYERTAAN SUKARELAWAN:
1)Memikirkan dan melaksanakan aktiviti yang menarik perhatian Orang Asli untuk turut bersama. Rujuk pada 'Person In Charge'
2) Sentiasa bersedia untuk menerima arahan dalam melaksanakan tugasan dalam program seperti bantuan masak dan modul kepada masyarakat Orang Asli.
3) Jangan berasa malu untuk bergaul dengan Orang Asli.
4) Sentiasa bekerjasama akan program yang bakal dilaksanakan.

************************
"Merentas Belantara, Merintis Jalan Ke Syurga"

Salam Perjuangan,
Nor Azhar B Mohamed
Pengarah Program Monsoon Trail 2014 @
Pengurus Pembangunan Program Yayasan Al-Khalifah
Whatsapp/telegram: 011-11317842

No comments:

Post a Comment