Sunday, June 29, 2014

PERBINCANGAN AKTIVITI KELUARGA RAJA ALI UNGKU CHIK - 28/6/2014



Pada 28.06.14, beberapa anggota keluarga Masparimbunis telah berbincang kemungkinan mengadakan majlis Rimbunan Kasih ke 5 pada tahun ini. Perbincangan dibuat atas permintaan Ketua Limpo Tuan Hj Kassim Ahmad melalui YB Dato Noor Ehsanuddin (Rumpun Pajar) kepada Dato Hj Rahim Abu, Anang Rumpun Masrobiah. Hadir bersama ialah ahli-ahli keluarga yang mewakili ketua rumpun masing-masing. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato Hj Rahim di pejabatnya bersetuju melantik Abdullah Seman dari Rumpun Masrobiah mengendalikan Rimbunan Kasih ke 5 ini. Hj Md Yassin Ismail dari Rumpun Ismail pula diminta mengendalikan majlis korban sumbangan anggota Masparimbunis pada hari Raya Haji akan datang di Pulau Penyengat, sempena wisata/ziarah anggota keluarga Masparimbunis ke Kepulauan Riau. Shamsiah Aiyub dari Rumpun Rimbun akan menguruskan pendaftaran Persatuan Masparimbunis dengan ROS Melaka. Hj Amir Majid, selaku Ketua Urusetia Lembaga Adat Keluarga Besar Keturunan Raja Ali dengan Raja Chik akan mengemaskinikan butiran anggota seramai 3200 orang.




No comments:

Post a Comment