Wednesday, December 11, 2013

HASIL PERJUMPAAN KUNJUNGAN HORMAT PERKON JOHOR KE PEJABAT PENGARAH PPSPPA NEGERI JOHOR, TUAN HJ ASRI AMAT, pada 11/12/13.

(1) PPSPPA Johor dan SWM sedang membuat PENGUKURAN BERSAMA untuk semua kawasan kerja. Sebahagian kawasan MBJB di jangka siap pengukuran pada akhir bulan ini. Ini adalah berikutan dengan arahan daripada Yg Bhg Dato' CEO PPSPPA, agar perkara ini DI SELESAIKAN SEGERA.
(2) KADAR HARGA BARU yang di tawarkan oleh SWM kepada kontraktor akan di perhalusi, agar ianya slebih esuai dan merangkumi harga spefikasi dan skop kerja yang dibayar oleh PPSPPA kepada SWM. Skop kerja juga akan di perhalusi.
(3) PERKON JOHOR mencadangkan kehadiran wakil PERKON JOHOR didalam Mesyuarat diantara PPSPPA dan SWM, bagi mewakili ahli2 PERKON JOHOR didalam menyelesaikan permasaalahan yang timbul.
(4) Bagi memastikan mutu perkhidmatan yang terbaik, pihak SWM perlulah menjaga kebajikan kontraktor2, didalam "Win Win Situation", dan bukannya bersikap menekan dan mendenda.
(5) PPSPPA bersetuju memperhalusi permasalahan yang telah di timbulkan semasa perjumpaan, dan mencari ruang penyelesaian yang terbaik kepada semua pihak.
(6) PPSPPA JOHOR sedia menerima cadangan daripada semua pihak didalam memastikan mutu perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.
(7) PPSPPA Johor sedang melaksanakan program " PUBLIC AWARNESS PELUPUSAN SISA PEPEJAL" secara meluas di semua peringkat, termasuk tadika, sekolah rendah dan menegah serta masyarakat umum.
(8) PERKON JOHOR mencadangan agar PEMBAYARAN KADAR BARU kepada kontraktor di buat MENGIKUT DATA INVENTORI PPSPPA yang sediada, yang juga di gunakan sebagai asas pembayaran kepada SWM. Pembayaran MUKTAMAD tertakluk kepada Data inventori Muktamad, yang sedang didalam proses pengukuran semula oleh PPSPPA dan SWM.

No comments:

Post a Comment