Sunday, January 27, 2013

JEJAK 2013


Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Jabatan Perdana Menteri mengundang semua ahli-ahli PKMMNJ ke program 'Road Show JEJAK 2013 bagi Wilayah Pembangunan Iskandar' yang akan diadakan pada 5 dan 6 Februari 2013 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Persada International Convention Center, Johor Bahru.

Objektif program ini adalah untuk membincangkan dan mendapatkan input pelbagai sektor Bumiputera mengenai dokumen Halatuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang telah dilancarkan oleh YAB PM, membincangkan isu-isu berkaitan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara, memperkenalkan inisiatif TERAJU dalam membangunkan ekonomi Bumiputera dan mendedahkan peluang-peluang perniagaan dan program sokongan keusahawanan bagi usahawan-usahawan Bumiputera.

Borang penyertaan boleh diperolehihttp://www.teraju.gov.my/wp-content/uploads/2013/01/Borang-Penyertaan-JEJAK-2013.pdf

No comments:

Post a Comment