Thursday, May 17, 2012

PEKELILING PENSIJILAN HALAL


PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2012
PELAKSANAAN PENGIKTIRAFAN BADAN PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM

TUJUAN
1. Pekeliling ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan pengkitirafan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM dengan merujuk kepada Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang telah dikuatkuasakan bermula pada 1 Januari 2012 tentang perkara perakuan perihal halal bagi niakanan dan barang-barang import.

LATAR BELAKANG

2. Dalam melaksanakan pensijilan halal, JAKIM turut membuat pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara bagi mengesahkan status halal sumber bahan mentah dan produk siap atau separa siap yang dikeluarkan di negara berkenaan untuk tujuan pengimportan.

3. Objektif pengiktirafan ini adalah memastikan badan pensijilan halal tersebut melaksanakan tanggungjawab dengan melakukan pensijilan halal dan pemantauan ke atas produk-produk yang dihasilkan di negara berkenaan. Untuk tujuan ini, badan pensijilan halal di negara pengeluar produk berkenaan telah diberi pengiktirafan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JAKIM.

4. Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, terdapat isu dan masalah yang timbul berkenaan produk yang telah dipersijilkan halal oleh badan pensijilan halal luar negara terutama apabila badan pensijilan tersebut turut membuat pensijilan halal terhadap
produk yang dihasilkan di negara-negara luar. Hal ini menimbulkan kekeliruan tentang kualiti dan kesahihan status halal produk tersebut di kalangan pengguna lslam umumnya dan pihak industri khususnya.

5. Selain daripada itu, Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 memberi penekanan kepada produk import yang akan ditanda sebagai halal atau apa-apa penandaan lain yang menunjukkan sebagai halal hendaklah diperakukan oleh badan pensijilan halal
luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di negara berkenaan. Pengimport atau pengeluar mana-mana makanan dan barang-barang yang diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKTM hendaklah menandakan pada
makanan dan barang-barang itu, dengan logo halal atau nama badan pensijilan tersebut.

KAEDAH PENGIKTIRAFAN BAGI BADAN.PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA

6. Secara umumnya, badan pensijilan halal luar negara yang ingin mendapatkan pengiktirafan daripada JAKIM perlu mendapat pengiktirafan sebagai sebuah organisasi tertakluk kepada undang-undang negara tersebut. Badan pensijilan tersebut juga perlu
mempunyai logo sendiri sebagai pengenalan identiti. Badan pensijilan yang ingin mendapatkan pengiktirafan JAKIM perlu memohon secara terus kepada Bahagian Hub Halal, JAKIM dengan mengisi borang permohonan yang telah ditetapkan dan menyertakan sekali dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

7. Audit pematuhan seterusnya dijalankan ke atas badan pensijilan tersebut. Antara aspek yang dinilai semasa audit pematuhan adalah keupayaan badan pensijilan tersebut bagi melaksanakan pensijilan halal. Hal ini termasuk aspek sumber manusia, sistem pensijilan, standard atau garis panduan halal, tenaga pakar dalam bidang syariah dan teknikal, sumber rujukan fatwa, pengurusan dan pengawalan rekod pensijilan serta pemantauan. Selain itu, audit pemerhatian juga akan dijalankan ke atas pusat penyembelihan dan kilang/loji pemprosesan makanan terpilih yang telah disahkan kaedah pengauditan

8. Hasil auditan akan dibentangkan di Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Luar Negara untuk mendapat keputusan Sekiranya keputusan permohonan untuk pengiktirafan diluluskan.oleh JAKIM, surat pelantikan akan diberikan kepada badan pensijilan halal tersebut. Senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM akan dimuatnaik di dalam laman web JAKIM. Bagi badan pensijilan yang gagal dalam permohonan, surat rasmi akan dikeluarkan untuk memaklumkan tentang perkara
tersebut. Badan pensijilan yang gagal dalam permohonan, boleh memohon semula selepas 6 bulan dari tarikh surat dikeluarkan setelah tindakan pembetulan dilakukan. Bagi badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, audit semula akan dijalankan selepas tempoh 2 tahun dari tarikh pelantikan dan badan pensijilan tersebut akan dimaklumkan terlebih dahulu.

HAD KUASA BAGI BADAN PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA
10. Had kuasa yang diberikan kepada badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM bagi melakukan pensijilan halal kepada barang-barang import diklasifikasikan kepada keadaan berikut:
Bagi negara-negara lslam, pengiktirafan diberikan kepada pihak / agensi yang dilantik secara rasmi oleh kerajaan negara berkenaan;
Bagi negara-negara bukan lslam, pengiktirafan halal ini adalah diberikan kepada badan pensijilan yang telah memenuhi syarat-syarat pengiktirafan yang ditetapkan oleh JAKIM; Pengiktirafan diberikan adalah hanya diberikan kepada pengesahan produk yang
dikeluarkan di negara berkenaan sahaja. Walaubagaimanapun pengecualian diberikan kepada:
a) negara-negara di Kesatuan Eropah. Bagi negara-negara di Kesatuan Eropah, pengiktirafan daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM adalah meliputi produk-produk yang dikeluarkan di negara berkenaan dan seluruh negara anggota di Kesatuan Eropah.
b) negara-negara yang masih tidak mempunyai badan pensijilan halal yang diiktiraf. Bagi negara-negara yang tiada badan pensijilan halal yang diiktiraf, pensijilan halal yang dikeluarkan oleh badan pensijilan halal negara berjiran adalah diterima.

TEMPOH PERALIHAN
11. Produk-produk atau bahan mentah yang menggunakan sijil halal badan pensijilan yang tidak diiktiraf oleh JAKIM, diberi tempoh sehingga 31 Disember 2012
untuk bertukar kepada pengesahan halal oleh badan pensijilan yang diiktiraf oleh JAKIM untuk mematuhi pekeliling ini.

TARIKH KUAT KUASA
Pekeliling ini berkuat kuasa mulai daripada 1 Januari 2012.

PERTANYAAN
13. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pekeliling ini hendaklah dirujuk kepada:
BAHAGIAN HAB HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
ARAS BAWAH, BLOK 2200, EB3,
PERSIARAN APEC,
63000 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.

14. Pekeliling ini terpakai kepada semua barangan import yang ingin menggunakan
logo atau apa-apa penandaan termasuk penggunaan sebagai bahan mentah dalam
produk halal atau produk yang ingin memohon halal daripada JAKIM dan JAIN.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


(DATO', HJ OTHMAN BtN MUSTAPHA)
Ketua Pengarah,
Jabatan Kemajuan lslam Malaysia.
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
PUTRAJAYA
FEBRUARI 2012


http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/263-pekeliling-pensijilan-halal-malaysia-bil32012

No comments:

Post a Comment