Saturday, September 25, 2010

Perjumpaan Dengan Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia

 Pada 24hb Sept 2010, seramai 4 orang AJK JASRA telah berjumpa dengan YB Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Muar, di Parit Kurma, Muar. Perjumpaan di ketuai oleh 9W2HOZ, dan disertai oleh 9W2EKP, 9W2RFS dan 9W2AYX. Selepas itu, AJK JASRA juga sempat berjumpa YB Datuk Abdullah, ADUN Bukit Naning di Pejabatnya dan menghadiri Rumah Terbuka... PKMMNJ Daerah Ledang dan KPFM di Felda Medoi, Segamat.







 

Saturday, September 18, 2010

Jalinan Mesra Aidil Fitri Ke Karimun dan Kepulauan Riau, Indonesia

Pada 16 Sept. 2010, Lima orang wakil JASRA, iaitu 9W2HOZ, 9W2JOH, 9W2PKP, 9W2LBY dan 9W2PHM telah berangkat menuju ke Tg Balai, Karimun daripada Pelabuhan Kukup menaiki Feri jam 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa 1jam 15 minit.

Rombongan telah di sambut oleh rakan-rakan ORARI Karimun dan terus menuju ke rumah Pak Tahir YF5THR, dan di jamu dengan laksa sagu, dan kueh mueh. Kami juga di bawa ke Rumah Long dan Rumah Kelab Orari Tg Balai Karimun

Pada jam 12.30 WIB, kami berangkat ke Batam. Perjalanan mengambil tempohmasa 1 jam, degan menaiki feri dari Tg Balai ke Pelabuhan Sekupang, Batam. Kami terus berjumpa rakan-rakan ORARI Batam. Bermalam di Hotel Farmosa, Batam. Sempat menjamu selera dengan Sate Padang (Kambing), bersebelahan Hotel Nagoya Plaza.


Pada ke esokannya kami ke Tg Pinang, melalui Pelabuhan Telaga Punggor Batam, dengan menaiki Speed bot. Perjalanan lebihkurang 45 minit. Speedboat 400 kuasa kuda menjadi pilihan untuk mencoba, walaupun ada perkhidmatan Feri. Setiba kami di Tg Pinang, kami terus menjamu selera dengan sop ikan merah di Restoran Aulia, Bt 2. Setelah itu, kami berjumpa dengan rakan-rakan ORARI Tg Pinang di Rumah kelab, Di Bukit Cermin. Kedudukanya agak di atas bukit, menjadi ianya sangat sesuai dan mempunyai pemandangan yang menarik. Tg Pinang telah lama kemarau tetapi dilanda ribut pada waktu kami hendak pulang ke Johor, dan perjalanan terpaksa di tunda pada ke esokan hari dan bermalam di Hotel Plaza. Sempat ke Pasar di Pelanta Lama, Tg Pinang, membeli hasil laut.Pada sebelah malam, kami bersantai di tepian laut, mencuba bandrek, sate kambeng dan gorengan.

Lawatan berakhir setelah kami berangkat meninggalkan pelabuhan Tg Pinang dengan menaiki Feri pertama ke Pelabuhan Stulang, Johor Bahru. Di samping ziarah Aidil Fitri serta merapatkan siratulrahim dengan Orari Tg Balai, Batam dan Tg Pinang, kami juga turut mengundang ahli-ahli Orari untuk menghadiri MegaEyeball Aidil Fitri yang akan diadakan pada 3 hb Oktober 2010 di Danga Bay Beach Club, Johor Bahru.

Thursday, September 2, 2010

SALAM AIDIL FITRI

SAYA MENYUSUN SEPULOH JARI MEMOHON KEMAAFAN DAN KEAMPUNAN DIATAS SEGALA KESILAPAN. MAAF ZAHIR DAN BATIN. SELAMAT HARI RAYA.

Bless You With Happiness & Peace...Send this eCard !

TAKBIR HARI RAYA - SALAM AIDIL FITRI

Program Kembara Amal Ramadhan 2010 (Siri 3) 31/8/2010

1) DAERAH JOHOR BAHRU - JLN DATIN HALIMAH, KG MELAYU MAJIDEE,
PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN, JLN DENAI 1, KEMPAS,
(2) DAERAH PULAI - PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KG BAKAR BATU, SUNGAI DANGA,
(3) DAERAH GELANG PATAH - PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KG SIMPANG ARANG, GELANG PATAH,
(4) DAERAH SKUDAI - MASJID BT 10, SKUDAI
(5) DAERAH KOTA TINGGI - PUSAT TAHFIZ KG KELANTAN, KOTA TINGGI