Friday, August 27, 2010

Program Kembara Amal Ramadhan 2010 (Siri 1) 22/8/2010

Di lepaskan oleh YB Asiah Mat Aris, EXCO di perkarangan Yayasan Warisan Johor. Konvoi di anggotai oleh kakitangan Yayasan Iklas, Yayasan Warisan Johor, PDRM, JPJ, JPAM, dan Pertubuhan Ngo - JASRA, KRKPJB, MAHKOTA Bikers, PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA NEGERI JOHOR, PERDASAMA, serta syarikat Retech dan Hotel Thistle. Seramai 100 orang peserta konvoi terlibat didalam program ini. Hentian pertama di Komplek Penghulu Mukim Rimba Terjun, Rambah, Pontian, dan seterusnya ke Komplek Penghulu Mukim Air Baloi dan Komplek Penghulu Mukim Benut. Memasuki Daerah Batu Pahat, rombongan telah berhenti di Gelanggang Serbaguna Kg Sg Berong, Rengit, Komplek Penghulu Mukim 9, Minyak Beku, Senggarang, Komplek Penghulu Mukim 9, Peserai, Komplek PPK Sri Medan dan berakhir di Komplek Penghulu Mukim 7, Tg Semberong, Air Hitam. Rombongan terus ke Kg Rahmat, Kluang untuk majlis terakhir dan berbuka puasa. Seramai 140 keluarga yang kurang bernasib baik telah di beri bantuan pada program siri pertama ini.

No comments:

Post a Comment