Thursday, December 26, 2019
Bogor Contest
Friday, August 30, 2019
Saturday, July 20, 2019
Renewal alert
RENEWAL ALERT : Semua pengiat radio amatur yang akan tammat tempoh radas (aa) pada 31hb Disember 2019, sila pastikan anda mendapat notis pembaharuan daripada SKMM pada akhir bulan Oktober 2019. Jika tidak menerima notis tersebut, sila berhubung dengan pihak SKMM untuk mendapatkan notis tersebut. Jika pembaharuan tidak di buat sebelum 31 Disember 2019, anda perlu mengemukakan dokumen permohonan pembaharuan yang lengkap termasuk tandatangan dua orang 9M. HARAP MAKLUM.
Tuesday, July 2, 2019
Kad Ahli Alumni 4B
*KAD AHLI*
*1. Isi borang Kad Ahli. Borang nya ada di Ibu Pejabat. Jumpa En. Fairol 01116190077*
*2. Bayaran Kad Ahli RM 2.00 (Kad Ahli tanpa gambar) atau (RM 3.00 bergambar)*
*3. Sertakan gambar berukuran paspot atau boleh hantar gambar mengunakan Whatsat*
Saudara Saudara boleh juga hubungi Pengerusi atau Setiausaha Negeri masing-masing utk urusan Kad Ahli ini
Borang Ahli Alumni 4B
BORANG AHLI
(mulai 1 Julai 2019)
Sila ambil maklum seperti berikut:-
1. Borang Permohonan Menjadi Ahli hendaklah disahkan oleh hanya Pengerusi atau Setiausaha Alumni 4B Negeri
2. Borang Ahli hendaklah disertakan dengan:
a) Yuran Ahli sebanyak RM2.00
b) Bayaran Kad Ahli RM 2.00 Kad Ahli tanpa gambar atau RM 3.00 (bergambar)
c) Sertakan gambar berukuran paspot.
Alumni Negeri diingatkan tidak menghantar borang ke Ibu Pejabat sekiranya maklumat lengkap tidak dipenuhi dan yuran serta bayaran kad ahli tidak disertakan.
Sekian dimaklumkan.
Terima kasih.
Saturday, June 15, 2019
Perjumpaan dengan PM
Isu-isu yang di bangkitkan pada YAB Perdana Menteri
1. Kelas G1 bumiputra terus ditutup kerana sekarang kurang kerja dan gulongan B40 ini merana. Minta PM campur tangan dan bantu bumiputra ini saperti dulu
2. G1 bukan bumi sekarang telah mencecah 13ribu dan keistimewa bumiputra G1 telah tiada.
3.BPKU diperkasa untuk membantu G1 bumiputra dan diletakkan di bawah ICU jabatan perdana menteri.
4. Project2 Mega saperti ECRL mesti diberi peratus kecil pada contractor tempatan atau PKMM negeri masing2.
Monday, May 27, 2019
IKHLAS
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.*
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ...
*I K H L A S*
Dalam arti yang sering kita ketahui bahwa ikhlas merupakan segala sesuatu yang dilakukan tanpa mengharapkan imbalan apapun.
Arti ikhlas ini sudah benar namun kurang tepat.
Dalam agama islam ikhlas berarti melakukan sesuatu karena Allah SWT.
Dalam hal ibadah ikhlas berarti melakukan ibadah karena Allah SWT, bukan karena yang lain, bukan juga karena ingin dipuji, ingin terlihat sholeh, tetapi memang benar-benar karena Allah. Sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Bayyinah ayat 5 yang berarti bahwa “Tidaklah mereka diperintahkan kecuali untuk mengikhlaskan agama untuk-Nya.”
Ikhlas akan menjadi sangat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan, sebab pada setiap amalan yang kita lakukan tanpa didasari dengan keikhlasan maka amalan tersebut dipandang tidak sah di hadapan Allah.
Ikhlas juga menjadi alat ukur pada setiap amalan yang kita lakukan, semakin kita ikhlas maka pahala yang akan kita dapatkan juga akan semakin besar.
Semakin ikhlas seseorang dalam beramal, maka akan semakin besar pula balasan yang akan diterima.
Setelah memahami pentingnya ikhlas dalam kehidupan sehari-hari, maka latihlah hati untuk selalu ikhlas pada setiap hal.
Semoga apa yang disampaikan ini dapat bermanfaat.
Aamiin Yaa Robbal A'lamiin
Monday, May 13, 2019
UMRAH
PROGRAM BIRO ANTARABANGSA ALUMNI 4B MALAYSIA
*PAKEJ UMRAH OKT 2019*
🗓 TARIKH: *09 OKT 2019*
💵 HARGA: *BILIK b BERLIMA RM5790*
🛫 FLIGHT: *MALAYSIA AIRLINES (MED-JED)*
🏩 HOTEL MEKAH: *SAFWA HOTEL (50M)*
🏩 HOTEL MADINAH: *ODST HOTEL (150M) @ ANSAR JADID (200M) & SETARAF*
🍝 SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD HOTEL*
⏳ TEMPOH: *12H 10M*
*Tambahan harga utk upgrade bilik*
- Bilik Berempat @ RM 400 / seorang
- Bilik Bertiga @ RM 800 / seorang
- Bilik Berdua @ RM 1800 / seorang
*Tambahan untuk program ke Taif*
@ RM250 seorang
- termasuk lawatan 1/2 hari
- pengangkutan
- Makan tengahari (Nasi Mandy)
_**HARGA,TARIKH,JENIS PENERBANGAN DAN PENGINAPAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN TANPA NOTIS._
SILA DAFTAR DGN ; HJ OMAR RUPEE 0177323133, @ PAK LAH 0167166515 / 019 7770435
Thursday, May 9, 2019
Program Bubur Lambuk
*Program Masak Bubur Lambuk anjuran Geraknita Alumni 4B Johor bersama J/kuasa Surau Al Zubir Rengit BP*
⏩ Tarikh : *11 Mei 2019 (Sabtu)*
⏩ Masa gtg ryg : *9.00 pg*
Masa agihan : *2.00 ptg*
⏩ Lokasi : *Surau Al Zubir, Rengit, Batu Pahat*
⏩ VIP : *YB Ayub Jamil, ADUN Rengit*
Pengagihan hampir 1000 mangkuk bubur lambuk tersebut..
Monday, May 6, 2019
Mesyuarat ALK KKMJB
Mesyuarat ALK akan diadakan paa jam 11 pg, 9 hb Mei 2018 di Bilek Mesyuarat, Wisma PKMMNJ , No 1, Jln Kebudayaan 21, Taman Universiti, Skudai.
Sunday, May 5, 2019
Monday, April 22, 2019
Mesyuarat khas AJK Alumni 4B Johor
Mesyuarat khas AJK Alumni 4B Johor akan diadakan pada jam 10 pg , 26/4/19, di Lot. 4259, Pekan Parit Betak, 82210 Benut, Pontian. ( berhampiran Sek. Men. Parit Betak). Kehadiran di hargai
Tuesday, April 9, 2019
Mesyuarat AJK Jasra
Mesyuarat AJK Jasra alan di adakan pd 13hb April 2019 pd jam 9 malam bertempat di Clubhouse Jasra BBU. Meeting secara online (skype) bagi yg tidak dapat hadir ke lokasi juga akan di perkenalkan. Mohon kerjasama penyertaan semua ajk utk hadir secara fisikal maupun secara virtual.
Monday, April 8, 2019
AKTIVITI RAKAN-RAKAN JASRA
AKTIVITI NO.2 & NO.3 semua yg berkesempatan dijemput hadir memeriahkan dan membantu.
Cc all
1. Bengkel Pendekatan Kluster Dalam Pengurusan Bencana anjuran NADMA
25 April 2019
Markas SMART, Pulau Meranti, Sepang, Selangor
*Penyertaan* :
9W2JJX
9W2JJV
9W2RSA
9W2JCG
9W2SSS
*Penyertaan* :
9W2ZXT
9W2USC
SMK Scientex Pasir Gudang
26-27 April 2019
*Penyertaan* :
9W2TU
9W2PUF
9W2LYN
9W2JDM
9W2HUR
9W2USC
WHY AMATEUR RADIO EMERGENCY SERVICE ARE NEEDED DURING DISASTER
Why Amateur Radio Emergency Service Are Needed During Disaster
We are not paid for our efforts
but we are nothing less than
PROFESSIONAL!
Volunteer are like UNPAID employee…..
Special Net Award 2019
*QST: SPECIAL NET WARD 2019*
Acara 2meter Band Net Special sempena *Hari Radio Sedunia* anjuran Kelab Radio Amatur Daerah Kulai kerjasama bersama JASRA akan di adakan seperti berikut:-
*Tarikh :* 20.04.2019
*Masa:* 2100h hingga 0000h.
*Hari :* SABTU
*Callsign:* 9M4COO Kendalian 9W2ENL
*OPERATOR*: ZAINOL ARIFFIN
*QTH* : KULAI
*9M4RLD* (LEDANG) 147.700
Shift: -0.6 MHz Tone: 127.3 KHz.
*Gateway 9M4RLD*
link Cloud Server *MARS Cyberjaya* address : *roipmars.com*
bagi pengguna iOS address: *eqsopenang.ddns.net*
*9M4RJN* (BANANG) 145.700
Shift: -0.6 MHz Tone: 127.3 KHz.
*9M4RPL* (PULAI) 146.650
Shift: -0.6 MHz Tone: 127.3 KHz.
*9M4RJM* (MERSING) 146.900
Shift: -0.6 MHz Tone: 127.3 KHz.
P/s: maklumat untuk pengawal rangkaian bertugas
1. Sila bagi *Pause* dalam 3-4saat untuk memberi kelegaan kepd gateway² yg brtugas supaya tiada audio rakan² brtindih antara lain.
2. Memanggil stesen-stesen mengikut giliran
Contoh: Pusingan 1 memanggil stesen yg menggunakan pengulang
Pusingan ke2
Memanggil stesen yg menggunakan Cloud Server Gateway ROIP
Dan seterusnya....
Rakan2 dijemput bersama utk menyertai dlm acara special net ini
*Tips Check-in:*
1. Sebutkan Callsign 2 atau 3 kali berserta QRP samada Mobile, Portable, Based
2. Apabila dipanggil oleh NCS nyatakan Handle, QTH, Signal Report RS [Readbility Strength] & Kuasa Pancaran.
3. Tujuan 2mBand Net adalah utk tujuan latihan dan Pengujian Radas Komunikasi yang digunakan termasuk Pengujian Pengulang, Linking Pengulang, Linking Gateway
# sijil penyertaan akan diberi kepada yang menyertai aktiviti ini melalui pautan website .
WWW.9MDXC.COM
*Biro 2M Net*
9W2TLX Tuan Zain
@Arani
@9W2UMA/GHANI/Segamat
Wednesday, April 3, 2019
Makan Malam Alumni 4B Kelantan
Alumni 4B Kelantan akan mengadakan majlis makan malam 'Malam Nostalgia'
Tarikh
20 April 2019
Masa
8.00 mlm
Tempat
Hotel GRV Kota Bharu
Tetamu kehormat
YAB Menteri Besar Kelantan
YBhg Tan Sri (Dr) Hj Mohd Ali Rustam
Presiden Alumni 4B Malaysia.
Friday, March 29, 2019
Persahabatan
ADA TUJUH JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHIRAT
1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di Lapangan Terbang, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya.
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, tentera dan sebagainya.
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."
7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia cinta sahabatnya; kerana Allah Ta'ala SWT jua.
Dari 7 jenis di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah SWT sebagaimana dalam firman Nya: "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan." (Surah Az-Zukhruf :67)....
_*Walaupun kita mula berkawan tak kira mana² 1 smpai 6 tapi biarlah akhirnya menjadi yg ke 7 iaitu Hubban Limaanan. InshaAllah.*_😎
Wednesday, March 20, 2019
MAT MKDJB 2019
*NOTIS MESYUARAT AGUNG MKDJB KALI KE 30 BAGI TAHUN 2019*
Adalah dengan segala hormatnya menjemput *YBhg Datuk/tuan/puan* ke mesyuarat sepertimana berikut :
*TARIKH : 30 MAC 2019 (SABTU)*
*MASA : 9.00 PAGI*
*TEMPAT : BILIK GERAKAN, PEJABAT DAERAH JB.*
*NOTA :*
Kepada *Badan Gabungan*, sila hantar _tiga (3) perwakilan_ dalam mesyuarat tersebut.
*_Pakaian : BAJU KEBANGSAAN_*
Sehubungan itu, pihak kami berharap *YBhg Dato'/tuan/puan* dapat hadir bersama-sama bagi menjayakan mesyuarat di atas.
Kehadiran semua amatlah di alu-alukan dan dihargai serta didahului dengan jutaan terima kasih.
MAT Alumni 4B Johor
Mesyuarat Agung Tahunan Alumni 4B Johor akan di adakan pada jam 3 ptg, 22hb Mac 2019, di Dewan Umno Bahagian Air Hitam. Perasmian olih YBhg Tan Sri Mohd Ali Rustam. Harap dapat hadir utk.memeriahkan majlis.
Monday, March 11, 2019
Mesyuarat ALK ke 2/2019
Mesyuarat Alk kali ke 2/2019 akan di adakan pd jam 11pg, 4/4/19, Hari Khamis bertempat di Bilek Mesyuarat PKMMNJ, Jln kebudayaan 21, Taman Universiti, Skudai. Kehadiran di hargai. Pengerusi2 biro di kehendaki menyediakan laporan
Wednesday, March 6, 2019
AGM MKDJB
*MESYUARAT AGONG*
*MAJLIS KEBUDAYAAN DAERAH JB*
*30 MAC 2019 | 10.00, PAGI | BILIK GERAKAN, PEJABAT DAERAH JB.*
Assalam,
Untuk makluman semua AJK semua... *Laporan Aktiviti* daripada *Badan Gabungan* bagi tahun 2018 hendaklah dihantar melalui emel selewat-lewatnya pada *15 Mac 2019* sebagaimana seperti berikut :
*Emel :* mkdjb100882@gmail.com
Harap maklum dan terima kasih.
*NOTA :*
Sila guna _words_ SAHAJA.
Friday, January 25, 2019
Takwim 2019 Biro Antarabangsa Alumni 4B Malaysia
Takwim Biro Antarabangsa Alumni 4B Malaysia
Feb
15-18/2 - Festival Pulau Penyengat.
RM 900.00 per pax termasuk kos Feri, penginapan, pengangkutan dan makan minum (FULL BOARD)
19-21/2 - Daik Lingga ( Anggaran kos RM 400 )
MAC 2019
25 -28/3 - Ho Chi Minth . RM 1,580 / pax
APRIL 2019
1-5/4 - Jakarta Bandung
RM 1,650 / pax
26-29/4 - Hanoi
RM 1,580.00 / pax
OGOS 2019
11-15/8 - KORBAN KOH SAMUI. THAILAND
Lembu RM 3900.00
1 BAHAGIAN RM 560
KAMBING RM 780
SEPTEMBER 2019
UMRAH
Sunday, January 13, 2019
Mauludir Rasul Alumni 4B Johor
Majlis Sambutan Maulud Alumni 4B Johor akan diadakan pada jam 9 mlm , 25 Jan. 2019 di Surau Al-Ba'aqi Sri Lalang, Kluang, Johor. Semua ahli Alumni 4B di undang hadir. Penceramah : Tuan Kadi Daerah Mersing
AGM Jasra
Mesyuarat Agung Tahunan JASRA akan di adakan pada jam 11 pg, 2hb Feb. 2019 bertempat di Rumah Kelab Jasra Daerah Kluang, JKR 435, Jalan Hospital, Kluang. Kehadiran di hargai.
Sunday, January 6, 2019
Korban koh samui
Bersempena program Korban Koh Samui Thailand yg akan di laksanakan oleh Biro Antarabangsa, Alumni 4B Malaysia, mana2 pihak yg ingin membuat korban, bolehlah membuat tempahan lembu dengan anggaran harga 40,000.00 bahts (RM 5,200.00). Ianya juga boleh di pecahkan dlm bahagian korban. Lembu perlu di beli terlebih dahulu. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tuan Hj Omar Rupee.
Saturday, January 5, 2019
Mesyuarat Ajk Jasra
Mesyuarat AJK Jasra akan di adakan pada jam 11pg, 13/1/19, bertempat di Jasra Clubhouse Bandar Baru Uda, kehadiran di hargai
Takwim 2019 Alumni 4B Malaysia
Takwim Aktiviti Biro Antarabangsa, Alumni 4B Malaysia Tahun 2019.
FEBRAURI
1. 14-18 Feb. Festival Pulau Penyengat Indonesia.
2. 19-21 Feb. Lawatan ke Pulau Daik Lingga, Indonesia.
OGOS
3. 11 Ogos - Prpgran Korban ke Koh Samui, Thailand.
SEPT.
4. Umrah
Takwim 2019 Alumni 4B Johor
Takwim Aktiviti Alumni 4B Johor Tahun 2019.
JANUARI
1. 25 Jan - Sambutan Mauludir Rasul di Surau Rakyat Al Bakri, Sri Lalang, Kluang
FEBRAURI
2. 14-18 Feb. Festival Pulau Penyengat Indonesia.
3. 19-21 Feb. Lawatan ke Pulau Daik, Indonesia.
4. 23 Feb. Konvensyen UMMAH di Berjaya Waterfront, JB
MAC
5. 21 Mac - Alumni 4B Johor Golf Open
6. 22 Mac - Mesyuarat Agung Tahunan Alumni 4B Johor.
APRIL.
7. Program Hari Wanita
MEI
8. 24 Mei - Majlis Berbuka Puasa di kawasan Parlimen Pulai.
JUN
9. 22 Jun - Pertandingan Bowling Kebangsaan di Plaza Angsana
10. 23 Jun - Mesyuarat Agung Tahunan Alumni 4B Malaysia.
11. 23 Jun - Majlis AidilFitri Alumni 4B Malaysia.
JULAI
12. Program CSR Gelandangan / Anak Yatim
OGOS
13. 11 Ogos - Prpgran Korban ke Koh Samui, Thailand.
SEPT.
14. Umrah
OKT
15. CSR bersama anak yatim
NOV.
16. Lawatan budaya ke Sarawak
DIS.
17. Bowling Alumni 4B Johor.
Gunung Daik
Program BIRO ANTARABANGSA ALUMNI 4B MALAYSIA - Lawatan ke Pulau Daik, Indonesia pada 19-22/2/18. Sesiapa ug berminat sila hubungi Setiausaha Biro Antarabangsa.
Festival Pulau Penyengat 2019
Program BIRO ANTARABANGSA ALUMNI 4B MALAYSIA - Lawatan Kebudayaan dan Sejarah bersempena dengan Festival Pulau Penyengat 2019 akan diadakan pada 15-18/2/19. Peserta yg berminat utk tururt serta sila hubungi Tuan Hj Omar Ruoee, Setiausaha Biro Antarabangsa Alumni 4B Malaysia.
Mesyuarat Agung Alumni 4B Johor
Mesyuarat Agung Alumni 4B Johor akan diadakan pada jam 3 ptg, 22hb Mac 2019, Hari Jumaat, di Dewan Umno Bahagian Air Hitam.
Tuesday, January 1, 2019
Mesyuarat AJk Alumni 4B Johor
Mesyuarat Jawatankuasa Alumni 4B Negeri Johor bagi kali ke 2 akan diadakan pada 05/01/2019 jam: 3.00 ptg bertempat di Bilik Mesyuarat Umno Bhg Ayer Hitam. Kehadiran AJK Negeri Johor, Ketua Biro, Pengerusi Penyelaras Parlimen adalah di hargai.