Wednesday, August 31, 2016

Sri Wijaya Hamfest

Jasra akan mengadakan rombongan ke Sri Wijaya Hamfest di Palembang pada 16 - 19/9/2016.  Jika ada tg berminat sila hubungi 9W2HOZ (0197770435/0167166515)

Friday, August 26, 2016

Merdeka Eyeball

Jasra akan mengadakan MERDEKA Eyeball pada jam 9 mlm, 30 /8/16, di Jasra Clubhouse, Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, JB. Makanan secara POTLUCK. 2M Meredeka Net juga akan dilaksanakan di Clubhouse. Semua rakan2 ham di undang hadir.

Thursday, August 25, 2016

MESYUARAT AJK PERKON JOHOR

MESYUARAT AJK PERKON JOHOR akan diadakan pada jam 11.00 pg, 1 Sept 2016, bertempat di Bilek Mesyuarat KJE, 0-02, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Commercial Centre, Johor Bahru. Semua AJK di jemput hadir.

MESYUARAT AJK GABUNGAN PERKON MALAYSIA

MESYUARAT AJK GABUNGAN PERKON MALAYSIA akan diadakan pada jam 2.30 petang, 1 Sept 2016, bertempat di Bilek Mesyuarat KJE, 0-02, Jalan Kolam Air 1, Nong Chik Commercial Centre, Johor Bahru. Semua AJK di jemput hadir.

Tuesday, August 23, 2016

Majlis Makan Malam Gala Semaian Kasih

Sempena Hari Ulangtahun Kelahiran Senator YB Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam (23/8/16)

Friday, August 19, 2016

Pameran Radio Amatur

Sempena Program " Green is Lifestyle" anjuran Kementeruan Hijau KETHA Malaysia, Jasra akan menjalankan Pameran Radio Amatur pada 20 -21/8/16, di Lantai Lower Ground Floor, UTC Kotaraya, Johor Bahru. Saksikan persembahan Penyanyi Dato Zainal Abidin dan artis2 lain.  Rakan2 yang berkelapangan di jemput hadir.

Friday, August 12, 2016

Majlis tandatangan 9M

Majlis tandtangan 9M akan di adakan di Clubhouse JASRA, Jln Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, JB pada jam 8.30 malam, 14/8/16, Hari Ahad. Tetamu kehormat YF5RA Pak Raja Anif dari Orari Kepuluan Riau dan Lt. Muda Rosli Saaban 9W2RSA akan memberi sedikit penerangan. Kehadiran di hargai. Makanan secara pot Luck. Sebarang maklumat sila berhubung dengan 9W2JOC, Pak Arab 0127804040

Thursday, August 11, 2016

Tuntutan Melayu

23 Tuntutan Tuntutan Orang Melayu Terhadap Kerajaan Sempena Sambutan ke 59 tahun Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

1. Memperkukuhkan Islam sebagai  Agama Persekutuan menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
2. Menuntut Institusi Kebajikan Islam di berikan peruntukan lebih besar untuk kerja-kerja kebajikan umat Islam di Malaysia.
3. Menuntut Institusi Wakaf di pengerusikan oleh Raja-Raja Melayu di perkasakan.
4. Menuntut peruntukan hak pendidikan untuk umat Islam menurut perkara 12(2) Perlembagaan di tambah bagi menambah bilangan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Pendidikan KAFA dan Kelas-kelas bimbingan keagamaan di semua masjid di setiap daerah di Malaysia.
5. Menuntut hak untuk bersolat Jumaat untuk semua kakitangan sektor swasta dan menghukum semua majikan yang sengaja menghadkan masa rehat bagi membolehkan pekerja beragama Islam menunaikan solat jumaat.
6. Menuntut agar semua aktiviti di jabatan kerajaan di hentikan selama 10 minit pada waktu solat Zohor dan Asar dan waktu bekerja di tambah 20 minit bagi menggantikan semula 20 minit yang di peruntukkan untuk waktu solat sewaktu jam bekerja berkenaan.
7. Menuntut di hentikan penggunaan istilah Semenanjung Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.
8. Menuntut di kembalikan penggunaan istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu seperti  yang termaktub dalam Perkara 113(6), 116(2), 121(1)(a) dan 161E(1) Perlembagaan Persekutuan. 
9. Menuntut Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam agar segera diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu menurut Perkara 89(2) Perlembagaan Persekutuan.
10. Menuntut mana-mana tanah simpanan Melayu yang di ambil untuk tujuan pembangunan berbilang kaum di gantikan dengan tanah lain dengan keluasan yang sama dengan komersil yang sama menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.
11. Menuntut di mansuhkan fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuan Agung untuk meluluskan sesuatu Rang undang-undang sebelum di wartakan selaras dengan kedudukan YDPA sebagai Kepala Utama Negara menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
12. Menuntut di kuatkuasakan Perkara 18(1) Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mana-mana permohonan untuk menjadi warganegara adalah wajib menangkat ikrar taat setia kepada Raja dan Negara mengikut Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan.
13. Menuntut Kerajaan mendedahkan samada 7.3 juta kewarganegaraan terhadap kaum-kaum lain yang di berikan di antara tahun 1957 hingga 1970 telah melalui proses mengangkat ikrar ini atau tidak.
14. Menuntut di hapuskan penggunaan istilah Bahasa Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam perlembagaan.
15. Menuntut di gunakan kembali istilah Bahasa Melayu seperti yang di peruntukkan dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
16. Menuntut fasal wajib untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan termasuk mesyuarat, sidang media, kertas kerja dan pembentangan serta meminda Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bagi mendakwa mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi.
17. Menuntut semua papantanda jalan/perniagaan/bangunan menggunakan istilah Bahasa Melayu yang di luluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta memberikan kuasa pendakwaan dan penyitaan kepada DBP terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan Bahasa Melayu ini. 
18. Menuntut agar semua prosiding di Mahkamah menggunakan Bahasa Melayu dan hanya kebenaran khas ketua Hakim Negara sahaja membolehkan selain dari Bahasa Melayu di gunakan. Untuk perbicaraan di mahkamah.
19. Menuntut kerajaan tidak lagi meluluskan permohonan dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah vernakular baru selepas Hari Merdeka tidak di benarkan dalam Perlembagaan.
20. Menuntut sistem persekolahan 1 aliran kebangsaan bagi memupuk perpaduan dan keharmonian kaum.
21. Menuntut Perizaban quota berkenaan perkhidmatan awam, biasiswa, keistimewaan pendidikan, latihan, kemudahan khas, lesen, permit perniagaan dan pertukangan untuk orang Melayu mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
22.  Menuntut agar Dasar Ekonomi Baru di perkasakan dan pemilikan ekuiti 30% Orang Melayu di kembalikan menjadi dasar utama kerajaan dan di tingkatkan kepada 40% pegangan ekuiti individu Melayu dalam kek ekonomi negara menjelang 2040.
23. Menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri di kembalikan.

(Sila kongsikan tuntutan ini jika anda bersetuju dengannya)

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara

Wednesday, August 10, 2016

PERANAN MARL

Gabungan Persatuan Radio Amatur Malaysia (MARL) adalah satu-satunya Persatuan di MALAYSIA yang mengabungkan kesemua Persatuan / Kelab Radio Amatur / Radio Komunikasi (Ahli Bersekutu), yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Syarat keahlian MARL TIDAK MENERIMA keahlian Individu, yang mana ianya memberi hak mutlak pengundian kepada PERSATUAN / KELAB, dan BUKANNYA kepada INDIVIDU. MARL juga tidak mempunyai niat, maupun berhasrat untuk mengambil alih peranan mana-mana Persatuan / Kelab Radio Amatur di Malaysia, sebagaimana tanggapan setengah pihak. Ianya, hanya untuk menyatukan semua Persatuan / Kelab Radio Amatur, yang telah didaftarkan dengan jumlah yang banyak, dan mengarahkan halatuju yang lebih jelas untuk pembangunan Radio Amatur di Malaysia. Kejayaan MARL didalam menganjurkan Konvensyen Radio Amatur (KRAM) pada tahun 2013 dan 2015, adalah bertujuan untuk membawa arah tuju Radio Amatur di Malaysia kepada satu tahap yang lebih memberansangkan. MARL juga menumpukan pembangunan subjek radio amatur di peringkat IPTA / IPTS dengan kerjasama pihak IPTA / Kementerian terbabit. MARL juga mengambil berat mengenai SOP Pengurusan Komunikasi Bencana di rantau ini, yang mana beberapa Resolusi telah tercapai didalam KRAM 2015. Semuga keterangan ini dapat memberi penjelasan yang lebih cerah kepada pihak-pihak yang meragui peranan MARL. Jika ada pihak yang memerlukan penerangan yang lebih terpericini, sila lah berhubung dengan pihak kami.
Ikhlas dari 9W2HOZ, Presiden, MARL. (019 777 0435 / 016 716 6515 / Emel: 9w2hoz@gmail.com / marlgabungan@gmail.com)

Kunjungan MARL ke ORARI

Tuesday, August 9, 2016

CW Exam

Kepada calon yang berminat
(Khas untuk pengendali Radio Amatur)

Morse code Examination (CW)
_____________________

Examination Series Examination
Type Exam Date & Time
-Siries 2-Morse Code Examination (CW) September 8, 2016| 10.00 AM

Application Closing Date Examination
August 18, 2016

https://sems.skmm.gov.my/sems/exams/examinfo

Selamat Maju Jaya.

Wednesday, August 3, 2016

Pahala hilang kerana di ambil orang

Hadits Pahala yang Hilang Karena Diambil Orang

Beberapa perilaku tidak terpuji memang disebutkan akan memusnahkan amal dan pahala kebajikan yang sebelumnya telah dimiliki. Di antaranya adalah sikap suka mencaci maki orang lain, juga perbuatan suka menuduh orang tanpa bukti, termasuk memakan harta orang lain, menumpahkan darah tanpa hak, dan memukul orang lain tanpa hak.

Semua perbuatan itu akan menghilangkan pahala shalat, puasa, zakat yang sudah dikerjakan, karena digunakan untuk menebus dosa-dosa di atas. Sehingga semua amal itu akan menjadi sia-sia tanpa pahala. Oleh sebab itu Rasulullah SAW menyebut orang yang mengalami hal itu sebagai orang yang bangkrut.

Barangkali hadits yang anda maksud adalah hadit berikut ini

أَتَدْرُوْنَ مَا الْمُفْلِسُ؟ قَالُوْا: الْمُفْلِسُ فِيْنَا مَنْ لاَ دِرْهَمَ لَهُ وَلاَ مَتَاعَ. فَقَالَ: إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا، فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ. فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ، أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

“Tahukah kalian siapakah orang yang bangkrut itu?” Mereka menjawab: “Orang yang bangkrut di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.” Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya orang yang bangkrut dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala shalat, puasa, dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kedzaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kedzalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibagi-bagikan kepada orang-orang yang didzaliminya sementara belum semua kedzalimannya tertebus, diambillah kejelekan/ kesalahan yang dimiliki oleh orang yang didzaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (HR Muslim no. 6522)

Karena itu sikap suka mencaci maki dan menuduh sesama umat Islam harus kita hindarkan dengan mutlak. Jangan sampai niat baik kita untuk berdakwah mengajak dan mengajarkan agama terkotori dengan cara-cara pisik sehingga kita sampai hati untuk mengeluarkan caci maki dan tuduhan yang tidak ada dasarnya.

Sungguh amat sayang kalau hal itu justru dilakukan oleh orang yang mengaku ingin menegakkan agama, menghidupkan sunnah dan berjalan di ats manhaj nabi.

Di dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAWbersabda:

مَنْ كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لأَخِيْهِ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ شَيْءٍ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ الْيَوْمَ قَبْلَ أَنْ لاَ يَكُوْنَ دِيْنَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ، إِنْ كاَنَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ

“Siapa yang pernah berbuat kedzaliman terhadap saudaranya baik menyangkut kehormatan saudaranya atau perkara-perkara lainnya, maka hendaklah ia meminta kehalalan dari saudaranya tersebut pada hari ini (di dunia) sebelum (datang suatu hari di mana di sana) tidak ada lagi dinar dan tidak pula dirham (untuk menebus kesalahan yang dilakukan, yakni pada hari kiamat). Bila ia memiliki amal shalih diambillah amal tersebut darinya sesuai kadar kedzalimannya (untuk diberikan kepada orang yang didzaliminya sebagai tebusan/pengganti kedzaliman yang pernah dilakukannya). Namun bila ia tidak memiliki kebaikan maka diambillah kejelekan orang yang pernah didzaliminya lalu dipikulkan kepadanya.” (HR Al-Bukhari no. 2449)

Semoga Allah SWT tidak menjadikan aku, orang yang seperti dikisahkan di kedua hadits di atas, Amien.

Hukum bersubahat

Hukum Bersubahat Dengan Orang Yang Menipu.

Secara zahirnya hukum bersubahat atas apa-apa kesalahan adalah dikira berdosa. Walaubagaimanapun sekiranya berada dalam tekanan seperti diugut bunuh, dicederakan, ditarik haknya atau sebagainya yang boleh menjejaskan hidupnya maka ia (subahat) diharuskan. Sekiranya kadar kemarahan itu boleh dikawal dan boleh dibawa berbincang maka adalah lebih baik tidak bersubahat dan tidak terlibat dalam mana-mana penipuan.

Hak untuk tidak memaafkan

Kita Berhak Untuk TIDAK Memaafkan Orang Yang Menyakiti!

Memang kita berhak sama ada hendak memaafkan ataupun tidak.

Setelah seseorang melakukan kesalahan terhadap kita, kita berhak sama ada memberinya maaf ataupun membiarkannya terus dengan dosa-dosanya itu.

Kita boleh bersorak ria kerana mendapat pahala hasil perbuatan jahatnya terhadap kita manakala dia pula akan memikul dosa-dosanya sehingga hari Kiamat.

Bagaimana? Terasa lega?

Sesetengah orang memang begitu.  Maaf adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak mudah memberinya walaupun diminta. Apalagi jika kesalahan itu berpunca dari satu kesalahan yang disengajakan dan amat menyakitkan hati.

Tidak mudah hendak mengatakan “Sama-samalah kita” setelah seseorang itu meminta maaf.

Dalam hati terdetik, ‘Padan muka engkau, umpat aku lagi, tipu aku lagi, sakitkan hati aku lagi, sekarang tanggunglah dosa-dosa engkau sampai kiamat.’

Bagaimana, apakah anda termasuk dalam golongan ini?

Memang tiada salahnya pendirian seperti itu, sebab ia akan menjadi satu pengajaran yang amat bagus kepada si pesalah tadi. InsyaaAllah dia akan serik tidak akan mengganggu anda lagi. Itu juga menandakan ketegasan anda dan pendirian anda tidak mudah goyah.

Sifat ini memang dimiliki oleh orang-orang yang kental jiwanya dalam menempuh hidup.

Tapi tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat?

Di sana orang yang bersalah terpaksa membayar dengan memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang dizaliminya.

Hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke Neraka.

Begitulah besarnya implikasi “maaf”.

Tegas dengan pendirian tidak mahu memaafkan

Sekali lagi, sama ada anda bertegas untuk tidak memaafkan ataupun memberi maaf, ia barangkali penentu kepada nasib seseorang yang bermasalah dengan anda di Akhirat.

Seorang teman pernah mengadu kepada saya. Katanya, si Ahmad (nama contoh) telah menipunya. Dia telah menyerahkan sebahagian besar simpanannya kepada Ahmad kerana bersimpati dengan kisah hidup Ahmad.

Menurut Ahmad, dia anak beranak terpaksa bermandi hujan apabila hujan turun di tengah-tengah malam.

“katanya rumahnya belum ada atap. Tak cukup duit untuk membeli atap zink. Aku bila dengar anaknya masih kecil, terpaksa pulak mandi hujan, jam itu juga aku keluarkan simpanan aku dan berikan padanya,” adu teman saya itu.

“Engkau beri saja atau beri pinjam?” tanya saya untuk pasti. Sebab jika dia menyerahkan duit itu tanpa perjanjian bertulis yang jelas menyatakan bahawa pemberian itu bermaksud memberi pinjaman, boleh dianggap pemberian ikhlas sahaja.”

“Aku beri pinjam, sebab dia datang pada aku pun memang nak pinjam duit. Kalau aku beri dia duit, tentulah maknanya aku  meminjamkan dia duit.”

“Ahmad ada janji bila nak bayar?”

“Ya, pada hujung bulan. Sekarang ini dah dekat setahun. Yang buat aku marah ni, dia tipu aku. Sebenarnya dia bukan nak beli atap rumah, dia pergi joli entah kemana-mana. Dia duduk dengan mentua dan tak pernah nak bina rumah. Dia tipu aku bulat-bulat. Macam mana aku tak marah. Lagi pulak, sekarang ini dia marah-marah aku bila aku tuntut hutang dengan dia. Macam aku pulak yang berhutang dengan dia. Cis!” Marah betul teman saya itu.

“Jadi, kau nak halalkan saja atau macam mana?”

“Halal? Biar sampai kiamat, aku tak halal!”

Ketegasan kawan saya ini memang patut berdasarkan latar belakang kes ini. Dan dia berhak berpegang pada ketegasan itu. Tiada salahnya.

memaafkanTapi, andai andalah orang yang bersalah itu, dan anda telah meminta maaf dengan mengakui semua kesalahan anda, dia masih bertegas untuk tidak memaafkan anda, bagaimana rasanya?

Dan jika andalah manusia yang bernama Ahmad itu dan anda telah menjelaskan hutang anda tetapi dia masih tidak memaafkan, bagaimana?

Sebab itulah kita kena berhati-hati dalam menjalani hidup. Seboleh mungkin jangan lakukan sebarang kesalahan terhadap manusia terutama yang melibatkan hutang, sebab implikasinya sangat besar.

Kisah menarik dari Rasulullah SAW

Bagi anda yang pernah mengalami nasib seperti teman saya itu tadi, mari kita cuba renungkan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan buatlah pilihan sama ada bertegas TIDAK MEMAAFKAN atau sebaliknya. Pilihan memang hak anda.

Kisahnya begini, suatu hari, tatkala melihat Rasulullah SAW tertawa sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya.

Jawab Rasulullah SAW, “Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, “Ya Allah, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu”

Berfirman Allah SWT, “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!”

Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya Allah, wahai Tuhan ku. Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada orang ini.”

Dijawab oleh orang yang menuntut itu, “Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya.”

Tatkala ini, kelihatan Rasulullah SAW mengalirkan air matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, “Kemudian Allah SWT berfirman kepada orang yang menuntut itu, “Angkatlah kepalamu dan lihatlah Syurga.”

Apabila dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, “Apakah semua itu untuk Nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?’

Maka dijawab oleh Allah SWT, “Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya!”

Maka kata si penuntut itu, “Ya Allah, siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli Syurga yang amat hebat itu.”

Dijawab oleh Allah SWT, “Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimimu itu.”

Maka kata si penuntut itu, “Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku..”

Firman Allah SWT, “Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam Syurga itu.”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim.”

Penutup

Pada pandangan saya, memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya, dengan ikhlas.

Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja mampu memberi maaf seikhlas hati.

Bagaimanakah anda? Apakah senang untuk anda melupakan kesalahan seseorang terhadap anda? Mampukah anda memberi kemaafan seikhlas hati?

Siratul rahmi

Adakala orang yg melakukannya tidak merasai keperitan daripada orang yg di perlakukan.

“Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan d imuka Bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan Mereka itulah orang-orang yang dila’nati Allah SWT dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka”

Dan, Rasulullah SAW pun juga bersabda:

“Tidaklah seorang Muslim memanjatkan do’a pada Allah SWT selama tidak mengandung dosa dan memutuskan silaturahmi melainkan Allah SWT akan beri padanya tiga hal: [1] Allah SWT akan segera mengabulkan do’anya, [2] Allah SWT akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan [3] Allah SWT akan menghindarkan darinya kejelekan yang semisal.”

Para sahabat lantas mengatakan, “Kalau begitu kami akan memperbanyak berdo’a.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata,” Allah SWT nanti yang memperbanyak mengabulkan do’a-do’a kalian”.” (HR. Ahmad)

Silaturahmi merupakan wujud iman kita kepada Allah SWT dan hari akhir. Dan juga dasar tegaknya Islam. Allah SWT menyuruh kita untuk saling mengenal dan berbuat baik dengan sesama ( An-Nisa: 36).

Dengan demikian, akan terwujud rasa kasih sayang yang terjalin dalam jalinan ukhuwah Islamiyah. Nikmatnya ukhuwah Islamiyah akan terasa bila sesama kita juga mengerti akan pentingnya saling membantu dalam kebaikan. Itulah yang kita harapkan. Bahkan semua orang merindukannya.

Berikut merupakan dampak yang ditimbulkan jika Silatuhrahmi diantara sesama manusia telah terputus. Dan hal tersebut akan berpengaruh kepada dunia dan akhirat kelak. diantaranya, :

Pertama
Segala amalnya tidak berguna dan tidak berpahala. Walaupun kita telah beribadah dengan penuh keikhlasan, siang dan malam, tetapi bila kita masih memutus tali silaturahmi dan menyakiti hati orang-orang Islam yang lain, maka amalannya tidak ada artinya di sisi Allah SWT.

Kedua
Amalan salatnya tidak berpahala. Sabda Rasulullah SAW: “Terdapat 5 macam orang yang salatnya tidak berpahala, yaitu: Istri yang dimurkai suami karena menjengkelkannya, budak yang melarikan diri, orang yang mendendam saudaranya melebihi 3 hari, peminum khamar dan imam salat yang tidak disenangi makmumnya.”

Ketiga
Rumahnya tidak dimasuki malaikat rahmat. Sabda Raslullah SAW: “ Sesungguhnya malaikat tidak turun kepada kaum yang didalamnya ada orang yang memutuskan silaturahmi.

Keempat
Orang yang memutuskan tali silaturahmi diharamkan masuk surga. Sabda Rasulullah SAW: “Terdapat 3 orang yang tidak akan masuk surga, yaitu: orang yang suka minum khamar, orang yang memutuskan tali silaturahmi dan orang yang membenarkan perbuatan sihir.

Dengan Demikian, Sangatlah kita harus menjaga tali silatuhrahmi di antara sesama manusia, serta tetaplah menjaga tali persaudaraan kita agar menjadi Hamba Allah SWT yang dicintainya.

Membela orang zalim dan yang di zalimi


MEMBELA ORANG ZALIM DAN YANG DIZALIMI

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah,

Pada suatu hari Rasulullah saw naik mimbar dan menyampaikan khutbahnya yang terkenal itu: “Siapa yang merasa aku telah mengambil harta-bendanya, maka inilah hartaku, datanglah untuk mengambilnya. Dan barangsiapa yang merasa aku telah memukulnya, maka inilah punggungku, silahkan menuntut balas.”
Setiap orang tahu bahwa beliau tidak pernah mengambil harta benda orang lain, dan beliau juga tidak pernah memukul pundak seseorang. Namun beliau berupaya untuk menampakkan keadilan dan menunjukkan kengerian beliau terhadap kezaliman. Beliau mewasiatkan kepada ummatnya:
“Barangsiapa punya dosa pada saudaranya karena telah mencemarkan kehormatannya atau karena tindakan dosa lainnya, hendaknya dimohonkan maaf-keridhaanya sekarang juga, sebelum berubah bentuk menjadi dinar dan dirham (qishash?). Kalau ia punya amal saleh, akan diambil dari padanya sekedar tebusan dosanya. Kalau tidak ada kebaikan padanya, maka diambil dari dosa orang yang teraniaya itu, kemudian dibebankan baginya.”
Kiranya tidak ada yang lebih menampilkan keimanan, rasa keadilan MUHAMMAD serta perlawanannya terhadap tindak kezaliman, seperti yang diutarakan beliau dalam sabdanya ini:

“Belalah saudaramu, baik ia zalim maupun ia dizalimi.”

“Ya, Rasulullah! Apakah kalau ia berlaku zalim, akan saya bela?” Maka beliau bersabda: “Cegahlah ia dari kezaliman-nya, itulah arti pembelaan terhadapnya.”

Dengan rahmat kasihsayangnya pula, MUHAMMAD SAW senantiasa mengingatkan kita umatnya agar senantiasa berbuat kebajikan, bersikap adil serta saling tolong menolong dengan sesama., dan dengan tegas melarang kita untuk berbuat zalim., baik kepada orang lain.., dan terutama berbuat zalim kepada diri sendiri.
Dalam pandangan MUHAMMAD, kezaliman itu begitu keji sampai si zalim sendiri pun menjadi mangsanya. Bersamaan dengan ulahnya bertindak zalim terhadap orang lain, pada saat bersamaan, si zalim menampakkan kezaliman-nya terhadap dirinya sendiri. Makanya orang yang zalim itu berada dalam keadaan yang teraniaya karena sudah menzalimi diri sendiri dengan perbuatan yang melampaui batas. Dialah orang malang yang berbusana angkara murka!
Dan melawan/mencegahnya agar tidak sampai bertindak zalim, merupakan suatu upaya untuk kemenangan, kejayaan serta keselamatan bagi dirinya.

Dan perhatikanlah pula, alangkah gemilang dan tingginya rasa kemanusiaan dalam diri pribadi MUHAMMAD, seperti yang nampak dalam ucapannya:
“Belalah saudaramu, meskipun dia seorang zalim.”
Menurut penilaian dan pandangan kita, akan lebih tepat kiranya, jika sekiranya beliau bersabda: “Lawanlah saudaramu, kalau dia zalim, dan belalah dia kalau teraniaya.”

Namun penilaian dan pandangan MUHAMMAD bergaya lain, beliau lebih arif dalam menyikapinya sehingga mengucapkan kata-kata yang indah cemerlang tersebut. Mencegah kezaliman,meskipun berkaitan dengan aspek kemasyarakatannya ataupun segi revolusionernya, bukanlah suatu upaya yang destruktif terhadap kehidupan. Dan kita melihat bahwa MUHAMMAD sangat keras dalam upayanya memerangi kehinaan yang diakibatkan oleh kezaliman. Mungkin di dunia ini, hanya MUHAMMAD sajalah yang telah benar-benar memberikan bentuk perlawanan positip dan berani terhadap kezaliman itu.

Beliau telah memberikan bentuk perlawanan positip dan berani terhadap kezaliman, dalam upayanya untuk menang dan Berjaya terhadap kezaliman itu. Ada bermacam-macam bahaya kezaliman, sesuai dengan bermacam-macam pula sumbernya. Dan sejahat-jahatnya sumber kezaliman itu ialah diktator dan tiran.., yang sering kali bersembunyi dibalik slogan demokrasi, keamanan global atau pun dengan alasan kepentingan yang ‘lebih besar.’

Dan agar konspirasi jahat itu dapat berjalan mulus, para diktator dan tiran itu berupaya menutup kran kebebasan berbicara dan menyatakan pendapat, meniadakan kebebasan pers dan merekayasa hukum. Bahkan yang paling sering terjadi adalah upaya-upaya yang sistemik untuk menyiarkan kebohongan demi kebohongan public melalui berbagai media sehingga akhirnya masyarakat pun percaya dengan berita-berita yang direkayasa itu, baik karena terhasut propaganda maupun karena sudah skeptis dan akhirnya menyerah diam seribu bahasa, dalam arti membiarkan kezaliman merajalela di depan mata.

Pada diktator dan tiran, MUHAMMAD menemukan kezaliman itu di sarangnya yang paling berbahaya. Dalam hal ini, upaya untuk mengatasi kezaliman bukanlah dengan basa-basi mengharapkan kasih sayang dari penguasa zalim. Tetapi dengan menganjurkan agar mereka yang teraniaya melakukan perlawanan, dan menganjurkan semua orang agar melawan dan menghancurkan kezaliman itu dimanapun ia berada.

MUHAMMAD dengan tegas bersabda:
"Kalau kalian melihat orang zalim, dan tidak cepat bertindak, dikuatirkan Allah akan membagi rata siksa-Nya pada kalian semua”. (HR. Abu Dawud)
“Apabila ummatku tidak mampu berkata pada orang zalim: “Hai, si zalim.” Maka diucapkan selamat tinggal.”
Salah seorang sahabat beliau saw bertanya tentang jihad yang paling utama, Maka beliau bersabda:
“Kata-kata benar di hadapan Kepala Negara (Amir) yang zalim.”
Sebagai salah satu cara ampuh untuk melawan kezaliman dan kejahatan, Rasulullah saw., menganjurkan pemutusan hubungan dengan kepala negara yang zalim dimana tindak kezalimannya itu sudah dirasakan secara merata oleh seluruh rakyatnya.

Beliau bersabda:
“Akan datang suatu zaman sepeninggalku, dimana banyak kepala negara yang bertindak zalim dan berbicara bohong. Siapa yang mempercayai kebohongannya dan membantu kezalimannya itu, maka mereka itu bukanlah dari golonganku dan aku bukan dari golongan mereka. Dan barang siapa yang tidak mempercayai kebohongan mereka dan tidak memperpanjang usia kezaliman mereka, maka mereka dari golonganku dan aku dari golongan mereka.”
Malah Rasulullah memperjelas lagi ucapannya di atas dengan sabda:
“Akan datang masanya para kepala Negara dikitari sekelompok orang yang kerjanya hanya berbohong dan bertindak zalim.Siapa yang masuk menemui mereka, lantas mempercayai kebohongan dan mendukung kezaliman mereka,ukanlah dari golonganku dan akupun bukan dari golongan mereka. Dan barangsiapa tidak masuk menemui mereka, tidak mempercayai mereka, dan tidak mendukung kezaliman mereka, mereka adalah dari golonganku dan aku dari golongan mereka.”
Rasulullah saw.menunjuk pada para pembantu si zalim, dengan sabdanya:
“Mereka dikitari oleh sekelompok orang yang kerjanya berbohong dan bertindak zalim”.
Rasulullah saw. Menganjurkan agar jangan mendekati para penguasa dan para pembantu mereka, sehingga dengan demikian jadi lebih jelas kelihatan ciri kezaliman mereka.

Sabdanya:
“Siapa yang menemui mereka, bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongan mereka.”
Perhatikan kalimat: “Siapa yang yang masuk menemui mereka .... ”

MUHAMMAD ingin memencilkan (mengisolasi) mereka dari masyarakat, agar mereka merasa dikucilkan dan terhina. Kemudian karenanya mereka bertaubat, tidak melakukan kezaliman lagi dan jera akan perbuatan dosa yang telah mereka kerjakan selama ini. Dengan menunjuk hidung para pembantu penguasa yang zalim, MUHAMMAD mengungkapkan peran penting yang dilakukan kelompok ini dalam mendukung kezaliman atau dalam menopang keadilan, dalam membina atau dalam merusak para penguasa itu.

Beliau bersabda:
“Tiap penguasa pastilah punya dua kelompok pembantu; sekelompok pembantu yang menganjurkan pada kebaikan dan mencegahnya dari kejahatan, dan sekelompok pembantu yang tidak berpayah-payah dalam merusaknya.Barangsiapa dari para penguasa yang selamat dari kejahatannya, maka ia telah diselamatkan.”
Sabdanya pula:
“Kalau Allah berkehendak baik pada salah seorang kepala Negara, maka ia diberi seorang menteri yang jujur, yang kalau ia lupa, selalu mengingatkannya, dan kalau dia ingat, membantunya. Dan, kalau Allah berkehendak lain dari itu, maka ia diberi seorang Menteri yang jahat, yang kalau ia lupa, tidak mengingatkannya, dan kalau ingat, tidak membantunya.”
Semoga shalawat dan salam selalu di limpahkan-Nya bagi junjungan kita Rasulullah SAW beserta ahlul baitnya, para sahabatnya, para tabi’in, tabi’ut tabi’in serta seluruh umat Islam yang taat pada risalahnya hingga di akhir zaman.
Amin.

**
Dipetik dari buku berjudul NABI MUHAMMAD JUGA MANUSIA (dengan penambahan seperlunya) karya: Khalid Muhammad Khalid.

TRANSFORMASI KONTRAKTOR BUMIPUTERA: MENEROBOS SEMPADAN DIRI USAHAWAN BINAAN BERWAWASAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KONTRAKTOR DAN USAHAWAN NEGERI JOHOR

Kontraktor Bumiputera adalah dijemput untuk menyertai kursus;

TRANSFORMASI KONTRAKTOR BUMIPUTERA: MENEROBOS SEMPADAN DIRI USAHAWAN BINAAN BERWAWASAN

Pada hari:
12hb Ogos 2016 (Jumaat)
Masa:
 7.30pagi - 6.00ptg
Tempat:
Dewan Malaysia Productivity Corporation (MPC),
No.8, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru, Johor
Perasmian oleh:
YBhg Dato' Sri Zohari Bin Haji Akob
Ketua Setiausaha
Kementerian Kerja Raya Malaysia



PENDAFTARAN SILA LAYARI ekursus.kkr.gov.my
Kursus adalah percuma

10 mata CCD

Monday, August 1, 2016

Repeater VHF Local Jasra

Repeater Local JASRA VHF Johor Bahru akan di gunakan bagi kommunikasi Latihan Inter Agensi pada jam 12.00 tgh hingga 6.00 petang, 2 Ogos 2016. Mohon rakan2 ham TIDAK MENGGINAKAN frekuensi tersebut pada tempoh berkenaan. Sekian, Harap maklum.