Thursday, May 26, 2016

Ekspedisi Keretapi SMTSZ

EKSPEDISI KERETAPI TANAH MELAU anjuran KELAB RADIO AMATUR SMTSZ Merlimau  bersama KTM ke Ipoh, Perak, akan bermula pada 30 Mei. Jangkaan sampai semula ke Merlimau pada 01 Jun 2016 jam 5 pg. Jadual program:
Naik bas expres ke TBS.
Naik komuter ke KL Sentral.
(ada majlis pelepasan xpdc)
Naik keretapi ke Ipoh, Perak.
Balik..
Dari Ipoh menaiki keretapi ke Tampin.
Menaiki bas ke Merlimau.

Bpku johor CSR

Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) Negeri Johor mengundang dan mempersilakan kesemua Pengerusi-Pengerusi & barisan Jawatankuasa PKMMNJ seluruh Daerah dalam Negeri Johor, ke Program Khidmat Masyarakat BPKU Negeri Johor untuk menaiktaraf pagar Surau Kg Logah, Kg Jawa, Segamat dan membaikpulih Klinik Desa Gemereh, Segamat, Johor sebagaimana ketetapan berikut ;

Tarikh : 28 Mei 2016 mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Surau Kg Logah, Kg Jawa, Segamat & Klinik Desa Gemereh,Segamat, Johor.

Kedua-dua Majlis, turut dihadiri Yang Berbahagia Tuan Setiausaha Bahagian BPKU, Encik Zureen bin Zubir. Program menaiktaraf pagar Surau,(Di sebelah pagi) akan dirasmikan oleh YB Anuar bin Abd Manap, Ahli Parlimen Sekijang, manakala Program membaikpulih Klinik Desa Gemereh,(Sebelah petang) akan disempurnakan perasmiannya oleh Y.Bhg, Dato' Seri Dr. Chen Chew Min, Ketua Setiausaha Kementerian Ksihatan Malaysia.

Monday, May 16, 2016

Bazaar Ramadhan MKDJB

Gerai Ramadhan MKDJB di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Johor Bahru, Jalan Darin Halimah (depan Larkin Sentral) di buka untuk sewaan. Kadar sewa RM 250.00 + Deposit RM 50.00. Hanya untuk 30 gerai sahaja. Tempat letak kereta mencukupi. Sila hubungi : Hj Abdullah 019 7770435 atau En. Khairul 0177360989.

Monday, May 9, 2016

Mesyuarat AJK MKDJB

Mesyuarat AJK MKDJB akan diadakan pada 11 hb Mei 2016, jam 2.30 petang, bertempat di Bilek Mesyuarat, Pejabat Daerah Johor Bahru, Jalan Datin Halimah, Johor Bahru. Kehadiran adalah di hargai.

Bengkel NCS

Bengkel " Net Control Station "
Tarikh : 20/5/2016.Jumaat
Tempat : Jasra Clubhouse.
Jalan Padi Mahsuri 1, BJandar Baru Uda, Johor Bahru.
Jam: 8:30pm - 10:30pm.
Agenda :

8.30pm - 9.00pm.
Pengenalan Asas
NCS Malay Net.-9M2BAL.

9.00pm - 9.30pm.
Intro to NCS English Net (J2MEN)- 9W2IGQ.

9.30pm - 10.30pm - Praktikal.

Yuran pendaftaran adalah percuma.
Diwajibkan bawa handy talkie/rig.

Berminat Sila Hubungi : 9W2DLU (016-7185943)
& 9W2JCU(016-7152016) utk pendaftaran.
Sila nyatakan Nama, No.Telefon, callsign dan jenis rig/ handy.

- Basic asas NCS.
-Peserta  terhad dulu akan diutamakan.
- Terbuka kepada semua HAM.

Tujuan.

- Meningkatkan lagi keyakinan diri utk menjadi NCS.
-  memahami konsep & mengendalikan net dengan lebih teratur & baik serta etika yang betul.

Sunday, May 8, 2016

MENJAGA KEHORMATAN DIRI DENGAN BERTUTUR KATA YANG BAIK

Dalam Kehidupan kita berinteraksi dengan pelbagai ragam pelbagai agama, pelbagai pemahaman dan pelbagai sikap dll pelbagai.

Ada hal positif, ada hal negatif dan melihat hal-hal tidak terbatas. Dalam hal ini, Al Qur’an memberikan aturan supaya kita bertutur kata yang baik.
QS Al-Baqarah ayat 83 berarti Dan bertutur katalah yang baik kepada manusia.
“Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu, “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar)…” QS. Al-Isra’ : 53

Ketika berdebat dengan ahli kitab pun ada aturannya, Allah SWT berfirman yang artinya “Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli kitab, melainkan dengan cara yang baik, kecuali dengan orang-orang yang zalim di antara mereka ….” QS.Al-‘Ankabut : 46
QS Al-Isra’ ayat 53 berbunyi artinya “Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu, “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar).
yang lebih menarik, ayat ini juga dibaca dengan pembacaan yang lain yaitu dengan memberikan harakat terhadap huruf ha’ dan sin dengan harakat fatihah. Allah SWT berfirman
Wa quww luww linnaa si hasanaa yang artinya “Dan bertutur katalah dengan baik kepada manusia”.
Ulama berkata “Tutur kata yang baik mencakup cara penyampaian yang baik dan konten yang baik, penyampaian yang baik harus dengan halus dan beradab bukan dengan suara keras dan membentak-bentak. Konten yang baik disini berisi hal yang positif dan setuap tutur kata yang positif harus disampaikan dengan cara yang baik”.
Bertutur yang baik itu merangkumi semua mahluk termasuk, muslim, kafir, kedua orang tua, suami, istri, anak-anak, orang-orang terdekat, pembantu, pekerja dan lainnya.
Bukalah Al Qur’an, niscaya kita akan mendapati beberapa hal lain untuk bertutur kata yang baik,
misalnya untuk kedua orang tua ada di dalam QS Al-Isra ayat 23 yang artinya “…Dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik”
untuk yang memerlukan bantuan
“Dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau menghardiknya” QS.Adh-Dhuha ayat 10
adalagi firman Allah saat memuji sikap dan perilaku Ibad Ar-Rahman (hamba-hamba yang baik) yang ada dalam QS Al-Furqan : 63 yang artinya “..Dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka dengan kata-kata yang menghina, mereka mengucapkan salam”.
Ibnu Jarir Ath_thabari Rahimahullah berkata tentang ayat ini, “Jika orang-orang yang tidak mengenal Allah itu menyapa para hamba Allah yang baik dengan kata-kata yang tidak disukai, maka mereka menjawabnya dengan perkataan mulia dan tutur kata yang baik”.
Seseorang yang diuji mendengar percakapan yang menyakitkan, berusahalah sabar menerima, mengimbangi tindakan kurang pintar dengan bijaksana dan membalas dengan perkataan menyakitkan dengan tutur kata yang menyejukkan.
Sumber :
50 kaidah kehidupan dalam Al-Qur’an, DR.Umar Bin Abdullah Al-Muqbil. Jakarta Timur : Darus Sunnah Press