Thursday, April 16, 2015

AGM Jasra

AGM Jasra Johor akan di adakan pada jam 12 tgh, 25/4/15, hari sabtu, bertempat di Pusat Pertanian Air Hitam, Jalan Kluang, Air Hitam, Johor. Kehadiran di hargai

Sunday, April 12, 2015

GOLF AMAL ALUMNI 4B (M) NEGERI JOHOR 2015

ALUMNI 4B JOHOR akan mengadakan Pertandingan GOLF AMAL ALUMNI 4B (M) NEGERI JOHOR 2015, pada 13 hb Jun 2015, bertempat di LEGEND RESORT, SEDENAK, JOHOR. Bayaran penyertaan RM 250.00 untuk ahli Alumni 4B Malaysia. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Tuan Hj Sofian Jab, 0197182958, atau Tuan Hj Ramly Othman 012 708 5454. Segala kutipan program ini akan di berikan kepada anak-anak yatim yang akan di pilih.

Thursday, April 9, 2015

SOTA 2015

Sota Jasra 2015

Sempena dengan program bengkel antenna VHF jarak jauh dan hari telekomunikasi sedunia pada 17hb april 2015. JASRA mencadangkan satu aktiviti DX khusus utk VHF dan HF diadakan pada 17-18/4/15. Peserta yang berminat boleh beri persetujuan dengan memberi nama penuh  dan IC pada 9M2RZL untuk dikemukakan pada pihak berwajib yang menjaga puncak gunung Pulai.  Secara am nya projek ini akan dijalankan selama 24jam dimana waktu kemuncak adalah jam 5ptg hingga 12malam. Ini bermakna peserta akan bermalam di atas gunung Pulai  Tarikh event mula 17hb jam 3ptg berakhir 12ptg 18hb April 2015.  Keutamaan di berikan kepada ahli JASRA.

Wednesday, April 8, 2015

PAMERAN RADIO AMATUR

Smk Seri Medan akan mengadakan Hari Keusahawanan Sekolah bagi tahun 2015. Sehubungan itu pihak kelab radio amatur sekolah (SEMRAC) telah mengundang JASRA untuk mengadakan pameran radio amatur pada 25 April 2015, jam 8.00 pagi – 1.00 petang. Kunjungan rakan2 HAM amatlah di hargai

Tuesday, April 7, 2015

Mesyuarat khas ajk

Mesyuaratt khas AJK Perkon Johor sempena AGM akan diadakan pada jam 2.30 ptg,  13/4/15, Hari Isnin,  di Bilek Mesyuarat KJE Holdings,  Nong Chik Commercial Height,  Jln Kolam Ayer,  JB.  Kehadiran di hargai.

Agm Perkon Johor

Mesyuarat agung tahunan perkon johor akan di adakan pada jam 10 pg. 21 April 2015, Hari Selasa, di Hotel Mutiara, Jalan Dato Sulaiman Menteri, JB. Kehadiran di hargai

Landfill seelong

Utk makluman kontraktor yg menggunakan landill seelong. Saya baru menerima panggilan dari landfill seelong yg meminta semua subkon melupuskan sampah dibahagian atas. Mereka menghadapi masalah ketiadaan diesel oleh pihak pembekal dan dgn ini tidak dapat menggerakkan jentera mereka. Pembekal dijangka menghantar disel pada tengahari ini. Sunkon bolih menunggu atau adjust waktu pembuangan sebelah ptg sekiranya tidak mahu buang dibhg atas. Lambakan sampah dari pasir gudang, simpang renggam dan bp menambahkan masalah pelupusan. Ini alasan yg diberikan tadi. Harap maklum.

Agm perkon johor

Mesyuarat agung tahunan perkon johor akan di adakan pada jam 10 pg. 21 April 2015, Hari Selasa, di Hotel Mutiara, Jalan Dato Sulaiman Menteri, JB. Kehadiran di hargai

Sunday, April 5, 2015

Program Lestari Johor

Program Lestari Johor akan diadakan pada 19/4/15, di Taman Universiti,  Skudai.  YAB Menteri Besar Johor  akan merasmikan Program  dan melaksanakan akituviti litter picking.  Semua AJK dan ahli Perkon Johor di wajibkan hadir.  Pakaian rasmi Perkon  warna putih wajib di pakai pada Program tersebut.