Monday, March 30, 2015

Meter Directional Antenna Worksho

Meter Directional Antenna Workshop akan diadakan pada 12 hb April 2015 ( Hari Ahad) ,dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang, di Rumah Kelab Jasra, Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, JB. Anda boleh membawa anttena yang telah bina bersama catatanmaklumat dan di uji pada hari tersebut. Maklumat membina anttenaboleh didapati di internet. Terbuka kepada semuapengiat radio amatur. Sebarang maklumat, sila hubungi 9M2RZL Saudara Rizal (0137554815) atau 9W2JOH, Saudara Feroz (019 7666000).

Wednesday, March 25, 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor Kali yang ke -18

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor Kali yang ke -18, akan diadakan pada 5 April 2015, mulai jam 12.00 tengahari bertempat di Dewan Perdana PKMMNJ, Wisma PKMMNJ, Taman Universiti, Johor Bahru.

Sunday, March 8, 2015

Menang tetap kalah

MENANG TAPI KALAH

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...

Yang menang.. cuma ego diri  sendiri yang susah..
mengalahkan ego diri sendiri..

Mari kita renung bersama...

Apabila menerima teguran, usah terus melenting,

bersyukurlah,
masih ada yang mahu menegur kesilapan kita

Wallahua'lam

اسلام عليكم

Pengerusi penyelaras kawasan Parlimen

Assalamualaikum
YB / YBhg
Datuk Wira / Datuk / Tuan
Pengerusi Negeri.

Sukacita dapat mengemukakan Maklumat Peribadi & Gambar Pengerusi Penyelaras Kawasan sprt berikut:

a) Nama Penuh (mengikut kad pengenalan)

b) No. Kad Pengenalan

c) Pekerjaan

d) No Telepon

e) Alamat Email

f) Alamat kediaman

Maklumat diatas diperlukan utk menyediakan Watikah Perlantikan yg akan disampaikan oleh YB Tan Sri Presiden pada Mesyuarat Agung Khas pada 4 April 2015 nanti.

Kerjasama YB / YBhg sangat dihargaim

Program ziarah sahabat

Alumni 4B (M) Negeri Johor akan mengadakan Program Ziarah Sahabat  di peringkat Kawasan Parlimen. Semua Pengerusi Kawasan Parlimen di kehendaki menghubungi Setiausaha / Ketua Penerangan / Biro keahlian / Biro Kebajikan bagi menetapkan tarikh dan masa dikawasan masing-masing. Program ini juga akan merangkumi kempen keahlian Alumni 4B Malaysia dan ziarah ahli2 Alumni 4B yang sedang sakit atau uzur.

Ajk kawasan Parlimen

Semua Pengerusi Kawasan Parlimen yang telah di lantik oleh AJK Alumni 4B (M) Negeri Johor di kehendaki menghantar senarai barisan AJK di peringkat kawasan Parlimen pada / sebelum 4/7/2015.

Renungan

Dalam hidup ini kita boleh berbeza pendapat. Kita juga berhak mengemukakan pandangan dan fakta yang kita yakini benar. Namun, dalam masa yang sama kita berusaha menjaga hubungan baik sesama muslim, bahkan sesama insan. Perbezaan tidak semestinya membawa kita bertegang habis-habisan. Kita boleh berbeza dan tidak bersetuju tapi terus bersama dalam ukhuwwah islamiyyah yang luas yang membawa kita boleh duduk bersama, minum dan tersenyum.

Program Townhall bersama Pengarah PPSPPA Johor

Program Townhall bersama Pengarah PPSPPA negeri Johor akan diadakan esok pd 9hb Mac 2015 (Isnin) di pejabat korporat SWM Kangkar Tebrau jam 2.00 ptg, kontraktor SWM JB, JBT & Pasir Gudang wajib menghantar seorang wakil,

Perkehemahan antarabangsa PBSM

Bersempena perkhemahan antarabangsa PBSM,  pada 19-22/3/15, Jasra akan mengadakan aktiviti Radio Amatur.  Ianya juga akan merangkumi pameran,  penggunaan vhf,  kommunikasi  HF,  dan penerangan.  Sesiapa yang berminat untuk membantu,  sila hubungi 9W2JOH, Saudara Feroz di 0197666000

Saturday, March 7, 2015

Lawatan ke pulau mabul dan sampoerna

Program Lawatan Alumni 4B Johor ke Pulau  Mabul dan Sampoerna akan di laksanakan pada 8-11/5/15. Sesiapa yang berminat sila hubungi Pengerusi Negeri atau Tuan Hj Sunawan.

Program santai taman negara selai

Program santai taman negara selai akan di adakan pada bulan jun.  Penginapan chalet 2 bilek,  rm 200.00, chalet 1 bilek  rm 120, pondok rm 60.00, berkhemah rm 20.00...Jom kita santai bersama keluarga.

Friday, March 6, 2015

UNIT SUKAN MENEMBAK JASRA JOHOR

UNIT SUKAN MENEMBAK JASRA JOHOR telah di persetujui penubuhannya, di bawah gabungan PERSATUAN MENEMBAK NEGERI JOHOR. Ahli2 JASRA yang berminat untuk menyertai sesi latihan atau pertandingan menembak, sila hubungi Ketua Biro, Unit Sukan Menembak JASRA - 9W2BPC, Saudara Mohd Ali 0137836854.

Thursday, March 5, 2015

Mohom ampun dan maaf

Saya menyusun sepuloh jari,  mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan dengan rakan2. Imsha allah,  Saya akan berangkat memgerjakan ibadah umrah pada 11/3/2015. Mohon doa restu dari rakan2.

Operasi Tiong 2

Operasi Tiong 2 akan di akan diadakan pada 16 hb Mac 2015. Program akan dilaksanakan bersama  kakitangan Taman Negara Selai utk buat track & servis repeater. Jika ada yg berminat untuk turut serta,  sila bawa makan sendri dan hunungi 9W2SGT

Tuesday, March 3, 2015

JASRA 2M NET - 4/3/2015

JASRA akan mengadakan acara 2M Net pada malam, 4/3/2015, Hari RABU, pukul 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2JYN. Op: Saudara Juraimi, QTH: Johor Bahru. Penyertaan anda menceriakan acara tersebut adalah di hargai. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA