Friday, February 27, 2015
Mesyuarat Agung Khas (EGM) Alumni 4B Malaysia
Mesyuarat MKT Alumni 4B Malaysia
Thursday, February 26, 2015
Mesyuarat Agong Tahunan kali yang ke 17 PERKON JOHOR
ATURCARA MAJLIS
8.30 pagi – 9.30 pagi - Sessi Pendaftaran Ahli PERKON.
Minum Pagi
10.00 pagi - Mesyuarat Agung Tahunan ke 17
1100 pagi - Bacaan Doa
- Ucapan YB Datuk Hj Abdul Latif Bin Bandi,
EXCO KPKT Negeri Johor
Ucapan Tn Hj Noordin A. Latif,
YDP PERKON JOHOR.
12.00 tgh - Makan Tengahari.
Wednesday, February 25, 2015
Mesyuarat AJK Alumni 4B (M) Negeri Johor kali 1/2015
Thursday, February 19, 2015
ACARA 2M WEEKLY ENGLISH NET
Tuesday, February 17, 2015
JASRA 2M NET & CNY SPECIAL
Thursday, February 12, 2015
Hiduplah untuk Allah
Memetik sebahagian kalam hebat Sheikh Dr. Aid Al Qarni:
التوفيق من الله سبحانه وتعالى
Taufik hanya dari Allah SWT
نحن لسنا السكان الأصليين
لهذا الكوكب الأرض !!
بل نحن ننتمي إلى ( الجنّة )
Kita bukanlah penduduk asli bumi, asal kita adalah di syurga
حيث كان أبونا آدم
يسكن في البداية
لكننا نزلنا هنا مؤقتاً
لكي نؤدّي اختبارا قصيرا
ثم نرجع بسرعة ..
Tempat, dimana org tua kita, Adam, tinggal di permulaan.
Kita tinggal di sini hanya untuk sementara,
Untuk mengikuti ujian lalu segera kembali.
فحاول أن تعمل ما بوسعك
لتلحق بقافلة الصالحين
التي ستعود إلى وطننا الجميل الواسع
و لا تضيع وقتك في هذا الكوكب الصغير
Maka berusahalah semampumu,
Untuk mengejar kafilah org2 sholeh, Yang akan kembali ke tanah air yg sgt luas
Jgn sia2kan waktumu di planet kecil ini..!
الفراق: ليَس السفِر، ولا فراق الحب، حتىّ الموت ليس فراقاْ
سنجتمَع في الآخرة
الفراق هو: أن يكون أحدنا في الجنة،
والآخر في النار
جعلني ربي وإياكمَ من سكان جنته..
Perpisahan itu bukanlah kerana perjalanan yg jauh,
Atau kerana ditinggal orang tercinta,
Bahkan, kematian pun bukanlah perpisahan, sebab kita pasti akan bertemu di akhirat.
Perpisahan itu adalah,
Jika salah satu diantara kita di syurga dan yg lain di neraka.
Semoga Allah swt menjadikan kita semua sebagai penghuni syurga!
والحياة ما هي إلا قصة قصيرة !!
( من تراب . تراب . إلى تراب )
( ثم حساب . فثواب . أو عقاب )
Hidup ini adalah cerita pendek, dari tanah, di atas tanah, dan kembali ke tanah,
Lalu hisab (yg hanya menghasilkan dua kemungkinan); pahala atau seksa.
فعش حياتك لله - تكن أسعد خلق ﷲ
اللهم لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك
Maka, Hiduplah utk Allah nescaya kau akan jadi makhluk-Nya yg paling bahagia.
Ya Rabb utkmu segala puji yg layak utk kemuliaan wajah-Mu dan keagungan kekuasan-Mu!
Hari radio sedunia
TANGGAL 13 Februari, 2015 adalah Hari Radio Sedunia. Hari Radio Sedunia disambut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pentingnya radio, sekaligus memperingati lahirnya radio serta perkembangannya yang bertahan di tengah kepesatan perkembangan transformasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini.
Sejak siaran pertama ke udara lebih dari 100 tahun yang lalu, radio telah terbukti menjadi sumber informasi yang kuat untuk memobilisasi perubahan sosial kehidupan masyarakat. Dalam era digital, radio terus menjadi relevan, karena orang ramai mendengar melalui komputer, radio satelit dan peranti mobile.
Idea awal berasal dari Akademi Radio Sepanyol (Spanish Academy of Radio) dan secara rasmi disampaikan oleh Delegasi Tetap Sepanyol ke UNESCO untuk Dewan Eksekutif sesi 187 pada bulan September 2011.
Pada tanggal 3 November 2011, 36 th General Conference, UNESCO mengakui “kekuatan transformasi radio” dengan mendirikan Hari Radio Sedunia. Hari yang dipilih adalah 13 Februari kerana merupakan hari lahirnya radio Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) iaitu pada tahun 1946.
Selamat Menyambut Hari Radio Sedunia. Sejak itu, 13 Februari dijadikan Hari Radio sedunia untuk disambut oleh penggerak-penggerak radio. Kali pertama dunia memperingati Hari Radio Sedunia (World Radio Day) adalah pada 13 Februari 2012.
Tuesday, February 10, 2015
Mesyuarat ajk Jasra
Mesyuarat AJk Jasra kali 1/2015, akan di adakan pada jam 2.30 ptg, 28/2/15, Hari Sabtu bertempat diBangunan Ozzdong, No 51, Jalan kuning 2, Taman Pelangi. JB. Kehadiran di hargai.
JASRA 2M NET - 11/2/15
Tuesday, February 3, 2015
JASRA 2M NET - 4/2/15
Monday, February 2, 2015
Kuasa pengguna
Saya merasakan sudah tiba masanya seluruh rakyat Malaysia bersatu hati bagi mempertahankan hak kita sebagai pengguna.
Pengguna seolah-olah hilang arah dan merasakan kita tiada pilihan apabila harga dinaikkan oleh para peniaga.
Kita juga terpaksa menelan hakikat bahawa harga barangan terpaksa dinaikkan disebabkan kos bahan api yang meningkat. Oleh kerana kita adalah pengguna prihatin terhadap nasib peniaga, maka pengguna Malaysia seakan-akan redha dan sanggup berkongsi kesusahan dengan peniaga. Menanggung kenaikan harga barangan bagi mengelakkan kerugian peniaga.
Namun keadaan berlaku sebaliknya, apabila harga minyak turun sehingga mencecah RM1.70 seliter, peniaga tiada pula rasa kasihan kepada pengguna.
Alasan yang diberikan tetap sama, mereka adalah peniaga kecil saja, pembekal tidak turunkan harga. Pembekal pula menyalahkan pemborong, pemborong menyalahkan pedagang.
Jika ini adalah senarionya, maka benarlah saranan YB Dato Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani agar para pemborong dan pedagang harus diboikot agar mereka sedar bahawa, hakikatnya kuasa adalah di tangan pengguna, bukannya mereka.
Oleh itu, pedagang dan pemegang kartel tanpa mengira bangsa harus dijadikan sasaran. Apabila mereka menurunkan harga, maka yang lain lain akan juga menuruti langkah tersebut