Persatuan Kontraktor
Melayu Malaysia Negeri Johor (PKMMNJ) akan mengadakan Majlis Perjumpaan
& Ramah Mesra / Dialog di antara Tuan Ir. Haji Mahmood bin Amir,
Yang DiPertua PKMMNJ dengan kesemua ahli-ahli PKMMNJ di daerah Kulaijaya
dan Johor Bahru pada jam 1.30 petang, 6/11/2013. Majlis akan diadakan
bertempat di Dewan Perdana PKMMNJ, Wisma PKMMNJ, Jalan Kebudayaan 21,
Taman Universiti, 81300 Johor Bahru. Kesemua ahli-ahli PKMMNJ di
kedua-dua daerah yang terlibat dengan segala hormatnya dipersilakan
hadir.
Thursday, October 31, 2013
MESYUARAT AJK PKMMNJ - 6/11/2013
Mesyuarat Jawatankuasa & Pengerusi
Perhubungan Daerah Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor bil
2/2013 (Sesi 2013-2016), akan diadakan pada 6 November 2013 (Rabu)
mulai 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat PKMMNJ, Wisma PKMMNJ,
Jalan Kebudayaan 21,Taman Universiti, 81300 Johor Bahru. Kesemua
barisan kepimpinan PKMMNJ, dengan segala hormatnya dijemput hadir.
Kesudian Y.Bhg.Tuan/Puan menghadiri mesyuarat ini adalah amat dihargai
dan diucapkan jutaan terima kasih.
Wednesday, October 30, 2013
JASRA 2M NET - 30/10/2013
JASRA
JOHOR SEDANG mengadakan Acara 2M Net, pada malam ini, 30/10/2013, Hari
Rabu, jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700,
Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau
ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2BTD. QRA: PAK LAH. QTH: BANDAR
KLUANG, JOHOR. Penyertaan anda didalam menceriakan acara tersebut adalah
di hargai. SESI "ENGLISH NET" juga diadakan selepas acara 2M Net, yang
di kendalikan olih 9W2IGQ, Op: SAUDARA ALI, QTH: BANDAR PASIR GUDANG.
TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA
Tuesday, October 29, 2013
BUMIPUTRA TIDAK KUALITI - PETIKAN DARI CHEDET.CC
1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Bumiputra tidak pernah
diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut
Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui,
Bumiputra tiada kualiti.
2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Bumiputra.
3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Bumiputra untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.
4. Kerajaan yang dianggotai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Bumiputra yang tidak berkualiti ini.
5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Bumiputra yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Bumiputra, tetapi kerana mengutamakan merit.
6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.
7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun tidak berjuang untuk membebaskan negara dari penjajah.

Monday, October 28, 2013
PULAU SIBU RETREAT - 29/11 - 1/12/2013
Sunday, October 27, 2013
Saturday, October 26, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)