Sunday, April 29, 2012
Friday, April 27, 2012
NOTA PENERANGAN PENUBUHAN MARL
Di bawah adalah nota penerangan MARL.
Tiada halangan jika ingin dimuatkan ke dalam blog
atau facebook persendirian.
Nota dalam format pdf
- http://www.mediafire.com/?0qx5d97wsdbw668
Nota dalam format slide .pptx
- http://www.mediafire.com/?awgq4ciukw9zfp7

Thursday, April 26, 2012
MELAYU JOHOR
RENUNGAN UTK BANGSA MELAYU JOHOR
MELAYU JOHOR
Oleh : Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang
Sasterawan Negara
Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.
Di Johor
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu.
Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan di kira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia samapai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat
Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.
Berkelahilah cara Kerajaan Melayu Bentan
Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolok permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.
Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan di hulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.
Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah.

FAQ / NOTA PENERANGAN PENUBUHAN MARL
SOALAN-‐SOALAN
LAZIM
/
FAQ
CADANGAN
PENUBUHAN
PERTUBUHAN
BARU
SEBAGAI
WAKIL
RASMI
SEMUA
PERSATUAN
RADIO
AMATUR
DI
MALAYSIA
1. MENGAPA DIMULAKAN USAHA INI ?
a. Usaha ini dimulakan kerana sudah bertahun-‐tahun isu-‐isu yang melibatkan kepentingan semua operator radio amatur di Malaysia masih belum dapat diselesaikan.
b. ‘Wakil’ radio amatur yang dipanggil oleh SKMM tidak mewakili semua radio amatur secara sah dan tidak menyuarakan pendapat dan kepentingan semua radio amatur di Malaysia
c. Pertambahan operator radio amatur menyebabkan pertambahan kepada persatuan-‐persatuan baru. Senario hanya satu persatuan yang sedia ada untuk mewakili semua sudah tidak sesuai.
2. APAKAH ISU-‐ISU TERSEBUT ?
a. Masih tiada pihak yang dapat menjadi wakil rasmi semua atau majoriti radio amatur untuk berurusan dengan SKMM. Ini disebabkan oleh tiada badan rasmi yang mewakili semua radio amatur secara sah (dipersetujui oleh semua radio amatur)
b. Pendapat atau cadangan individu atau dari satu persatuan adalah lemah dan tentu sekali tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya
c. Pendapat majoriti operator radio amatur tidak dapat dikumpulkan secara rasmi untuk menguatkan usaha atau cadangan yang dapat memberi kebaikan kepada semua
d. Mana-‐mana persatuan yang sedia ada tidak sesuai menjadi pertubuhan induk untuk gabungan kerana perlembagaan masing-‐masing mendahulukan kepentingan ahli individu yang berhak untuk mengundi daripada individu atau persatuan yang menjadi ahli bersekutu sahaja.
3. 3. APAKAH ISU-‐ISU TERTUNGGAK YANG MELIBATKAN KEPENTINGAN SEMUA RADIO AMATUR ?
a. Fi peruntukan radas radio amatur
b. Fi dan caj kelulusan radas radio amatur oleh SIRIM
c. Undang-‐undang dan garis panduan radio amatur
d. Representasi yang sah dan rasmi untuk semua radio amatur
e. Cadangan dan pendapat untuk penambahbaikan dan pembanguan radio amatur yang tidak langsung mendapat maklumbalas pihak yang bertanggungjawab
f. Penguatkuasaan ke atas penggunaan frekuensi / spektrum radio amatur oleh pihak bukan pepegang lesen sah radio amatur
g. Gangguan ke atas frekuensi / spektrum radio amatur
h. Keperluan mendapatkan sokongan daripada persatuan tertentu untuk repeater, callsign dsb
4. SEHARUSNYA PERSATUAN-‐PERSATUAN LAIN BERNAUNG DI BAWAH PERSATUAN TERTENTU YANG SEDIA ADA. ADAKAH INI TIDAK BOLEH DILAKUKAN ?
a. Persatuan tertentu yang mendakwa diiktiraf mengetuai semua radio amatur di Malaysia menerima individu dan persatuan sebagai ahli. Namun perlembagaannya hanya membenarkan ahli individu mengundi dan menjadi ajk. Oleh yang demikian, ianya mengutamakan kepentingan ahli yang berhak mengundi sahaja. Bagaimana pula hak dan kepentingan persatuan yang menjadi ahli bersekutu sahaja? Jika persatuan dibenarkan mengundi sekali pun, 1 undi individu tidak sama dengan 1 undi dari satu persatuan yang ahlinya ramai.
b. Akta Pertubuhan dan Akta Komunikasi dan Multimedia tidak memberi kecenderungan atau memihak kepada persatuan tertentu sahaja kerana undang-‐undang tidak memihak kepada sesiapa pun. Jika ada disebut di dalam peraturan, kaedah atau garispanduan, maka ianya tidak selari dan bercanggah dengan Akta induk.
c. Senario radio amatur di Malaysia sekarang membuka peluang kepada mana-‐mana individu untuk mendaftar pertubuhan baru dan bergerak di dalamnya mengikut kecenderungan dan minat masing-‐masing. Ini perlu disokong atas dasar keadilan hak masing-‐masing dan membantu perluasan dan pembanguan dunia dan industri radio amatur di Malaysia.
d. Jika terdapat mana-‐mana persatuan yang : i. Bersikap adil kepada persatuan-‐persatuan yang menjadi ahlinya dengan membolehkan mereka mengundi semasa AGM/EGM; ii. Tiada masalah pengurusan, akaun tahunan atau pentadbiran; iii. Bersikap telus, tiada layanan memilih; iv. Bertanggungjawab menyebarkan laporan, hasil mesyuarat yang dihadiri wakilnya di peringkat dalaman atau antarabangsa kepada semua radio amatur di Malaysia maka, sokongan seharusnya diberikan. Realitinya, tiada mana-‐mana persatuan yang ada sekarang yang dapat memenuhi kriteria di atas.
5. ADAKAH IARU MEMBERI ‘PENGIKTIRAFAN’ KEPADA SATU SAHAJA PERSATUAN UNTUK SATU NEGARA?
a. Tiada mana-‐mana peruntukan di dalam perlembagaan, undang-‐undang kecil atau peraturan IARU atau IARU-‐R3 yang memberi pengiktirafan, hanya dinyatakan keahlian IARU untuk setiap negara hanyalah dari satu persatuan sebagai wakil negara.
b. IARU hanyalah sebuah persatuan yang didaftarkan di Amerika Syarikat yang mana ahli-‐ahlinya secara sukarela bersetuju untuk menerima standard yang ditetapkan oleh ITU.
6. MENGAPA TIDAK DIWUJUDKAN SUATU FORUM ATAU MAJLIS DARIPADA MENDAFTAR PERTUBUHAN BARU?
a. Forum, majlis atau jawatankuasa tidak dapat bergerak secara efektif dan berkesan kerana sesebuah badan yang tidak didaftarkan tidak mempunyai kapasiti rasmi untuk bertangungjawab ke atas segala perbuatan atau tindakannya. Ini tidak memberi suatu keyakinan kepada anggota-‐anggotanya. Jika terdapat kepincangan, tiada tindakan dapat diambil ke atas ahli ajk yang bertanggungjawab.
7. ADAKAH PERTUBUHAN YANG BARU AKAN LEBIH EFEKTIF?
a. Pertubuhan berdaftar yang baru dapat dibentuk melalui perlembagaannya untuk mewakili semua persatuan dengan lebih adil, saksama dan telus. Semua persatuan mempunyai hak mengundi dan bersuara yang sama. b. Pertubuhan berdaftar yang baru , yang mana ahlinya hanyalah peratuan-‐ persatuan dan bukan individu, melalui perlembagaan baru yang dipersetujui oleh semua ahlinya, akan mewakili dan menjaga kepentingan semua persatuan dan ahli-‐ahli persatuan masing-‐masing
c. Tidak akan terdapat usaha kumpulan individu atau persatuan-‐persatuan tertentu untuk menguasai semua radio amatur di Malaysia kerana setiap persatuan mempunyai 1 undi masing-‐masing dan pemilihan adalah mengikut pilihan majoriti.
d. Oleh yang demikian, pertubuhan baru tersebut akan menyuarakan pendapat dan menjaga kepentingan majoriti persatuan-‐persatuan.
e. Cara ini adalah berkesan kerana model gabungan industri ini dinyatakan di dalam CMA 1998 dan diguna pakai oleh SKMM :-‐
f. Kepentingan syarikat-‐syarikat telekomunikasi = Malaysian Access Forum Sdn Bhd dan Malaysian Technical Forum Sdn Bhd (pemegang sahamnya adalah semua sykt telekomuniasi di Malaysia)
g. Kepentingan pengguna-‐pengguna perkhidmatan telekomunikasi – Malaysian Consumer Forum (pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan yang mana ahli-‐ahlinya terdiri daripada semua persatuan-‐ persatuan pengguna di Malaysia)
h. Contoh-‐contoh lain:-‐ i. Federation of Malaysian Manufacturers Association ii. FOMCA iii. Federation of Livestock Farmers' Associations iv. Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia v. Gabungan Pelajar Melayu Melayu Semenanjung vi. Kuala Lumpur Malay Chambers of Commerce vii. The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia
8. ADAKAH PERANAN DAN FUNGSI PERSATUAN-‐PERSATUAN SEDIA ADA AKAN DIAMBILALIH OLEH PERTUBUHAN GABUNGAN BARU?
a. Tidak sama sekali, malah pertubuhan baru akan menyokong semua objektif, peranan rasmi dan aktiviti-‐aktiviti persatuan masing-‐masing.
b. Sebagai contoh, pertubuhan baru akan menyokong persatuan yang menjadi wakil untuk Malaysia di dalam IARU dan akan membantu persatuan tersebut menyebarkan kepada semua hasil mesyuarat dan konvensyen IARU.
c. Jika mana-‐mana persatuan sedia ada menjadi tuan rumah kepada GAREC, SEANET, IARU Convention, Globalset dsb, gabungan baru akan menyokong persatuan tersebut dan memastikan semua membantu menjayakannya demi maruah dan kepentingan semua amateur radio di Malaysia.
9. CADANGAN PERTUBUHAN BARU
a. Nama : Gabungan Radio Amatur Malaysia / Malaysian Amateur Radio league
b. Keahlian yang boleh mengundi dan memegang jawatan: Terbuka kepada semua persatuan berdaftar radio amatur. Persatuan akan melantik secara rasmi Presiden, Timbalan Presiden atau Setiausaha masing-‐masing sebagai wakil rasmi persatuan untuk mengundi, menghadiri mesyuarat atau memegang jawatan bagi pihak persatuan
c. Ibu pejabat : Kuala Lumpur / Selangor (cadangan)
10. TUJUAN PENUBUHAN
a. Jalan terbaik untuk menggabungkan semua persatuan dengan telus, terbuka, adil dan tanpa sebarang isu atau agenda
b. Mengguna pakai model industri yang diperuntukkan oleh CMA 98 untuk industri telekomunikasi dan diterima oleh SKMM
c. Tidak ketentuan masa dan isu-‐isu dalaman persatuan dapat dielakkan jika mana-‐mana persatuan yang sedia ada meminda perlembagaan pertubuhannya untuk mengambil peranan sebagai pertubuhan gabungan seperti yang dicadangkan
d. Mempercepatkan inisiatif-‐inisiatif bersepadu untuk memberi keadilan yang saksama kepada semua persatuan dan individu radio amatur di dalam menangani isu-‐isu radio amatur yang sekian lama tertunggak
11. OBJEKTIF UTAMA MARL
a. Menyatupadukan semua persatuan radio amatur di Malaysia di bawah satu naungan untuk mengukuhkan suara semua operator radio amatur di Malaysia dalam menyuarakan pendapat dan menjaga kepentingan radio amatur seluruh Malaysia.
b. Memastikan dan menjaga kepentingan semua operator radio amatur berkaitan undang-‐undang, peraturan, garispanduan dan polisi yang melibatkan radio amatur di Malaysia
c. Memastikan wakil yang mewakili radio amatur di dalam mana-‐mana urusan rasmi dengan SKMM atau mana-‐mana agensi lain adalah wakil yang dipersetujui oleh semua radio amatur di Malaysia d. Menggerak dan menyokong segala usaha untuk pembangunan industri radio amatur di Malaysia yang memanfaatkan semua operator radio amatur seluruh negara.

Wednesday, April 25, 2012
Tuesday, April 24, 2012
ROADSHOW PENUBUHAN MARL PANTAI TIMUR (5/5/2012)
PROGRAM ROADSHOW MARL PANTAI TIMUR.
Di jemput semua persatuan2 / Kelab2 HAM yg berdaftar dengan ROS di kawasan Pantai Timur untuk menghadiri satu Majlis Taklimat Penubuhan MARL sebagaimana berikut:
Tarikh: 5hb Mei 2012 (Hari Sabtu)
Masa: 2.00 petang - 5.00 petang.
Tempat: Permai Inn Hotel, Kuala Trengganu.
Agenda:
2.00 - 2.30 - Kehadiran Jemputan.
2.30 - 2.35 - Kata2 Aluan Pengerusi Squad 99.
2.40 - 2.45 - Kata2 Aluan urusetia MARL
2.45 - 3.00 - Ucapan YB EXCO Pembangunan Infrastruktur & Kemudahan Awam Negeri Trengganu
3.15 - 4.00 - Taklimat Penubuhan MARL
4.00 - 4.30 - Sessi Soal Jawab
4.30 - 5.00 - Jamuan
5.00 - Bersurai
Kehadiran Pemimpin2 Tertinggi Persatuan/Kelab HAM dan rakan2 HAM amatlah di hargai
Monday, April 23, 2012
KERJA GOTONG ROYONG PERALATAN KOMMUNIKASI DI PBSM JOHOR (28/4/2012)
JASRA JOHOR akan mengadakan kerja-kerja Gotong Royong memulihkan peralatan & Antenna HF & VHF di PBSM Negeri Johor, Jalan Kacung, Tampoi, JB, pada jam 9.00 pagi, Hari Sabtu, 28hb April 2012. Sekiranya rakan2 HAM yg mempunyai kelapangan, bolihlah turut serta. Sila hubungi SU, 9W2EKP untuk maklumat lanjut.
Sunday, April 22, 2012
MAJLIS PENABALAN YDB & YDM (12/5/2012)
JEMPUTAN KE MAJLIS UNTOK MENABALKAN Yang DiPertuan Besar dan Yang DiPertuan Muda, pada 12hb Mei 2012, di Pulau Penyengat, Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia. Ahli2 Keluarga PARIMBUNIS adalah di jemput hadir.
Thursday, April 19, 2012
BRAINSTORMING MKDJB (27/4/2012)
BRAINSTORMING MKDJB bersama Pengerusi akan di adakan di Kelab Ledang East, Nusajaya pada hari Jumaat 27hb April 2012, jam 8.00 malam. Kehadiran semua AJK amatlah di hargai.
Wednesday, April 18, 2012
RAE EXAM - 27/6/2012
Untuk Makluman Semua Rakan2 SWaL Atau Yang Berminat Untuk Memiliki Lesen Radio Amatur. Pendaftaran Peperiksaan RAE Sudah Dibuka. Sila Daftar Untuk Peperiksaan Yang Akan Diadakan Pada 27 Jun 2012. Daftar Sebelum 11 Mei 2012.
Daftar Secara Online Di https://sems.skmm.gov.my/sems/
Harap Maklum Dan Tindakan. Hebahkan Pada Rakan2 Yang Berminat.

MAJLIS PERLANCARAN MARL - 1/5/2012
Insya-Allah, jika tiada sebarang perubahan, MARL akan di lancarkan olih YB Dato Seri Rais Yatim pada 19hb Mei 2012, jam 3.00 petang di tapak HAMFEST MALAYSIA 2012, Taman Metropolitan, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Perjumpaan bersama SKMM yang di jadualkan pada 20hb April 2012, telah di tunda kepada 23hb April 2012, jam 4.00 petang ( tertakluk kepada perubahan )
MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN ALUMNI 4B NEGERI PAHANG - 1/5/2012
Mesyuarat Dwi Tahunan 2012 Alumni 4B Negeri Pahang akan diadakan pada hari Selasa, 1 Mei 2012 Jam 10.00 pagi di Hotel Megaview, Jalan Besar, Kuantan. Majlis Perasmiannya akan disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Shafri Bin Abd Aziz, Exco Kerajaan Negeri Pahang
MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN ALUMNI 4B NEGERI JOHOR - 22/4/2012
Mesyuarat Dwi Tahunan 2012 Alumni 4B Negeri Johor akan diadakan pada hari Ahad, 22 April 2012 Jam 5.00 petang di Dewan Jubli Intan, Pontian. Majlis Perasmiannya akan disempurnakan oleh YB Datuk Ahmad Bin Maslan. Kehadiran di hargai
Monday, April 16, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)