PERHATIAN KEPADA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM MALAYSIA TERHADAP BARANGAN DARI KILANG BIHUN BERAS INDAH (KBBI) YANG MASIH BEROPERASI DAN MENGGUNAKAN TANDA HALAL TIDAK SAH!!!!!!
Negara kita telah digegarkan oleh
satu blog yang panas lagi hangat mengenai sebuah syarikat memproses
bihun perisa babi yang telah memperdaya para pengguna dan pembeli.
Malahan berita di saluran TV3 juga telah mengupas isu pedas ini. Kilang
Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. (KBBI)(Co. No. 365216-T) telah beroperasi
semula walaupun telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya. Malangnya, kilang
yang berfikir hanya untuk mengaut keuntungan ini terus-terusan
menghasilkan produk TIDAK HALAL, KOTOR, dan JIJIK ini tanpa mempeduli
dan menghormati undang-undang dan masyarakat Islam khususnya.
Pihak berkuasa telah berulang kali menjalankan penyiasatan terhadap operasi yang dijalankan kilang tersebut malahan pernah disiarkan oleh media massa Metro. Aneh sekali pihak berkuasa masih tidak dapat mengawal kegiatan sinis ini.

Lihat keterangan lanjut di bawah
Terkini, mereka telah menipu orang ramai dengan menukar alamat premis
kepada yang baru dalam menjalankan perniagaan lama mereka iaitu
perniagaan pemprosesan bihun walhal kawasan pemprosesan bihun tersebut
masih di tempat yang lama iaitu bersebelahan kandang babi.Alamat premis sebenar yang beroperasi iaitu sebelah kandang ternakan babi :
Lot 1123
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300 Pulau Pinang
Ke alamat baru
No 2736,
Tingkat Selamat 6,
Kampung Selamat,
13300 T.Glugor,
Seberang Prai Utara, Malaysia
KBBI yang berkeluasan 4 hingga 5 hektar ini terletak bersebelahan kandang ternakan babi yang hanya dipisahkan oleh pagar yang tidak seberapa itu mengelirukan para pengguna dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi dan rumi yang tidak pernah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Malahan permohonan untuk mendapatkan sijil pengiktirafan halal pernah ditolak oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Anak panah di sebelah kanan menunjukkan kilang Bihun Beras Indah
manakala anak panah di sebelah kiri menunjukkan pusat ternakan babi.
Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:Logo halal yang sah dari JAKIM mempunyai:
a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
b) perkataan Arab – “????” di tengah bintang;
c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;
d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ??????? dalam perkataan Arab;
e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Logo HALAL sah dari JAKIM
Manakala logo halal JAIN/MAIN:
a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:
i. huruf “H” yang bermaksud Halal
ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
iii.contoh : H-10
‘H’ bermaksud Halal
‘10’ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor

Logo HALAL sah dari JAIN/ MAIN
Logo HALAL keluaran Kilang Bihun Beras Indah
Syarikat ini yang dahulunya memproses bihun CAP CILI, CAP KETUPAT,
CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP
PHOENIX tetap berdegil dan terus menipu masyarakat dengan beroperasi
semula baru-baru ini walaupun telah diarah untuk menutup kilang pada
tahun lepas. Untuk lebih mengelirukan pengguna, kilang tersebut
mengeluarkan jenama yang baru sedangkan tapak premis dan bahan-bahan
masih lagi yang sama tanpa ada sebarang perubahan.
Jenama-jenama yang baru ialah CAP MASJID, bihun ekonomi CAP NYONYA,
CAP KRIS, CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR
dan CAP SYAIRIAH. Amat sedih sekali bila KBBI yang memang sah milik
penuh orang bukan Islam selalu mengeksploitasikan jenama-jenama
berunsurkan keIslaman dan kemelayuan sedangkan KBBI sedikit pun tidak
mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. Lebih-lebih lagi
tempat pemprosesan bihun ini betul betul bersebelahan kandang BABI. KBBI
bukan sahaja di kunjungi oleh pemborong malahan lalat lalat serta tikus
dari jiran sebelah turut rajin memberi kunjungan, bukan itu sahaja
terdapat bau bauan didalam kilang bihun tersebut yang kami sedia maklum.
Kasihanilah pengguna yang tidak mengetahui disebalik tabir bihun yang menjadi kegemaran mereka. Lazat saja pada pandangan mereka.
Atau pun KBBI boleh mencetak dengan jenama CAP H1N1. Ini kerana dunia sekarang digemparkan oleh wabak H1N1 (Influenza A) iaitu selsema babi. Malaysia tak terkecuali. Virus Influenza A ini berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti virus daripada haiwan tersebut.Takkanlah sesame jiran malahan bersaudara tak bertegur sapa atau berjabat tangan. Ngeri sungguh dengan situasi tersebut. Lebih cepatlah wabak H1N1 ini merebak.
Tambahan lagi, untuk mengaburi mata pengguna, mereka dengan cerdik otaknya telah berfikiran kolot dengan meletakkan alamat yang berlainan dari alamat kilang sebenarnya di Kampung Selamat pada bungkusan bihun. Pastilah pengguna tidak akan membeli bihun tersebut jika diketahui adalah bihun keluaran KBBI serta terletak di Tingkat 6, Kampung Selamat yang semestinya perkampungan ternakan babi. Selain dari alamat premis yang telah ditukar, kilang tersebut juga bertindak menutup mata pengguna dengan meletakkan nama dan alamat pengedar atau pendaftar yang tidak dikenali para pengguna sebagai salah satu anak syarikat KBBI. Antara nama pengedar tersebut adalah GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD, PERNIAGAAN YC ENG, Setia Jaya Murni Enterprise, TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD dan SERBA WANGI SDN BHD. Seharusnya pada bungkusan bihun perlu diletakkan alamat Kilang Bihun Beras Indah seperti yang telah tercatit di dalam undang-undang. Takutkah mereka dengan mencetak nama premis lain sebagai ganti.
Setelah diselidik, rupanya mereka hanya menukar bungkusan bihun yang lama pada yang baru. Bungkusan jenama terdahulu seperti CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX yang dahulunya telah disita telah ditukar kepada bungkusan yang baru iaitu CAP MASJID, CAP KRIS, CAP NYONYA , CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR, CAP SERAMA dan CAP SYAIRIAH. . Sudah tentulah tiada penukaran pada bihun tersebut. Rugilah tuan kilang jika menukar sekali bihunnya. Sudah tentu jua proses yang dilakukan adalah sama. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau mahu untung, tukar sajalah bungkusan. Jual bihun yang sama. Tiada bezanya jika memproses lagi.
Pintar sekali kilang tersebut. Siapakah yang telah memberi idea yang bernas ini? Bagaimana pula barang keluaran terdahulu mereka masih kekal ada?
Untuk pengetahuan pembaca, kilang yang telah disita ini tidak boleh menjalankan perniagaan mereka oleh kerana kawasannya yang bersebelahan kandang babi. Seharusnya mereka tutup dan tidak beroperasi dan jikalau masih mahu menjalankan perniagaan, lakukanlah di kawasan yang bersih dan sesuai untuk pemprosesan bihun.
Risau sahajalah mereka dalam menjalankan perniagaan di tempat baru. Janganlah pula menipu para pengguna lagi.
Lagi perangai pelik dan tak bertanggungjawab KBBI kepada semua pengguna dan pembeli dalam cetakan tempoh tarikh luput. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan Malaysia telah menetapkan setiap produk atau barangan yang berupa makanan yang dihasilkan hanya diberi 2 tahun tempoh tarikh luput dari tarikh produk tersebut dihasilkan. Gila agaknya KBBI dengan sesuka hati meletak tarikh luput sehingga tahun 2015. Kenapa tak dicetak dibungkusan bahawa bihun tersebut boleh dimakan sehingga 100 tahun lagi !!
Tetapi apakah yang terjadi sekarang ? Tidak sampai 2 tahun kilang tersebut disita. Mereka dengan penuh azamnya membuka semula malahan melanggar lebih undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia.
Longgar sangatkah undang-undang Negara kita? Dimanakah longgarnya jikalau begitu?Ataupun pihak berkuasa tidak menjalankan tugas memantau. Ataupun ada kisah lain di bawah meja.
Dimanakah etika kemanusiaan masyarakat Negara kita? Janganlah memburukkan nama Negara Malaysia lebih-lebih lagi Malaysia adalah pengeluar produk halal dalam dan luar Negara.
Keadaan dalam kandang babi yang bersebelahan kilang KBBI
Sememangnya bihun dibuat dengan menggunakan bahan asas iaitu tepung
beras yang halal, tetapi……. Pernahkah kita terfikir apakah bahan
sampingan yang digunakan dalam pemprosesan bihun ini? Adakah sumber air
yang disalurkan bersih dan suci seperti yang disyariatkan oleh agama
Islam?. Jawapannya TIDAK…Pemprosesan bihun ini adalah bertentangan
dengan etika halal kerana memproses dengan menggunakan bahan sampingan
yang tidak halal. Masakan bersih, kandang babi bersebelahan kilang
pemprosesan bihun. Bayangkan sahajalah, air adalah cecair yang mengalir.
Bukan sahaja melalui lantai malahan tanah bumi jua air boleh
melaluinya. Jikalau sudah bersebelahan, sudah pastinya mereka berkongsi
longkang, saluran paip dan sebagainya. Air bawah tanah digunakan pula
untuk diproses bagi penjimatan kos. Lagi- lagi tuan kilang bihun dan
penternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan. Memang tidak
dinafikanlah ia menggunakan sumber air yang tidak suci dan najis dari
babi.Kasihanilah pengguna yang tidak mengetahui disebalik tabir bihun yang menjadi kegemaran mereka. Lazat saja pada pandangan mereka.
Saluran parit yang tidak terurus
Bayangkanlah situasi ngeri ini. Alangkah lebih baiknya KBBI hanya
menghasilkan produk berjenama CAP BABI di bungkusan produk mereka. Bukan
apa, ianya menyatakan dengan telus supaya tidak mengaburi pandangan
masyarakat muslim amnya.Atau pun KBBI boleh mencetak dengan jenama CAP H1N1. Ini kerana dunia sekarang digemparkan oleh wabak H1N1 (Influenza A) iaitu selsema babi. Malaysia tak terkecuali. Virus Influenza A ini berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti virus daripada haiwan tersebut.Takkanlah sesame jiran malahan bersaudara tak bertegur sapa atau berjabat tangan. Ngeri sungguh dengan situasi tersebut. Lebih cepatlah wabak H1N1 ini merebak.
Tambahan lagi, untuk mengaburi mata pengguna, mereka dengan cerdik otaknya telah berfikiran kolot dengan meletakkan alamat yang berlainan dari alamat kilang sebenarnya di Kampung Selamat pada bungkusan bihun. Pastilah pengguna tidak akan membeli bihun tersebut jika diketahui adalah bihun keluaran KBBI serta terletak di Tingkat 6, Kampung Selamat yang semestinya perkampungan ternakan babi. Selain dari alamat premis yang telah ditukar, kilang tersebut juga bertindak menutup mata pengguna dengan meletakkan nama dan alamat pengedar atau pendaftar yang tidak dikenali para pengguna sebagai salah satu anak syarikat KBBI. Antara nama pengedar tersebut adalah GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD, PERNIAGAAN YC ENG, Setia Jaya Murni Enterprise, TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD dan SERBA WANGI SDN BHD. Seharusnya pada bungkusan bihun perlu diletakkan alamat Kilang Bihun Beras Indah seperti yang telah tercatit di dalam undang-undang. Takutkah mereka dengan mencetak nama premis lain sebagai ganti.
Alamat Setia Jaya Murni Enterprise
Alamat GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD
GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor
Alamat PERNIAGAAN YC ENG yang dicetak pada bungkusan bihun ekonomi
Cap Nyonya ini terletak di Skudai, Johor Bahru, Johor . Ia merupakan
RUMAH KEDAI 2 TINGKAT dan bukan tempat pemprosesan bihun dan permis
tersebut masih kosong. Bertujuan untuk mengaburi mata orang ramai.Setelah diselidik, rupanya mereka hanya menukar bungkusan bihun yang lama pada yang baru. Bungkusan jenama terdahulu seperti CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX yang dahulunya telah disita telah ditukar kepada bungkusan yang baru iaitu CAP MASJID, CAP KRIS, CAP NYONYA , CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR, CAP SERAMA dan CAP SYAIRIAH. . Sudah tentulah tiada penukaran pada bihun tersebut. Rugilah tuan kilang jika menukar sekali bihunnya. Sudah tentu jua proses yang dilakukan adalah sama. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau mahu untung, tukar sajalah bungkusan. Jual bihun yang sama. Tiada bezanya jika memproses lagi.
Pintar sekali kilang tersebut. Siapakah yang telah memberi idea yang bernas ini? Bagaimana pula barang keluaran terdahulu mereka masih kekal ada?
Untuk pengetahuan pembaca, kilang yang telah disita ini tidak boleh menjalankan perniagaan mereka oleh kerana kawasannya yang bersebelahan kandang babi. Seharusnya mereka tutup dan tidak beroperasi dan jikalau masih mahu menjalankan perniagaan, lakukanlah di kawasan yang bersih dan sesuai untuk pemprosesan bihun.
Risau sahajalah mereka dalam menjalankan perniagaan di tempat baru. Janganlah pula menipu para pengguna lagi.
Lagi perangai pelik dan tak bertanggungjawab KBBI kepada semua pengguna dan pembeli dalam cetakan tempoh tarikh luput. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kerajaan Malaysia telah menetapkan setiap produk atau barangan yang berupa makanan yang dihasilkan hanya diberi 2 tahun tempoh tarikh luput dari tarikh produk tersebut dihasilkan. Gila agaknya KBBI dengan sesuka hati meletak tarikh luput sehingga tahun 2015. Kenapa tak dicetak dibungkusan bahawa bihun tersebut boleh dimakan sehingga 100 tahun lagi !!
Tarikh luput pada tahun 2015 iaitu 7 tahun akan datang
Siapakah yang sebenarnya berkuasa dalam menghalang kegiatan licik ini
berlaku? Menurut sumber yang dipercayai, Kilang Bihun Beras Indah
mempunyai sejarah yang buruk berkenaan kegiatan mereka. Kilang tersebut
telah diserbu oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna – P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis
Agama Negeri P.Pinang. Pada kali terakhir mereka diserbu adalah pada
tahun 2007 dan dipaksa tutup oleh pihak yang berkuasa.Tetapi apakah yang terjadi sekarang ? Tidak sampai 2 tahun kilang tersebut disita. Mereka dengan penuh azamnya membuka semula malahan melanggar lebih undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia.
Longgar sangatkah undang-undang Negara kita? Dimanakah longgarnya jikalau begitu?Ataupun pihak berkuasa tidak menjalankan tugas memantau. Ataupun ada kisah lain di bawah meja.
Dimanakah etika kemanusiaan masyarakat Negara kita? Janganlah memburukkan nama Negara Malaysia lebih-lebih lagi Malaysia adalah pengeluar produk halal dalam dan luar Negara.
Gambar JENAMA BARU keluaran KBBI serta KESALAHAN pada bungkusan
CAP MASJID
CAP SYAIRIAH
Jenama ini diedar oleh
Setia Jaya Murni Enterprise
167, Jalan Machang, Kampung Kubang Gali,
17500 Tanah Merah, Kelantan
Cap Masjid yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat Setia Jaya Murni Enterprise yang terletak di Tanah Merah, Kelantan walhal bihun ini dibuat dan diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan pada bungkusan ialah tiada tanda HALAL dan tarikh luput bihun adalah pada 31/12/2015 iaitu tarikh pada 7 tahun akan datang.
Selain itu, mereka tanpa segan silunya meletakkan nama cap Masjid serta lambang surau, bulan dan bintang yang tentunya merupakan lambang-lambang agama Islam pada bungkusan bihun agar menipu mata para pengguna lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Hal ini terang-terangan telah mempersendakan agama Islam dan penganutnya.
BIHUN EKONOMI CAP NYONYA
Jenama ini diedar oleh
Perniagaan YC ENG
22, Jalan Emas Putih 2,
Taman Sri Skudai,
81300 Skudai,
Johor Bahru, Johor BIHUN EKONOMI CAP NYONYA yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat Perniagaan YC ENG yang terletak di Skudai, Johor Bahru, Johor walhal bihun ini di buat dan diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan pada bungkusan ialah tanda HALAL yang tidak sah dan tarikh luput bihun adalah pada 31/03/2013 iaitu tarikh pada 5 tahun akan datang.

BIHUN EKONOMI CAP KRIS
Jenama ini diedar oleh
GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD
Lot Plo 11,
Jalan Mahsuri 1,
Kawasan Perindustrian Kluang,
6.5km, Jalan Mersing,
86007 Kluang, Johor
BIHUN EKONOMI CAP KRIS yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Lagi kesalahan seperti mengemukakan alamat palsu serta tarikh luput yang tidak menepati syarat.
CAP LAKSA SILAT
CAP LAKSA KAMPUNG
BIHUN CAP LAKSA SILAT , CAP LAKSA KAMPUNG DAN CAP SERAMA yang
diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak
alamat TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD yang terletak di Alor Setar,
Kedah walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.
Jenama ini diedar oleh
TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD
No 1, Jln Kampung Kedundung,
Pokok Sena, Mk. Jabi,
06400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD
No 1, Jln Kampung Kedundung,
Pokok Sena, Mk. Jabi,
06400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Lagi kesalahan adalah tanda halal yang tidak sah.
CAP KAPAL LAYAR
Jenama ini diedar oleh
SERBA WANGI SDN BHD
Lot 2171,
Jalan Bukit Raya,
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman. Dikilangkan oleh
TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD
BIHUN CAP KAPAL LAYAR yang diedarkan ini telah melanggar undang-undang kerajaan iaitu dicetak alamat SERBA WANGI SDN BHD yang terletak di Pendang, Kedah walhal bihun ini diedar oleh KBBI, Kampung Selamat.

Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd.
Pandangan hadapan Kilang Bihun Beras Indah
Kilang Bihun Beras Indah yang tidak indah dan kotor lagi menjijikkan.
Papan tanda GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD yang bersebelahan kilang
Pandangan sisi 3D GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD
Lagi PENIPUAN…Gambar diatas merupakan GAN CHOON HIN & BROTHERS
TRADING SDN.BHD yang terletak di Kluang, Johor. Kawasan yang penuh
dengan barang-barang ini bukanlah merupakan kilang pemprosesan Bihun.
No comments:
Post a Comment