MEMAHAMI PEMBOHONGAN
Dalam
dunia ni memang tak lari daripada pernah menipu walaupun sekali . Ah !
Betul ? Err . Ye lah kot . I think so . hek3 . Berbohong merupakan salah
satu perilaku yang tidak baik . Paling umum dilakukan oleh semua orang
baik orang tua atau anak muda , bahkan budak-budak pun suka berbohong
jugak kan ?
Namun, anda seharusnya mampu memahami apakah
seseorang yang bercakap dengan anda itu berbohong ataupun tidak. Kalau
tidak , anda akan mudah ditipu oleh orang lain. Satu masalahnya adalah
bagaimana cara anda nak tahu mereka berbohong atau tidak? Dari semua
perilaku manusia, mungkin berbohong adalah salah satu perkara sukar
untuk dikesan .
Namun, ada beberapa perkara yang dapat membantu
anda cara mengesan ketika seseorang itu sedang berbohong . Nak tahu ?
Jom terjah satu-persatu !
1. Gugup.
Berbohong memiliki
gejala yang hampir sama dengan ketegangan. Dalam berbagai situasi ketika
kita berniat untuk berbohong , kita mudah merasa gugup , dan waktu
itulah masa untuk menutup kesalahan . Anda pernah begitu ? Anda sahaja
yang tahu .
2. Perhatikan bahasa tubuh.
Lihat dan
perhatikan bahasa tubuh dan posture seseorang yang kelihatan seperti
menutupi bahagian tertentu dari wajah atau tubuh. Menyentuh hidung
merupakan salah satu ciri untuk mengetahui seseorang tu berbohong atau
pun tidak . Tapi , jangan pulak kalau dia gatai kat bahagian hidung .
Diorang garu-garu terus korang tuduh dia menipu !
3. Gelisah berlebihan.
Perhatikan jika seseorang yang korang curigai berbohong , menggaru-garu
atau menggesek pakaiannya . Err . Kebanyakan dan selalunya , perbuatan
sedemikianlah cara untuk kita ketahui dia berbonong ataupun tidak . Ishk
, kalau dah tahu itu boleh nampak sangat nak berbohong , boleh pulak
digesek2 pakaiannya.
4. Senyum berlebihan.
Di samping dari
kelihatan gelisah berlebihan yang nampak sangat dia tu sedang
berbohong, lihat juga orang yang suka tersenyum lebih banyak ketika
mereka mengatakan yang sebenarnya .
5. Percaya pada naluri.
Haa . Ini penting kan ? Selain perhatikan gerak-geri orang yang sedang
berbohong , kit juga haruslah percaya pada naluri kita sendiri . Mungkin
betul jika pepatah orang dolu-dolu mengatakan , "jika anda mencurigai
seseorang berbohong, mungkin anda benar."
6. Muka kelihatan bingung.
Semasa dia berbohong, dia akan memikirkan tentang kesalahannya pada
waktu yang sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan
tersebut. Nampak je muka dia ala~ala bingung and tergagap masa nak cakap
, dia menipu.
7. Menganggukkan kepalanya.
HEHE . Ada jugak yang suka mengangguk-ngangguk kan kepalanya . tanya , dia angguk-angguk je macam sedang berbohong gitu .
8. Selalu beri penjelasan yang tidak penting.
Err . Dah sah pembohong . Kita tanya sesuatu benda yang spesifik . Yang
dia pergi jawab benda tu , tapi , bagitau dengan lebih detail dengan
cakap laju-laju bagai sedang nyanyi lagu rap tu . ahaha . Orang nak satu
jawapan je . Dia pergi jawab panjang berjeler-jeler .
9. Bila berjanji , sering mengingkari.
Ni selalu ada pada lelaki kot ! Opss* Maaf . haha . Masa tu ,
bersemangat haa janji itu ini konon bagi harapan yang GAHHH ! . Padahal ,
bila dah dapat sesuatu yang dikehendakinya , err biasanya lupa akan
janji manisnya dahulu .
10. Mengatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.
Err . Biasa lah tu . Tak buat sesuatu benda tu . Tapi ,
diperbesar-besarkan hasil usaha yang dilakukannya itu . Contohlah , dia
kata nak kemas satu rumah , atas bawah . Sapu luar , belakang rumah . Ah
, padahal , kemas bilik je .
Amacam . Dah tahu siapa yang suka bohong anda ?
Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut
sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam
dosa.
No comments:
Post a Comment