Monday, July 11, 2016

RAE Online

Peperiksaan RAE Berkomputer di Wilayah Selatan akan diadakan pada 18 Ogos 2016 di PI1M Rumah Pangsa Taman Cendana, Pasir Gudang. Layari laman web SKMM untuk jadual penuh RAE tahun 2016.

http://www.skmm.gov.my/RAE-ORAE-2016/Schedule-of-RAE-2016.aspx?lang=en-US

Sunday, July 10, 2016

Syawal ke 5, Family Photo.

Jamuan Aidil Fitri Alumni 4B Pahang

Dimaklumkan bahawa ALUMNI 4B NEGERI PAHANG akan mengadakan MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2016 pada 23hb. JULAI 2016 ( SABTU ) mulai jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang di kediaman Dato Haji Faisal A- 7168, Lorong 13, Taman Datin Maharom, Medan Tok Sera, Kuantan. Semua Ahli MT alumni 4B Malaysia dijemput hadir

Saturday, July 9, 2016

Worldwide vhf contest

*2016 CQ World-Wide VHF Contest*
Starts: 1800 UTC Saturday, July 16, 2016
Bersamaan 0200hrs 17hb Julai 2016 Waktu Malaysia.

Ends: 2100 UTC Sunday, July 17, 2016
Bersamaan 0500hrs 18hb Julai 2016

Kepada para peminat VHF ( 2m dan 6m band) yang ingin membuktikan kehebatan anda dan peralatan anda, CQ WW VHF 2016 adalah harinya.
Acara contest ini akan di sertai oleh semua peminat VHF seluruh dunia.

6 Kategori di pertandingkan.

1. Single Operator - All Band.  Seorang operator yang mengoperasikan 2m dan 6m band.

2. Single Operator - Single Band.  Seorang operator yang mengoperasikan 1 band sahaja (2m ATAU 6m)

3. Single Operator - All Band QRP. Seorang operator yang mengendalikan 2m dan 6m pada power 5 Watt atau kurang.

4. Hilltopper. Station yang portable di puncak bukit atau gunung.

5.Rover. Station yang bergerak lebih dari 2 Grid Locator.

6. Multi-Op. Station yang di operasikan oleh lebih dari seorang operator.

Markah pertandingan di kira dari:
a) Jumlah QSO yang di rekodkan.
b) Jumlah Grid Locator yang di kumpul.
c) Multiplier dari (a)x(b)
d) 1 markah utk 6m band dan 2 markah utk 2m band.

untuk mengetahui grid locator anda sila gunakan apps QTH Locator utk pengguna android.

Bagi contest log anda boleh gunakan pelbagai contest software yg boleh di dapati secara percuma seperti N1MM atau Minos  http://minos.sourceforge.net/

sila rujuk peraturan contest di
http://www.cqww-vhf.com/index.htm

Monday, July 4, 2016

Rumah terbuka Eidul Fitri 2016

iNFO
MAJLIS RUMAH TERBUKA EIDUL FITRI 1437H

16 JUL 2016

1. YB DATUK WIRA HJ MD YUNOS HUSIN
Masa:
Jam 11pagi - 4ptg
Tempat:
402, Km 11 Ayer Molek, Melaka

2. YB SEN TAN SRI MOHD ALI RUSTAM
Masa: Jam 2 ptg - 6 ptg
Tempat:
Dewan Tun Ali
Bukit Katil

23 JUL 2016

1. AlLUMNI 4B KELANTAN
Masa:  Jam 10 pagi
Tempat:
Kota Bharu

2. ALUMNI 4B KEDAH
Masa:  Jam 2 ptg
Tempat:
Riverside Kg Mani
Padang Terap, Kedah
Tuan Rumah:
Alumni 4B Kedah

30 JULAI 2016

1. ALUMNI 4B JOHOR
Masa:  Jam 8 mlm
Tempat: Balai KRT Perjiranan 8, No 32, Jln 8/20, Perjiranan 8,
Pasir Gudang

Antara Adat dan Agama

Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Di teruskan Hingga Kini
Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Di teruskan Hingga Kini
Bagikan : 

Mendengar berita kematian
-------------------------------
Melayu akan menyebut Alfatihah

Islam :  Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

Usung jenazah
----------------------------
Melayu: Baca al fatihah sambil usung jenazah.
Jenazah akan ditanam di tempat yang ditentuka  oleh keluarga. Contoh meninggal dunia di johor, tapi disebabkan keluarga di sabah maka jenazah akan dibawa pulang ke sabah untuk dikebumikan.

Islam :  Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu

Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

Tanam jenazah
-----------------------------
Melayu:
- Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
- Tabur bunga
- Tabur batu

Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

Kubur jenazah
---------------------------
Melayu:
- Kubur dihias bagai pengantin
- Kubur ada bangunan
- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
- Ada pakej upah baca Al Quran
- Batu nisan 2
- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
- Perlu beri wang kepada penggali kubur
- Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000...MasyaAllah.

Islam :
- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
- Kubur tiada bangunan
- Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
- Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
- Batu nisan 1
- Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

Kenduri Arwah
----------------------------
Melayu:
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )

Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

Talqin
-------------
Melayu:
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

BERLAPANG DADA , RENUNGKANKAH...MELAYU SEKADAR BANGSA DAN ISLAM ITU AKIDAH KITA..

Jadikan pesan nabi saw dlm hadis sbg panduan:-

"Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”

(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Saturday, July 2, 2016

Kesalahan Trafik

Barang siapa yang menggunakan lorong kecemasan di lebuhraya tidak akan disaman (dikompaun) lagi sebaliknya akan terus dihadapkan ke mahkamah serta dikenakan denda RM5,000 / maybe penjara. Tolong ingatkan keluarga, saudara mara & rakan-rakan 😫
Kena ingat *Ops Selamat* *ke 9* mulai hari ini hingga 13/7/2016 jangan lakukan *(6 )*kesalahan tersebut di mana kesalahan tersebut *TAK BOLEH BAYAR* mesti pergi *MAHKAMAH.*

Senarai 6 kesalahan yg kena ke Mahkamah untuk Ops Selamat 9-2016
-------------------------
*1. Had laju*
*2. Memotong di garisan berkembar*
*3. Langgar lampu isyarat*
*4. Memotong barisan ( potong Q)*
*5. Lorong kecemasan*
*6. Memandu mengguna     alat komunikasi*