*2016 CQ World-Wide VHF Contest*
Starts: 1800 UTC Saturday, July 16, 2016
Bersamaan 0200hrs 17hb Julai 2016 Waktu Malaysia.
Ends: 2100 UTC Sunday, July 17, 2016
Bersamaan 0500hrs 18hb Julai 2016
Kepada para peminat VHF ( 2m dan 6m band) yang ingin membuktikan kehebatan anda dan peralatan anda, CQ WW VHF 2016 adalah harinya.
Acara contest ini akan di sertai oleh semua peminat VHF seluruh dunia.
6 Kategori di pertandingkan.
1. Single Operator - All Band. Seorang operator yang mengoperasikan 2m dan 6m band.
2. Single Operator - Single Band. Seorang operator yang mengoperasikan 1 band sahaja (2m ATAU 6m)
3. Single Operator - All Band QRP. Seorang operator yang mengendalikan 2m dan 6m pada power 5 Watt atau kurang.
4. Hilltopper. Station yang portable di puncak bukit atau gunung.
5.Rover. Station yang bergerak lebih dari 2 Grid Locator.
6. Multi-Op. Station yang di operasikan oleh lebih dari seorang operator.
Markah pertandingan di kira dari:
a) Jumlah QSO yang di rekodkan.
b) Jumlah Grid Locator yang di kumpul.
c) Multiplier dari (a)x(b)
d) 1 markah utk 6m band dan 2 markah utk 2m band.
untuk mengetahui grid locator anda sila gunakan apps QTH Locator utk pengguna android.
Bagi contest log anda boleh gunakan pelbagai contest software yg boleh di dapati secara percuma seperti N1MM atau Minos http://minos.sourceforge.net/
sila rujuk peraturan contest di
http://www.cqww-vhf.com/index.htm
No comments:
Post a Comment