Tuesday, February 18, 2014

PERANAN RADIO AMATUR

Sebaik2nya, Kegiatan Radio Amatur tidak memihak kepada mana2 parti politik, dan bergerak bebas sebagai " Neutral Party ", didalam membantu kommunikasi bencana, tanpa mengira Agama, dan Bangsa. Berkhidmat untuk masyarakat. Jika ianya di tubuhkan oleh parti politik, saya kuathir, ianya hanya akan menyimpang dari matalamat Semangat Pengiat Radio Amatur. Perkara ini perlu penelitian dan sebaik2nya, TIDAK melibatkan parti politik. Pandangan peribadi saya sahaja.


KUALA LUMPUR: PAS telah melancarkan penubuhan Rangkaian Radio Amatur (RRA) dalam melancarkan lagi operasi bantuan banjir di beberapa daerah terjejas di Sabah.

Rangkaian RRA ini bertujuan untuk melancarkan komunikasi semasa kecemasan dan bencana alam seperti yang sedang dihadapi kini.

Pengerusi Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Alam Malaysia (MEDM) PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, pelancaran itu dibuat pada 18 Februari sebaik anggota MEDM tiba di sana bagi menyelaraskan misi bantuan banjir yang berpengkalan di Beuford.

"Kita sedia maklum beberapa daerah di sini antaranya Keningau, Tenom mengalami masalah komunikasi, justeru perkara yang asanya kita bentuk adalah jaringan komunikasi.

"Masih ramai mangsa yang terputus hubungan, dan kita memerlukan perkembangan semasa mereka dalam misi bantuan ini," ujarnya kepada Harakah pada 18 Februari lalu.

Beliau berlepas ke Beuford pada 17 Februari bersama Timbalannya, Husin Ismail serta Pengarang Logistik, Affandi Mohamed serta Pengarah Komunikasi, Zulkifli Mohd Akin.

"Saya telah mengadakan mesyuarat dengan Badan Perhubungan PAS Sabah yang diketuai Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling dan kita telah merencanakan beberapa pelan tindakan untuk membantu mangsa di sini.

"Sebelum ini kerja bantuan dilakukan oleh Pemuda PAS Sabah yang dikepalai pengarah operasi, Lahirul Latigu dan Unit Amal," katanya.

PAS Pusat menyusul kemudian untuk memperkemaskan lagi operasi bantuan mangsa banjir dengan saluran bantuan yang lebih besar termasuk dana yang disediakan oleh Harakah.

Ditanya mengenai keadaan mangsa banjir, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, setakat ini lebih 3000 mangsa banjir berada di beberapa buah pusat pemindahan.

PAS antara pihak yang paling awal memberi bantuan, sebelum jabatan kerajaan menyusul kemudian, katanya.

Menurut Salahuddin, misi bantuan banjir ini akan berterusan sehingga pasca banjir termasuk untuk membantu mangsa kembali ke rumah masing-masing.

No comments:

Post a Comment