Thursday, December 12, 2013

MONSOON TRAIL 2013 (21-25/12/2013)

MONSOON TRAIL 2013: MISI 4X4 BANTUAN KEMANUSIAAN DI POS ORANG ASLI PALING PEDALAMAN SEMENANJUNG MALAYSIA

TARIKH:21 DISEMBER 2013 - 25 DISEMBER 2013

LALUAN MISI 4X4: GUA MUSANG-KUALA BETIS-POS HAU-POS BALAR-POS BELATIM-POS BIHAI- KUALA BETIS-
GUA MUSANG, KELANTAN DARUL NAIM (180 KM)

KOORDINASI OLEH:YAYASAN AL-KHALIFAH

RAKAN KERJASAMA:
KILO LIMA BRAVO MOTORSPORTS CLUB (KLBMC), MOI ADVENTURE, REAL XPDC ADVENTURE,
YELLOW CRUISER ADVENTURE, KELAB SUKAN DAN KEBUDAYAAN MBPJ

======================
Ekspedisi 4x4 MONSOON TRAIL @ LALUAN MONSUN adalah Misi Bantuan Kemanusiaan kepada masyarakat Orang Asli PALING PEDALAMAN BELANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA di waktu musim tengkujuh/monsun (November hingga Januari) di mana pada ketika ini bekalan makanan amat sukar diperolehi. Peniaga runcit bergerak tidak masuk lagi ke pedalaman di musim ini kerana keadaan jalan @ laluan hutan menjadi terlalu teruk @ 'hardcore' di sana. Justeru,pihak penganjur akan membawa barang sumbangan untuk meringankan beban mereka.

Selain itu program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat luar terutama dari badan kerajaan,swasta,NGO untuk menyelami sendiri kehidupan Orang Asli dan menyumbangkan segala budi dan bakti untuk dikongsi bersama masyarakat Orang Asli sebagai satu tanggungjawab sosial.
======================

SYARIKAT,NGO DAN INDIVIDU YANG BERMINAT UNTUK MENYUMBANG DANA ATAU MATERIAL BOLEH HUBUNGI @ PM ADMIN (AZHAR) DI SMS/ WHATSAPP 011-11317842.

************************

SYARAT PENYERTAAN KENDERAAN 4x4 :

1)Misi ini adalah misi bantuan kemanusian jadi tiada peruntukan lain diberikan pada kenderaan yang menyertai. Ikhlaskan hati dalam membantu.
2) Syarat tayar adalah' MT dan ke atas'. Tayar biasa (AT) tidak boleh menyertai kerana keadaan jalan berisiko bila keadaan cuaca hujan. Paling digalakkan adalah tayar 'LIPAN'.
3) Peserta perlulah berpakaian sopan yang menujukkan nilai seorang Muslim sebagai usaha dakwah Bil Hal pada golongan sasaran.
4) Camp site yang dibuka hendaklah dibawah pengawalan penganjur untuk kelancaran program bersama.
5)Digalakkan turut serta aktiviti yang dirancang untuk menimba pengalaman baru di perkampungan Orang Asli Pedalaman.
6) Kesediaan untuk memberi perkhidmatan jika kenderaan ada kekosongan (membawa barang sumbangan atau sukarelawan)
7) Setiap kenderaan adalah digalakkan membawa 'makanan simpanan' sendiri bagi persediaan segala 'emergency case' seperti tersangkut dalam hutan dan lain-lain disebabkan faktor cuaca atau faktor teknikal kenderaan.

SYARAT PENYERTAAN SUKARELAWAN:
1)Memikirkan dan melaksanakan aktiviti yang menarik perhatian Orang Asli untuk turut bersama. Rujuk pada 'Person In Charge'
2) Sentiasa bersedia untuk menerima arahan dalam melaksanakan tugasan dalam program seperti bantuan masak dan modul kepada penduduk kampung.
3) Jangan berasa malu untuk bergaul dengan Orang Asli.
4) Sentiasa bekerjasama akan program yang bakal dilaksanakan.

************************

TENTATIF PROGRAM:

21 Disember 2013 / Sabtu
07.00 am – Pendaftaran peserta misi 4x4 bantuan kemanusiaan di Masjid Gua Musang,Kelantan
08.00 am –Taklimat oleh penganjur (pengagihan barang-barang sumbangan dan pembahagian sukarelawan kepada kereta-kereta 4wd )
09.00 am – Begerak ke Kuala Betis,Untuk memulakan Offroad.
10.00 am – Mula perjalanan offroad. Destinasi Pertama adalah Kg Enching, Pos Hau. Dianggarkan 4 jam jika tiada masalah perjalanan.
02.00 pm – Sampai di kg Enching, Pos Hau.
02.30 pm – Persediaan makanan tengah hari untuk peserta konvoi.
02.30 pm – Ziarah dan ramah mesra bersama penduduk kampung Kg Enching Pos Hau.Kemudian, Aktiviti santai (memancing,mandi sungai dll).
04.30 pm – Aktiviti sukan keluarga bersama penduduk kampung.
05.00 pm – Persediaan Makan malam.
06.30 pm –Makan malam.
07.30 pm – Solat berjemaah bersama penduduk kampung.
08.30 pm –Tayangan wayang pacak.
11.30 pm – Tidur
(Hari pertama bermalam di Kg Enching, Pos Hau, Gua Musang )

22 Disember 2013 /Ahad
06.00 am – Solat Subuh , tazkirah.
08.00 am – Sarapan pagi di Kg Enching,Pos Balar.
09.00 am – Menuju ke Pos Balar. Singgah di beberapa perkampungan kecil seperti Kg Balyek,Kg Ipes, kg Manjol, Kg Tembaga untuk diberikan sumbangan.
12.00 am – Sampai ke kg Perawas,Pos Balar (Pusat aktiviti konvoi di kawasan Pos Balar)
12.30pm – Satu kumpulan akan sediakan juadah makanan. Dan satu kumpulan akan ziarah dan ramah mesra bersama penduduk kampung kg Perawas,Pos Balar.
02.00 pm – Aktiviti sukan keluarga bersama penduduk dan kanak-kanak Pos Balar.
05.00 pm – Menuju ke Kg Dakoh,Pos Balar untuk aktiviti seterusnya.
05.30 pm –Persediaan makan malam.
07.30 pm – Solat berjemaah bersama penduduk kampung.
08.00 pm – Makan malam bersama penduduk kampung
08.30 pm –Tayangan wayang pacak.
11.30 pm – Tidur
(Hari kedua bermalam di Kg Dakoh, Pos Balar, Gua Musang )

23 Disember 2013 /Isnin
06.00 am – Solat Subuh dan tazkirah
07.00 am – Memasak, persediaan makan pagi dan sarapan di Kg Dakoh,Pos Balar.
09.00 am – Menuju ke Pos Belatim. Singgah di beberapa perkampugan kecil seperti Kg Peng,Kg Cacuh, untuk diberikan sumbangan.
12.00 am – Sampai ke kg Belatim,Pos Belatim (Pusat aktiviti konvoi di kawasan Pos Belatim)
12.30 pm – Satu kumpulan akan sediakan juadah makanan. Dan satu kumpulan akan ziarah dan ramah mesra bersama penduduk kampung kg Belatim,Pos Belatim.
02.00 pm – Aktiviti sukan keluarga bersama penduduk dan kanak-kanak Pos Belatim.
05.00 pm – Menuju ke Kg Cekrok,Pos Belatim untuk aktiviti seterusnya.
05.30 pm –Persediaan makan malam.
07.30 pm – Solat berjemaah bersama penduduk kampung.
08.00 pm – Makan malam bersama penduduk kampung
08.30 pm –Tayangan wayang pacak.
11.30 pm – Tidur
(Hari ketiga bermalam di Kg Cekrok, Pos Belatim, Gua Musang )

24 Disember 2013 /Selasa
06.00 am – Solat Subuh dan tazkirah
07.00 am – Memasak, persediaan makan pagi dan sarapan
09.00 am – Menuju ke Pos Bihai.
12.00 am – Sampai ke kg Tendrik,Pos Bihai (Pusat aktiviti konvoi di kawasan Pos Bihai)
12.30 pm – Satu kumpulan akan sediakan juadah makanan. Dan satu kumpulan akan ziarah dan ramah mesra bersama penduduk kampung kg Tendrik,Pos Bihai.
02.00 pm – Aktiviti sukan keluarga bersama penduduk dan kanak-kanak Pos Bihai.
05.30 pm –Persediaan makan malam.
07.30 pm – Solat berjemaah bersama penduduk kampung.
08.00 pm – Makan malam bersama penduduk kampung
08.30 pm –Tayangan wayang pacak.
11.30 pm – Tidur
(Hari keempat bermalam di Kg Tendrik, Pos Bihai, Gua Musang )

25 Disember 2013 /Rabu
06.00 am – Solat Subuh dan tazkirah
07.00 am – Memasak, persediaan makan pagi dan sarapan
09.00 am – Pembersihan kawasan camp site dan ziarah wida kampung
10.00 pm – Bergerak keluar ke kawasan Kuala Betis.
12.30 pm – Sampai ke Kuala Betis.
01.00 pm – Taklimat perpisahan dan bersurai ke destinasi masing-masing.

Salam Perjuangan,
YAYASAN AL-KHALIFAH




No comments:

Post a Comment