Thursday, July 4, 2013

MANGSA KETINGGALAN PENERBANGAN DI LCCT (30/6/2013)

LCCT - 30/6/2013 ( AHAD), Lebihkurang jam 7.00 pagi, saya dan rombongan daripada MKDJB, dengan tujuan ke Yogjakarta, telah terjumpa seorang wanita warga Indonesia dan anaknya (2 tahun) warga Malaysia, YANG TELAH KETINGGALAN PENERBANGAN KE MAKASSAR, Indonesia sejak 2 hari yang lalu. Di fahamkan beliau telah terperangkap didalam "traffic jam" semasa perlawanan bola sepak diantara Johor & Kelantan yang menyebabkan beliau telah ketinggalan penerbangan dan TIADA DUIT untuk membeli tiket baru maupun mempunyai saudara di Negeri ini. Beliau telah merayu kepada pegawai AIRASIA tetapi di TOLAK. Anaknya tiada lampin salinan kerana sukar di beli di kawasan LCCT dan juga tidak mempunyai wang. Kami dapat menghubungi Bpk Jujur, daripada Konsulate Jenderal Republik Indonesia, Johor Bahru agar dapat memohon bantuan daripada kedutaan Republik Indonesia di Kuala Lumpur didalam menangani masaalah ini. Kami berangkat meninggalkan wanita tersebut setelah Polis Bantuan LCCT juga di beritahu mengenai permasaalahan wanita tersebut. Semuga beliau selamat bersama anaknya. Apakah keuntungan didalam perniagaan tanpa berperikemanusiaan / budi bicara menjadi kebanggaan negara? Sepatutnya, pihak tersebut dapat memberi kelonggaran didalam kes-kes tertentu, termasuklah penukaran nama penumpang ( dengan caj ), kerana ianya lebih tampak ADIL dan SAKSAMA.


No comments:

Post a Comment